Friday, 3 July 2009

saya.awak.aku.kau.I.YOU.

Photobucket peluklah diriku dan jangan kau lepas - alexa

lagu ni berhantu gila.
pelik betul.
aku terdengar lagu ni dari sebuah blog ntah-sape-ntah.
masa pertama kali dengar rasa mcm pernah dengar.
being STML myself, aku pun google lagu ni.

video ni pun macam pernah tengok.
bila berusaha ingat-ingat, aku pernah tonton VC ini bersama PIC.
dia kenalkan lagu ni rasanya.
mungkin kawan-kawan Malaysia dia yang beri.

aku pun download.
mainkan ulang-ulang.
haih, rasa nak disayangi boleh?

anyway, aku rasa semua orang pun tahu aku dan PIC regard diri masing-masing aku-kau.
pada aku, normallah tu. aku cakap dgn lelaki mmg aku-kau.
ada yang jenis baik-baik, aku regard nama dia dan nama aku.
sopan sket.

tapi PIC dengan orang perempuan dia ber I - YOU.
kecuali dengan aku.
kadang-kadang pelik juga.
kenapa dengan perempuan lain ber I -YOU.
geli telinga mendengarnya.

aku tanya dia kenapa.
dia cakap itu ayat standard orang KL.
aku counter balik, aku orang KL juga, tapi aku tak suka cakap I - YOU pun.
dia rasa ber SAYA-AWAK tu kampung sangat.
kalau cakap macam tu dengan perempuan, nanti orang cap dia flirtatious.

point tu aku setujulah.
pastu aku tanya lagi.
kenapa dengan aku berAKU-KAU?

dia kata dengan orang yang rapat aje dia cakap AKU-KAU.
masa dia cakap macam tu - dia mcm reluctant sket nak tekankan ayat RAPAT.
aku gelak.
sungguh comel bila mendengar lelaki ter'confess' benda-benda cheesy macam tu.

sesungguhnya aku terasa bila dia cakap orang yang berSAYA-AWAK tu sungguh kampung.
aku selalu cap diri aku orang kampung.
tak cukup bandar dan takde rupa bandar pun.
tapi orang suka gelar mak datin.
tatau kenapa (sebenarnya tahu tapi buat-buat tatau) :P

ada pernah sekali ter-regard PIC "awak", dengan nada manja pulak tu.
masa tu Cik I ada sekali.
ingatkan diorang tak perasan aku terkeluarkan perkataan AWAK tu, rupanya Cik I perasan.
Cik I kata masa tu PIC terdiam. dengan dia-dia sekali terdiam.

mana nak letak air mukaku ini?
malu seyh.

aku sedang cuba flirt dengan dia ke?
OMG! PIC sila balik ke Malaysia sekarang boleh?

Jumpa anda bulan Oktober nanti ;)

don't.wanna.cry.



lagu feveret saya untuk hari ini.
saya suka gila pete yorn ok?

sila download lagu ini dan albumnya.
pls pls pls download untuk saya.

terima kasih.

jiran.sebelah.

Photobucketrehat-rehat di waktu tengah hari.

sila beri tepukan pada diri sendiri.
minggu ini MissCC rajen yang luar biasa.
walaupun keputusan eksperimen beliau seperti cukup-cukup makan, sekurang-kurangnya beliau gembira untuk ke sekolah.

hari-hari Mr. Godzilla mesti datang tanya khabar.
sehari 3 kali.
kadang-kadang meluat pun ada.
haih. manusia ni tak pernah rasa nak bersyukur.

oh, saya sudah beritahu yang saya sudah ada jiran baru?
sepasang kekasih (mungkin) - yang lelaki mungkin atau tidak orang sini, tapi kekasih beliau orang yang memang pasti bukan orang sini.

si mata sepet.

mereka sudah berpindah tidak sampai sebulan.
hmmm... saya pun belum kenal-kenal lagi dengan mereka.
selalu kalau pulang ke rumah, mesti nampak si lelaki duk menjemur baju di ampaian dan kadang-kadang si perempuan hisap rokok di tangga depan rumah.
siap letak cawan untuk puntung rokok di atas tangga lagi.

saya rindu jiran lama saya.
paling tidak dia pun duduk sorang macam saya.
paling tidak kalau-kalau saya tertinggal kunci kat luar rumah, dia mesti ketuk pintu sambil pulangkan kunci.
paling tidak kalau saya masak sambal sampai berasap rumah mesti dia ketuk rumah risau tanya-tanya saya ok ke idak.

ni jiran baru?
asyik dengar bunyi bising aje kat sebelah.
malam-malam pulak tu.
pastu kalau khamis malam jumaat atau hujung minggu aje, mesti ada bau arak.

saya tak suka.

dahlah saya baru aje sambung kontrak rumah.
sampai tahun depan.
takkan nak jadi begini untuk setahun yang akan datang?
haih.

tu lah, suh PIC pindah sebelah rumah, dia lambat pula bertindak.
heh.
oh saya tak rasa dia nak duduk sorang pun.
sunyi katanya.

hhahaha! kalau berjiran dengan saya mesti tak sunyi lagi :))
leh karaoke malam-malam lagu rock kapak.
yeslah!

