


tengah hari tadi lalu depan kedai kek. selalu nampak kedai ni bila lepas pukul 5 petang. maka, kedai selalunya dah tutup. tak dapat nak beli kek cokelat.
cik wanis nak sangat makan kek ni. sejak saya belikan kek ni untuk hari jadi
cik hudie_hud, saya tiba-tiba terasa nak beli lagi. selalunya tiada rezeki. tapi harini saya ke bank sebelah kedai kek tersebut. saja singgah mana tahu kek tu ada. sekali tinggal satu aje. tak sempat nak
greet awek lawa belakang kaunter terus
order kek tersebut. untuk kek yang beratnya hanya 500g, kek ini sangat mahal. nampak xde hiasan segala, tapi nilah antara kek cokelat yang paling sedap yang saya pernah makan. kedai kek ni kedai keluarga maka xde franchais sana sini, makanya susah gaklah nak dapat kek cokelat atas kaunter macam tu aje. kena tempah dulu. saya beli pun sebab asyik teringat yang
cik wanis nak sangat makan. saya makankan untuk anda ye? ;)) biar saya seorang aje yang gemuk. hahaha!
hello panda yang dalamnya ada beberapa biji aje. manis gila. makan satu, sekali hirup teh panas. saja nak sedapkan badan (hati) yang benda tu tak menggemukkan. heh.
sebelum
selepastengah sibuk membasuh pinggan di sinki, tiba2 ternampak bunga saya
tanam beli dah berbunga. ureshiii! baru saya faham kenapa orang suka tanam bunga segala. gembira betul bila bunga tu berkembang mekar. tiba-tiba aje rasa macam nak buat
garden kecik dalam rumah. hekeleh, rumah baru sekangkang kera aje. tiba-tiba aje nak pergi beli bunga orked pulak. orked! orked!
nota: saya berjaya habiskan drama
LIAR GAME 2 hari ini! asalnya sebab dah takde
update drama dah untuk minggu ni, dan saya sukakan
Erika Toda. Bila saya
check balik koleksi DVD dan novel saya, rupanya saya sukakan benda-benda yang berfikir, aksi dan bunuh2. oh cite seram juga. oleh kerana saya hanya tahu sedikit tentang drama
LIAR GAME, saya hanya bagi 4 bintang untuk drama ni. sebab saya suka bila diorang fikirkan strategi nak tipu orang/menang
game. rasanya dah keluar
prekuel Liar Game. dan
final cerita ni akan dipanggungkan pada musim panas nanti. saya nak tengok kebijaksanaan si hero yang sekali tengok macam muka
taeyang BIGBANG ni. ah! tinggal hero tu tak pakai spek mata aje. kalau saya jumpa tengah jalan orang yang genius macam ni, saya ajak kawen masa tu gak! haha!