seseorang bertanyakan pada saya tentang cinta.
tentang lelaki dan perempuan.
tentang perempuan sukakan seorang lelaki.
lelaki ini tidak punya ikatan dengan perempuan lain dan amat baik pada si dia.
mungkin dari perbuatan baik itu jatuhnya sayang.
dari bertanya khabar selalu kepada rindu-rinduan.
maka kerjanya asyik angan-angan sahaja.
satu keje hape pun tak boleh nak buat.
si dia bertanyakan pada saya.
'perlukah saya berterus terang dengan beliau?'
apa jawab saya? mungkin saya akan berikan di penghujung cerita.
saya bertanyakan juga pada PIC tentang pendapat beliau jika seseorang memberitahu yang dia jatuh suka padanya.
nak tahu dia respons apa?
"berani siot perempuan tu! sanggup ambil risiko!"
sebab si lelaki akan menolak konfrontasi yang dimulakan oleh perempuan tersebut.
dia kata juga - lelaki ni ada dua jenis aje. 1) yang ignorant dengan yang 2) perasan.
bezanya - mereka akan tahu bila mereka akan jatuh cinta. tak perlu dipaksa.
maka, dia akan tahu jikalau kita berikan *hinthint* yang kita jatuh suka/sayang segala.
kalau dia buat-buat bodoh, mungkin dia sebenarnya tidak berminat.
mungkin dia tiada perasaan istimewa terhadap perempuan tersebut.
mungkin dia looking fwd pada perkara lain. kerja contohnya.
mungkin dia gay. heh.
maka, perempuan. jika mahu mulakan konfrontasi manis-manis dengan sang lelaki, cukuplah katakan padanya yang anda sukakan si dia. tak perlu lebih-lebih. cakap saja straight forward. kalau dia sukakan anda juga, tahulah dia mencari anda di mana-mana.
mahu seribu daya bukan?
saya bertanya juga pada PIC.
bagaimana pula jikalau lelaki yang sukakan perempuan tu?
apa *hinthint* si lelaki?
oh senang sahaja jawab beliau.
pertama - dia akan mencari anda.
bangun pagi, sebelum tidur, tengah makan.
hari-hari pun mahu tahu anda buat apa.
walaupun dia tahu pukul 6 pagi anda gosok gigi.
pukul 7 mahu bertolak ke ofis.
pukul 10 pergi minum pagi.
dia tetap mahu tahu ke mana sahaja anda pergi.
kalau boleh dia mahu aje duduk sebelah kamu 24/7.
itu kalau dia suka kamulah.
ke mana sahaja mahu dikejar.
ah! tipikal lelaki bukan?
btw - untuk seseorang tadi. saya suruh sahaja dia confess kepada yang berkenaan.
all the best.
sila update cerita dengan saya. kita gosip2 lagi.
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Thursday, 2 July 2009
Monday, 15 June 2009
bil.hikmah.
rasa kurang sedap badan.benda yang pertama aku fikir selepas aku bangun tidur hari ini adalah "anda tidak boleh dapat semua yang anda idamkan"
hmmmm...
arini bangun lambat.
seriyes tatau aku boleh terbangun lambat.
selalunya ahad malam senin aku akan tidak lena tidur dan akan tidur sehinggalah pukul 6 pagi.
terjaga, siap2 pastu pergi sekolah.
sebab tiap2 hari isnin mesti ada meeting.
tapi bukan hari ini.
malam semalam tidur dengan lena sekali.
mungkin kerna aku sudah penat.
mungkin kerna aku rasa sedikit gembira.
mungkin aku tiada benda untuk di looking fwd hari esok.
mungkin sebab pagi ini hujan lebat di luar. sejuk.
entah kenapa rindu adik aku yang sebaya dengan PIC itu.
tiba-tiba sahaja teringat dia.
haih... mesti dia di dalam kesusahan sekarang ni.
banyak sebab aku rasa sedih sejak kebelakangan ni.
antara sebab lain adalah aku tak dapat nak ubah siapa diri aku sebenarnya.
