Wednesday, 17 February 2010

midori.

Photobucket rasa macam nak tidur tapi tanak tidur.

saya back-to-back cerita pasta malam ni.
omg - saya makin jatuh hati dengan cerita ni.
compare dengan cerita bambino, saya rasa cerita ni lagi banyak perisa.
walaupun heroin tak lawa, hero dia bapak orang tapi saya suka jalan cerita dan ayat-ayat cheesy dalam drama ni.
oh tak lupa - lagu-lagu OST drama ni semua best gila.

mulalah saya nak berangan-angan.
adakah ini saya ataupun semua manusia begitu?
mahu mengikut apa yang ditayangkan di depan mata?
saya rasa saya dah geylong sekarang.

masa tengok cerita pasta, keje saya asyik makan pasta aje.
tak mainlah nasi.
kalau stok spaghetti selalunya hanya akan habis dalam masa 6 bulan, kali ni 5 kali masak aje dah habis.

kalau tengok cite yamato nadeshiko shichi henge, saya rasa nak makan cokelat aje.
sampaikan pergi matthews (aka chinese supermarket) sebab nak beli jajan yang si sunako makan.
tapi takde gambar tengkorak segala, cuma ada gambar panda bear yang comel. hak hak hak.


bila tengok cerita tokujo kabuchi, terus jadikan green tea latte sebagai feveret sebab ayat si horikita maki kata "sedapnya green tea latte nihhh!"

adakah saya sudah menjadi mangsa iklan?
ataupun memang manusia memang sifat semulajadinya sebegitu?

saya masih ingat masa saya tengok iklan sebelum wayang yang simple aje.
watak kartun makan marmite.
slogan dia "either you like it or hate it"
lepas aje wayang terus pergi beli sebab ingatkan sedap macam kuah rojak.
sekali makan terus buang dalam tong sampah.
saya rasa saya termasuk dalam ribuan orang yang tak sukakan rasa bende alah tu.


sekarang baru saya tahu kuatnya pengaruh sesuatu iklan tu.
maknanya sekarang secara rasminya saya sudah menjadi salah seorang mangsa iklan?

nota: tengah hari tadi saya nampak blog sorang akak ni buat paprik. sedap gila nampak gambar. saya nak cuba buat. tapi paprik makan dengan pasta? tak masuk langsung.