Monday, 15 February 2010

bubble.

Photobucket jam kepala otak.

hari ni saya isytiharkan hari kosong sedunia.
pagi-pagi saya bangun awal tapi rasa tak nak pergi sekolah.
walaupun saya dah prepare nak bagi results kat godzilla tapi saya rasa malas.
layout thesis pun tak buat lagi.
bagus! petang nanti ada kelas untuk buat thesis.

sepanjang minggu lepas saya bekerja jugalah di makmal.
saya cut segala hubungan dengan dunia luar.
tapi tak lama, dah sampai seminggu saya rasa dada sakit lagi.

orang kata jangan underestimate stress.
tapi jangan melayan stress juga.
untuk itu, saya dah melayan pelbagai drama jepun/korea.
banyakkkk gila drama yang saya tak tertonton.
saya tengah menunggu update cerita pasta, yamato nadeshiko shichi henge dan tokujo kabuchi.
saya cuba juga tonton bleach, tapi bukan minat saya.
cuba juga tonton gokusen the movie sebab saya minat haruma miura, tapi jalan cerita predictable. balik-balik cikgu selamatkan budak-budak nakal. bosan.

cuba cari hiburan luar bila-bila termampu.
tapi semua ini mcm tak memenuhi hati saya yang kosong.

hati saya nak balik.
nak balik.
plan saya sebenarnya saya nak balik awal tahun depan.
submit thesis pastu balik.
nak cakap dengan godzilla kerajaan suruh balik cepat.

untuk laksanakan plan itu, tahun ni saya tak boleh ke mana-mana.
siang kena buat kerja sekolah, malam kena taip thesis.

ala dalam drama hero/heroin boleh kerja kuat-kuat takkan saya tak boleh?
manusia ni ada sampai satu tahap yang dia kena push diri dia sampai dia pun tak sedar yang dia boleh buat sesuatu perkara tu.
tu yang istimewanya manusia.
tapi itu kena bergantung pada doa dan istiqamahlah.
kena korban itu ini.
siapa aje yang boleh dapat kejayaan dengan jalan mudah?

hmmm, malam ni saya berada di sekolah, sebab rasa bersalah tak pergi sekolah siang tadi.
saya ternampak satu jurnal yang group kami buat atas meja senior saya.

untuk itu, mari kita buat kuiz:

perlukah saya terasa dengan tindakan godzilla yang memberikan jurnal tersebut pada senior tanpa memberikan pada saya? walaupun saya dah baca jurnal tersebut dan buat copy sendiri? fyi, ini adalah cetakan terus dari publisher. so, kertas cantik-cantiklah.

A: ye, saya patut terasa.
B: tidak, sebab saya dah baca artikel tersebut.

dochira? dochira?