PIC kata aku pendendam.
dia kata orang suka berdendam adalah orang jahat.
mungkin itu antara sebab aku tak dapat jodoh sampai sekarang.
mungkin itu antara sebab aku tidak punya ramai kawan.
PIC aku kata aku memilih kawan.
apakah aku tidak punya hak untuk memilih?
kenapa aku memilih berkawan dengan PIC tidak kawan-kawan PIC?
sebab kami punya chemistry.
sebab dia suka melayan aku.
sebab dia matang.
aku rasa semua orang pun memilih untuk berkawan. tak begitu?
atas dasar itu, aku faham kenapa aku tidak dengar berita MR. A sehinggalah semalam.
buat yang tidak tahu, bacakan yang ini.
aku baru tahu MR. A ini orang yang berusrah-usrah.
aku dengar-dengar cerita (UK ini tidak besar ye?) bahawasanya MR. A meminta tolong geng-geng usrah di tempat kediamannya untuk mencarikannya jodoh.
mungkin dia sudah pasrah kerana telah putus kasih dek kerana keluarga.
pada permulaan cerita aku sangkakan mereka putus kerana perempuan itu memakai tudung selempang dan tidak disukai.
rupa-rupanya kerana ibu MR. A tidak sukakan si perempuan itu. tidak tahu atas sebab apa. tidak cukup bagus mungkin.
oh, Mr. A anak ibu rupanya.
maka, saya terpaksa untuk hentikan niat saya kepada dia.
i've had enough dengan lelaki-lelaki yang anak mak. - getus amarah aku pada si PIC.
boleh kenalkan aku lelaki yang bukan anak mak tak? tanya aku pada dia.
nak tahu si PIC jawab apa...?
AKU.
(ok, saya tidak tahu mahu respons apa)
tanda tanya?
bebel hari-hari,
cinta,
PIC
Friday, 12 June 2009
angan.angan.hari.jumaat.
tak ramai orang di sekolah. yeay!lokasi: tepi loch. loch mana sila imagine sendiri. ni loch (tasik dalam bahasa gaellic) yang ada pemandangan macam marina di Langkawi, ada bukit bukau macam kat... Scotlandlah... hahahaha!
cuaca: cerah, cerah matahari bersinar. sesekali angin sejuk menyapa.
aku: jom kita piknik kat sini?
lelaki: boleh. boleh. (sambil tolong bawakkan packed lunch yang aku buatkan pagi tadi)
aku: hmmm... sejuklah pulak harini. tak bawak pula sweater tebal.
lelaki: nak sweater saya?
aku: eh? takpela... sejuk ni boleh tahan lagi ni.
lelaki: takpela, skang saya tak sejuk lagi. awak pakai dulu. (sambil bukak sweater dia dan menyarungkan ke belakang bahu)
aku: terima kasih. (peratusan ego sudah sampai 20% mungkin.)
****
aku: hmmm... kalau hari-hari macam ni kan best. duduk aje tepi tasik. tengok bukit-bukau. bersama yang tersayang.
lelaki: macam sekarang ni?
aku: errr... errr... (tanpa sedar pipi sudah semakin merah)
lelaki: eh, sedap nasi lemak nih. (buat-buat tak nampak pipi aku dah merah)
aku: kalau sedap, nanti saya masak lagi.
lelaki: kalau masak sedap macam ni selalu, gemuklah saya. susahlah nanti.
aku: kalau gemuk kenapa? dah tak hensem dah ke?
lelaki: eh, saya hensem ke? (oh tak bape vain, i loikkkeee!)
aku: errr... boleh dikategorikan dalam good looking.
lelaki: eh? awak pun apa kurangnya. kategori good looking juga. pandai masak. beruntung siapa dapat awak.
aku: errr... tiada siapa pun nak kat saya nih. saya rasa saya tak lawa kot. sebab takde pun lelaki yang nak dekat dengan saya. haih.
