Wednesday, 16 June 2010

hanya update blog bila stress

seharian saya disuruh duduk di bilik mesyuarat untuk siapkan presentasi tahun ketiga saya.
saya prektis 3 kali, 3 kali kena bambu.
pastu bila Godzilla n co masih marah2 lepas presentasi ketiga, saya dah takde daya.

diorang nak tengok buat kali keempat esok tapi nasib baik kawan saya kata "kami perlu ke simposium..."
tu pun kena marah juga.

Godzilla sangat garang dua tiga menjak ni.
tapikan, saya takde nak rasa sedih atau menanges pun bila dia mengamuk.
selalunya bila dia tinggikan suara, saya cakap dengan lemah lembut dengan dia.
reverse psychology tu, kena ingat.

tiap2 kali dia kritik presentasi saya, saya rasa mahukan saya belajar banyak.
tiap2 kali dia lekehkan saya, saya rasa dia mahu saya berusaha dengan lebih gigih.

sekarang ni kalau dia panggil saya bodoh pun saya tak kesah (ok, lom tahap tu lagi)
tapi - saya memang rasa2 mcm tak boleh lepas PhD ni.
kalaulah saya boleh berhenti setakat MPhil aje lagi baik rasanya.
saya sampai dah tak sanggup dah teruskan buat2 benda yang luar dugaan dan kemampuan saya.

saya tak tahulah saya jadi begini sebab tak cukup sistem sokongan ke atau saya memang tak sesuai untuk berada di sini, buat benda macam ni.

orang kata pejam celik pejam celik, setahun berlalu camtu aje.
well, saya doa2lah supaya kata-kata diorang tu betul.