nasihat: bila anda jadi orang besar2 - tolonglah jangan jatuhkan semangat orang macam ni.
berapa lama dah kau buat persediaan powerpoint slide ni? ni baru 10 minit nak fahamkan audiens. cuba kau bayangkan bercakap 1 jam depan audiens yang tak tahu langsung pasal projek kau. aku tak rasa kau sudah bersedia untuk semua itu.
****
bila-bila saya rasa mahu berhenti, saya doa malam2 supaya hilanglah rasa sakit dada dan berilah saya sebuah senyuman untuk teruskan hari-hari mendatang.kemudian Allah berikan saya peringatan:
Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran,
aku berlindung pada-Mu dari hutang dan paksaan orang lain..
bila-bila pula saya rasa mahu berhenti dari semua rasa sengsara ini, Allah berikan pula kata-kata nasehat:
pain is temporary, quitting is forever.saya akur dengan semua ini. semua orang pun akan berkata "sikit aje lagi mal..."
hmmm... saya diamkan aje.
bak kata encik chris martin - "lights will guide you home and ignite your bone..."