rasa macam nak beli tear and share makan sambil celup air teh. sedap!minggu ini menu dinner beliau hanyalah pasta.
kemaruk tengok cerita pasta pastu syok sendiri claim pandai buat pasta.
cuba-cuba taruk inti itu ini.
malam ni menu tuna.
malam ini seperti biasa dia pulang lambat sedikit dari biasa.
sampai sahaja di rumah, masak dan makan - selalunya sejam sahajalah.
kemudian, ada janji dengan diri sendiri mahu tonton wayang.
malam ni premier, mesti pergi.
tengok-tengok jam sudah pukul 8.10pm.
kena pergi, kalau tak kena beratur panjang.
sampai aje car park, tiba-tiba terasa mcm pergi kenduri kawen keluarga pakcik khan.
yenadeiiii!
eh tu bahasa tamil ;))
beratur kiri kanan semua cakap hindustani, pakistani, gujerati. hahahha! mana saya tahu diorang cakap bahasa apa, Jepun Korea pun dulu-dulu susah nak bezakan.
sampai aje kaunter, saya tanya akak tu "do u still have MY NAME IS KHAN?"
rupanya untuk malam premier aje dua panggung diorang bookkan.
saya dapat panggung no.2
duduk pun tempat sorang-sorang.
selalu pilih tepi dinding sebab senang nak sandar kepala ke apa.
wayang kata 8.30pm tapi sebab ramai sangat tamu yang tak datang lagi, wayang start kol 9pm.
oklah tu, stret to the point - takyah iklan2.
tapi sempat terlelap jugaklah nak tunggu pukul 9 malam.
saya tak ingat bila last sekali saya tonton hindustan.
mungkin mohabbatein (betul ke eja ni?)
tapi feveret saya memang Shah Rukh Khan (SRK) dengan Kajol.
tu sebab saya pergi juga premier walaupun saya dah kena gelak kaw kaw dengan Cik Farah.
"kawan aku ni dah tak betul dah rasanya" saya leh bayangkan kalau Cik (Puan) Farah ade kat depan mata.
tapi saya nak tengok jugak!
nak tengok jugak!
baru saya ingat kenapa saya sukakan SRK.
dia sangat natural.
berlakon autistik pun sangat sangat sangat natural.
filem ni ade siap intermission lagi.
what do you really expect from a hindustani movie?
cuma takde scene menari golek-golek atas gunung lah.
first part of the movie memang best.
saya gelak-gelak sampai terbangun dari kerusi.
nasib baik tak terjatuh.
cerita pasal asal usul SRK yang austistik (Asperger's Syndrome) merantau dari India ke US.
macam mana dia jumpa Kajol bla bla bla.
paling tak boleh lupa lawak dia adalah:
Khan: Please cut my hair. Please cut my hair.
Kajol: Wait a minute. I got a customer waiting.
Khan: Please cut my hair. Please cut my hair.
Kajol: I'm dying to cut your hair but can you please wait?
Khan: Please don't die. No need to die. Just cut my hair.
Ok, ada satu lagi:
Khan: I have Asperger Syndrome. Asperger is for Dr. Hans Asperger who diagnose this. I always try to understand what people means. When I come to someone's house and they asked me to make myself at home, how could I possibly make myself at home? That wasn't my home.
Oh ada lagi. Austistik kan tak suka disentuh. Bila mak dia mintak peluk, dia peluk 5 saat aje. Pastu mak dia kata, nak peluk lagi? Dia pun kata, ok, nak berapa minit? Mak dia kata 2 minit. Pastu dia time dulu jam dia, dia peluk dan kira...
one thousand one...
one thousand two...
hahahahhaa! sangatlah lawak ok!
bila lepas intermission, saya dah agak sesi tangisan bermula. lepas lima saat saya nanges (kuar hingus segala ye ladies) saya janji pada diri saya, JANGAN NANGES. JANGAN NANGES. pastu kuar scene Kajol nanges. purrrrrr, curah-curah lagi air mata. tak sampai nak buang hingus, SRK pulak buat muka sedih, purrrrr... kuar lagi.
oh, padanlah saya dah berhenti tonton cite hindustan. saya penat nanges.
bila habis aje cerita, lampu bukak aje, saya kelubung muka terus keluar tanpa pandang kiri kanan. saya rasa tandas perempuan mesti penuh gila. saya seperti lagak artes yang perasan ditangkap gambar oleh paparazi terus masuk kereta drive balik. sampai rumah baru perasan mata merah bengkak segala.
kalau ada boifren, mesti dia kata "awwww, comelnya dia nanges, meh sini." satu ciuman hinggap di dahi. eh? macam pernah lalui aje pengalaman ni. :))
kalau review selalu tanya kalau 5 bintang awak nak bagi berapa?
leh tak saya nak jawab saya nak bagi bintang-bintang kat angkasa malam ni? banyak-banyak!
saya insaf sikit tengok cerita ni. dan saya benci AMERIKA. amerika die! die!
owh, selain saya yang tak pandai cakap hindustani, gujerati dsb ada beberapa lagi omputih yang tonton cite ni. kalau sayalah jadi diorang dan tengok cite ni cerita pasal islam dan bagaimana ianya ditindas, apa reaksi saya??
yang saya perasan tadi, seminit sebelum lampu dibuka, diorang dah keluar dulu. benci? marah? konfius?
cerita pasal terrorist ni teringat masa zaman saya sampai UK dulu. Abah suruh buka tudung sebab masa tu kecoh London kena bom. kawan saya di Ireland dah kena baling batu segala. Saya pun takut, saya pergi dengan buka tudung. Masa sampai, ada kawan saya pakai tudung pastu kena cerca dan kena tarik-tarik tudung segala. Masa tu dia nak keluar pun pakai topi aje. Saya memang faham perasaan orang Islam yang kena tindas ni. Masa tonton cerita ni rasa macam nak sumpah seranah semua kafir-kafir yang bodoh ilmu agama. Mana-mana agamalah. bukankah sesebuah agama itu sukakan keamanan?
Untuk kawan-kawan saya yang membaca entri kali ini, silalah tontonkan. TAK RUGI WA CAKAP. tapi sila sediakan satu kotak tisu. dan jangan minum banyak-banyak sebelum/semasa masuk panggung. cerita ni 2 jam setengah ye kawan-kawan.
oklah, selamat malam!
iklan lagi: oh ye, handphone sayahilangmisplaced. please do not call/text me. tapi saya available aje guna method yang lain. ;) chiao bella.