cek powerpoint sebelum tidur.
cek powerpoint lepas bukak mata pagi-pagi.
cek powerpoint 15 minit sebelum masuk bilik mesyuarat.
itu aje masa yang saya ada untuk cek presentasi saya.
dahla bagi saya orang last sekali.
nak tahu kenapa?
sebab bila keluar dari bilik mesyuarat tadi, baru saya tersedar yang saya dah berada dalam bilik mesyuarat tu 1 jam.
1 jam ok?
satuuuu jam!
orang lain semua setengah jam aje. tu pun bila jumpa minah sebelum turn saya, muka dia pucat gila berpeluh2.
ni mcm nak interview kerja.
ok, interview kerja saya dulu pun nak dekat satu jam.
saya suka bebel ke apa?
sebelum meeting presentasi segala, saya buat kerja kat sekolah dulu.
saja nak buat sibuk (dan memang sibuk pun) sebab tak mahu fikir tentang mesyuarat tersebut.
balik aje dari mesyuarat yang buatkan
saya rasa saya tak sempat nak habiskan PhD saya.
kemudian, sambil buat-buat kerja tiba-tiba rasa air mata menitik.
rasa sebak pun ada.
rasa nak balik rumah (Malaysia) pun ada.
rasa nak balik rumah (Dundee) pastu nak makan donut super manis pun ada.
pastu tidur.
sebab tanak fikir benda-benda yang saya kena buat lepas ni.
kalaulah ada butang escape dalam hidup mcm kat keyboard ni, kan best.
ada masalah aje - ESCAPE
rasa mandom aje - ESCAPE
sila salahkan fujiko sebab invent pintu suka hati.
saya nak pintu suka hati pastu nak balik
****
oh btw - hp narimiya dah dijumpai.
dia lepak swimming pool kat rumah dia.
pastu tertinggal hp kat situ.
nak kata awak tu berenang sesuka hati ke? (kayanya dia!)
ok, saya emo.
****
bayangkan awak buat kerja 2 minggu straight dengan penuh dedikasinya lalu terpaksa semuanya dalam tong sampah.
masa buang semuanya tu rasa macam - awak sedang membuang separuh hidup awak sekali.
macam mana nak ambil semangat dan buat benda yang sama (dan dedikasi yang sama) untuk 2 minggu seterusnya?
belikan saya robot cik Amal boleh?