Wednesday, 2 June 2010

i'm officially missing you

sepanjang hari ni saya rasa badan saya dah menggunakan kalori yang sangat banyak.
saya buat kerja 3 in 1 sepanjang pagi sampai ke sebelum minum petang.

makan 5 minit.
minum milo 5 minit.

cek email pun kejap2.

saya penat. minda tak boleh fikir. takde can nak buat ulangkaji untuk presentasi esok.

balik aje rumah, seronok gila bila dapat makan chicken breast fillet sambil tonton cerita COFFEE HOUSE. cite ni saya memang rekemenlah kalau ada orang suka tonton cite lawak. oh, sekarang baru jatuh hati balik pada lelaki korea terutamanya yang sadist macam hero cite ni.

tiba2 (ok bukan tiba2) PIC ajak saya bermain squash.
saya dahh laaaammaaaa gila tak main squash.

dalam hati macam nak main tapi penat buat kerja seharian.
tapi sebab dah janji dan sebab dah 'racun' PIC untuk membeli raket squash, saya pergi jugalah.

masa otw pergi ke gym, saya terlupa nak bawak raket padahal saya dah letak depan pintu.
(salah satu simptom depression adalah pelupa)

ok, saya terpaksa patah balik rumah untuk ambil raket.
dalam perjalanan balik, saya hampir mengalami kemalangan.
oleh kerana sistem refleks saya tinggi, saya berjaya mengelakkan kereta yang mahu melanggar saya itu.
sepatutnya saya berhenti ataupun paling koman tekan hon kat pemandu tu tapi saya dah lambat.

raket tak amik lagi.

sambil lari2 anak ambil raket dan pandu dengan jayanya ke gym.

tiba2...

saya nampak kereta merah bersinar melalui jalan di hadapan saya.
entah kenapa saya mahu tengok pemandu di dalam kereta itu.
(oh saya tak suka tengok2 orang ye?)

saya nampak seorang lelaki berambut panjang ke paras bahu berikat ke belakang, pakai cermin mata sedang senyum sambil memandu.

OMG! tiba2 hati saya doki2. tak pernah2 jadi begini.

oh lupa, dia JAPANESE!

sepanjang perjalanan ke gym saya asyik sengih aje memanjang.

sambil main squash pun boleh tersengih. sampai tak rasa penat pun main.

hebat betul penangan cinta ye?

****

oh, BTW - PIC dah nak grad. dah jadi dokter dah dia. dia busan katanya. semalam gayut dengan dia (wp dia asyik kata sori kaco tengok dorama kat tenet) - tiba2 teringat waktu2 baik dengan dia dulu. it has been good times ye PIC?

haih, dia dah nak balik dah.

saya pun nak balik gak.

nak balik!
nak balik!
nak balik!

ok, saya dah penat. baru aje lepas kemas dapur dan buat laundry dan mahu tidur.

esok ada presentasi. siapa nak presentkan utk saya?

SAYA MALAS! (kalau boleh nak font 45000x)

****
oh, artist of the month saya - NARIMIYA HIROKI tak update blog dia dah dua hari.
saya risau - tatau dia sakit masuk hospital ke, dia gi bercuti tak bagitau saya ke...

risau. risau.

rupa-rupanya, dia cerita dia misplaced keitai dia. dia kata last time dia terletak keitai dia dalam peti ais. kali ni dia dah cuba cari kat toilet, katel, kasut segala, still tak jumpa.

tu sebab dia tak update blog dia.

omg - jangan buat saya risau boleh?