lelaki: saya ada. (sambil tengok bungkusan nasi lemak dan mengunyah-ngunyah)
aku: (masa tu aku sedang menghirup air teh susu lalu tersembur dan terbatuk-batuk)
lelaki: awak ok tak nih? (lalu mengusap-ngusap belakang)
aku: ok. ok. (pipi dabel merah)
****
lelaki: awak, saya dah start sejuk nih.
aku: oh, maaf. saya pulangkan sweater ni.
lelaki: eh takpela, saya gi tengok kat boot keta ada lagi tak sweater lebih.
aku: eh takpe, saya dah warm dah nih. no bother.
lelaki: hmmm... kalau awak peluk saya dengan sweater tu kan best... (nada seperti bercakap dengan diri sendiri)
aku: errr.... betullah dah makin sejuk. kita balik ajelah eh?
lelaki: ok. best piknik-piknik macam ni. bolehlah buat selalu.
aku: (kalau kau ada selalu, hari-hari piknik pun takpe)
hahahahahahahaha! saya geylong - boleh tak hari jumaat ni? angan-angan tak boleh blah. cheesy habis! bak kata cik nunu. tapi being cheesy is a part from life apa?
haih, nanti angan-angan lagi.
tanda tanya?
bebel hari-hari,
cinta,
soklan hidup
Thursday, 11 June 2009
abe.wan.si.pakar.cinta.
suhu badan mencecah 38 darjah celsius. haih.vanity is the best sin - devil's advocate.
aku rasa betullah tu.
siapa sahaja manusia dalam dunia ni tak pernah rasa vain?
yang rasa diri dia lawa/hensem...
yang selalu tangkap gambar depan cermin atau mana-mana aje refleksi diri.
sebab dia rasa dia bagus dan apa-apa sahajalah perasaan yang boleh buat dia rasa dia suka menjadi dirinya.
self-concious juga salah satu simptom vain.
ni salah satu penyakit yang aku rasa tak boleh sembuh.
aku memang tak boleh tahan sangat dengan orang yang perasan diri terlebih.
dialah yang cantik, dialah yang pandai.
semua pun dia.
selalunya orang-orang macam ni sesuai jadi model, aktor, dan sebagainya.
sebab keje macam ni perlukan tahap vanity yang tinggi.
sebab apa aku cakap mende-mende macam ni?
sebab aku cukup tak suka orang-orang yang perangai macam ni.
(hati-hati, selalunya kalau aku kutuk lebih-lebih aku jadi macam diorang juga)
mungkin aku rasa aku tak cantik maka aku 'nampak' macam jeles diorang buat macam tu.
padahal sebenarnya aku memang tak suka.
kadang-kadang aku terasa nasib baik Allah ciptakan aku jadi macam ni.
tak bape cantik, tak bape itu ini.
supaya aku tak terlalu berbangga diri.
sebab aku tahu kalau aku punya segala-galanya mesti aku akan lupa diri.
dan mesti tak reti bersyukur.
tapi aku pun pelik.
orang-orang yang vain ni (sama ada mereka lawa atau tidak) senang sangat dapat balak, tunang dan suami.
kenapa ye?
aku ada
lawak gila ok? tapi ada kebenarannya.
nama penulis ni ridzuan. agaknyalah.
aku gelarkan dia abe wan ajelah. lagi mesra. hahahaha!
dia kata, manusia ni akan dapat apa yang terlintas di fikiran dia. sama ada dia mahu atau tidak.
dalam bahasa inggerisnya - you can get whatever you want, whether you need it or not.
contoh - kalau aku rasa aku nak gi oban minggu ni, aku akan pergi juga walaupun kalau tak gi pun, oban tu bukannya lari. hidup aku tak merana pun.
dan biasanya kau akan dapat apa yang kau nak.
bila dah sampai oban, maka? adakah hidup kau lebih bahagia? mungkin saat itu ajelah sebab kau dah dapat apa yang kau nak. pastu bila esoknya badan dah penat sakit-sakit baru terasa nyesal gi situ.
