Tuesday, 8 June 2010

mi goreng

ok, misi nak taip semua benda bawah ni dalam masa 5 minit.

1) saya rajen pergi gym skang ni. adalah nampak kesan lekuk di sana sini. tapi berat badan tak turun-turun pun. mungkin lemak dah bertukar menjadi otot.

2) saya ada mock-presentation semalam. seorang professor ulung datang dari US tengok presentasi kami (saya dan kawan saya). personalitinya amat menyenangkan jiwa. tiba-tiba saya rasa nak buat training di US. bagaimana?

3) selepas meeting minggu lepas, saya buatlah kerja rumah yang diperlukan untuk puaskan hati semua orang. pagi tadi bila saya berikan pada Godzilla, dia angguk dan tengok gitu-gitu. bila saya bagi kat co-SV, tiba2 dia kata 'oh aku dengar ko nak extend PhD ko. dah buat preparation ke?'

oh shite! <<-- sila baca dengan nada Jepun. orang-orang Thesis Monitoring Committee bocorkan semua bendalah kan pada diorang. saya angguk2 dan cakap - saya akan apply bulan November nanti. tapi dari gaya percakapan dia, baik apply awal sebab takut takde back-up plan.

so mcm mana? nak saya pecut gila-gila dan submit bulan February 2011... ataupun extendkan aje?

4) Photobook Narimiya yang terbaru akan keluar pada 1hb July 2010. Saya nak pergi jumpa dia. Saya nak pergi salam dia. Saya nak pergi peluk dia (hahaha! angan2 tak bleh blah). Bila saya tengok tiket kapal terbang, terus kensel. saya rasa dengan tiket kapal terbang tu saya boleh pergi balik Malaysia dua kali. DUA KALI ok?!

5) tapi saya akan cuba dapatkan buku tersebut. buku tu tebal mak ai! tapi tak semahal album ARASHI atau KAT-TUN atau SMAP yang letak harga tinggi-tinggi sbb tahu orang akan beli juga. hekeleh, seb baik fans korang tahu cetak rompak. selamat 50£ aku.

6) saya mandom arini sebab cells tak sehat. tatau apa dah nak buat. kawan saya pun dah nak siap kerja lab dan tulis thesis. dan paling sakit kepala adalah bila co-SV saya kata 'kami mendapat email supaya monitor pelajar-pelajar luar negara yang selalunya jarang-jarang masuk lab ni'

errr.... hint apekah yang ko nak kasi ni?


pergi mam*** la. saya rasa nak balik skang juga!