Thursday, 2 July 2009

saya.dia.dan.kamu.

seseorang bertanyakan pada saya tentang cinta.
tentang lelaki dan perempuan.
tentang perempuan sukakan seorang lelaki.
lelaki ini tidak punya ikatan dengan perempuan lain dan amat baik pada si dia.

mungkin dari perbuatan baik itu jatuhnya sayang.
dari bertanya khabar selalu kepada rindu-rinduan.

maka kerjanya asyik angan-angan sahaja.
satu keje hape pun tak boleh nak buat.

si dia bertanyakan pada saya.
'perlukah saya berterus terang dengan beliau?'

apa jawab saya? mungkin saya akan berikan di penghujung cerita.

saya bertanyakan juga pada PIC tentang pendapat beliau jika seseorang memberitahu yang dia jatuh suka padanya.

nak tahu dia respons apa?

"berani siot perempuan tu! sanggup ambil risiko!"

sebab si lelaki akan menolak konfrontasi yang dimulakan oleh perempuan tersebut.

dia kata juga - lelaki ni ada dua jenis aje. 1) yang ignorant dengan yang 2) perasan.
bezanya - mereka akan tahu bila mereka akan jatuh cinta. tak perlu dipaksa.

maka, dia akan tahu jikalau kita berikan *hinthint* yang kita jatuh suka/sayang segala.
kalau dia buat-buat bodoh, mungkin dia sebenarnya tidak berminat.
mungkin dia tiada perasaan istimewa terhadap perempuan tersebut.
mungkin dia looking fwd pada perkara lain. kerja contohnya.
mungkin dia gay. heh.

maka, perempuan. jika mahu mulakan konfrontasi manis-manis dengan sang lelaki, cukuplah katakan padanya yang anda sukakan si dia. tak perlu lebih-lebih. cakap saja straight forward. kalau dia sukakan anda juga, tahulah dia mencari anda di mana-mana.

mahu seribu daya bukan?

saya bertanya juga pada PIC.
bagaimana pula jikalau lelaki yang sukakan perempuan tu?
apa *hinthint* si lelaki?

oh senang sahaja jawab beliau.
pertama - dia akan mencari anda.
bangun pagi, sebelum tidur, tengah makan.
hari-hari pun mahu tahu anda buat apa.
walaupun dia tahu pukul 6 pagi anda gosok gigi.
pukul 7 mahu bertolak ke ofis.
pukul 10 pergi minum pagi.
dia tetap mahu tahu ke mana sahaja anda pergi.

kalau boleh dia mahu aje duduk sebelah kamu 24/7.

itu kalau dia suka kamulah.
ke mana sahaja mahu dikejar.

ah! tipikal lelaki bukan?

btw - untuk seseorang tadi. saya suruh sahaja dia confess kepada yang berkenaan.
all the best.
sila update cerita dengan saya. kita gosip2 lagi.

Wednesday, 1 July 2009

hari.ini.saya.rasa.comel.

Photobucket minam kopi ais!

hari ini sangat panas.
setelah beberapa hari duk bebel sejuk berkabus ribut, akhirnya hari ini datang juga.

bahang gila hari ini.
terlalu bahang, tiada angin sejuk menyapa.
duduk dalam ofis pun kena pakai kipas.
macam kat kampung-kampung pula.
kat Malaysia pun dah pakai air-cond.

hari ini saya lepak ofis lama.
dari pukul 9.30 pagi sampai 7.30 malam.
orang paling lambat balik.
dahlah on the way balik singgah tesco beli ais.
beli AIS ok? sebab panas sangat.
duk teringat nak buat kopi ais macam kat setarbak tu.
mana mampu asyik nak bayar 2.45GBP segelas.
ni beli ais sepaun, kopi dan susu buat 3 gelas pun tak sampai pun lagi 2 paun.

haih.

arini lagu faveret saya lagu mantera beradu nyanyian malique too phat dan m.nasir.
saya suka bait-bait lagu tersebut.
salah satunya adalah "ijazah terbaik adalah dari jalanan"
tak perlu belajar tinggi-tinggi pun.
yang penting, mesti tahu bagaimana nak hidup.
saya rasa kalau nak hidup senang kat Malaysia macam agak susah.
bergantung pada anda baik atau tidak.
kaki kipas atau tidak.
guna orang dalam ke tidak.

banyak sangat politik.
saya benci.

cukup bebel untuk itu.
semalam saya termengaku pada seseorang yang saya jeles dia layan kawan dia lagi baik dari saya.
saya pun tatau kenapa saya perlu cemburu.
tak perlu cemburu pun. kawan lelaki pun. :))

cemburu itu tanda sayang ke?
atau cinta sudah berputik?

bongoks.

oh, buat semua - saya dah OK sekarang.
bak kata Cik I, bulan mengambang agaknya sejak dua menjak nih (haih, ni baru bermula rejab kot?)
teori bulan mengambang ni memang tak bleh blah.
saya dah dengar sejak matrikulasi lagi.
bila-bila waktu bulan mengambang orang akan jadi gila.
tak elok belajar lah.
ramai orang nak bunuh dirilah.

ni semua berkaitan dengan teori bulan mengambanglah.
ini semua BOMOH!

oh ye, arini saya bercakap dengan orang dalam cermin depan saya.
"awak ni comellah, apa rahsia?"

dia senyum aje, takmo jawab.
jawab la weiiii....