tapi lainlah pula kalau gi dengan buah hati pengarang jantung.
itu yang aku rasa tiada pada aku dalam bab percintaan.
berbeza dalam hidup aku ni, aku tahu nak tuju apa, nak looking fwd untuk apa.
tapi tak dalam percintaan.
aku tatau nak looking fwd apa untuk seorang lelaki.
aku tahu aku suka berkawan dengan lelaki tapi untuk menjalinkan rasa intimasi tu aku rasa macam pelik.
sebab aku kurang sikap vanity itu.
mungkin aku rasa sebab aku suka buat-buat cool.
abe wan juga kata kalau sukakan seseorang, cakap stret forward.
sebab laki ni tak paham bahasa.
walaupun dia tahu kau suka kat dia, dia akan buat-buat cool juga.
lelaki ni suka kalau tahu ada orang mahu kejar dia.
pastu main tarik-tarik tali.
bila orang dah tak larat nak kejar, baru dia nak kejar kita.
ntah hape-hape aje lelaki ni.
tengok? macam manalah saya nak bercinta nih?
saya kalau dengan orang lelaki yang saya suka, saya nak pandang muka pun segan, apatah lagi nak tenung mata dia then cakap 'saya rasa saya suka awak?'
haih.
aku pernah berangan-angan.
lokasinya di restoren yang agak ekslusif.
kononnya si lelaki mahu belanja makan sebab ada meraikan sesuatu.
aku pun pergilah.
kemudian lepas order makanan, tiba-tiba laki tu kata "hmmm... terasa macam mahu kawen, boleh?"
aku pun dengan coolnya balas balik "apa susah sangat? kawen ajelah..."
pastu dia pun dah macam bagi hint-hint "awak tanak kawen ke?"
errrr... aku pun dah start bau-bau benda yang pelik, (tapi masih cool) "errrr, kawen? haih, mestila nak kawen..."
pastu waiter datang bawak air.
yang laki tu pun macam amik masa panjang nak susun ayat.
"awak, ehemmm... awak... kalau saya nak kawen, awak pun rasa nak kawen... apa kata kalau kita...."
short pause.
satu saat
dua saat
tiga saat
aku buat muka blur. aku tahu nak sambung ayat apa. tapi aku tak sambung.
"...kita apa?"
"takde papelahhh..." laki tu back-off kejap then terus ke bilik air.
aku dalam hati menjerit marah2 pada diri sendiri. KENAPA TAK CAKAP AJE... KAWEN?
arghhhhh! ini sindrom "orang ketuk pintu - kita bukak tingkap"
maka, akhir ceritanya orang yang cantik, lawa, pandai gila babi ni takde sapa pun yang nak.
eh? kata tak vain?
ahacks!
tanda tanya?
angan-angan,
cinta,
soklan hidup
Papa'O.si.pakar.cinta.
is currently enjoying "See you again - Miley Cyrus"aku lihat-lihat karya blog aku yang lepas-lepas.
sekejap sahaja masa berlalu.
masa aku depressi, zaman gelapku.
zaman bahagiaku.
zaman amarahku.
zaman tenangku.
teringat cerita abah sewaktu dia di sini.
dia kata dia tiada hak untuk memberi komen tentang cinta.
bila aku kata aku devastated, dia cuma katakan begini;
"you've had your portion with him, this time he gets another woman, so what?"
bukannya lelaki itu segalanya pada aku.
tak dapat dia pun bukan dunia ini kiamat pun.
i deserve millions better than him. correct me, zillion!
hati ini sudah mahu sembuh.
dengan escapism itu ini, aku rasa makin gembira.
aku punya ramai gila kawan baru dan kawan-kawan baik.
enjoy the moment as it is.
rumah sudah separuh jalan dikemas.
terasa lapang.
kalau 4 orang nak tidur kat rumah pun aku tak kisah.
ada ke orang nak tidur kat teratak buruk aku nih?
oh ye, Mr. Godzilla takde minggu ni.
Maka hari ini aku tak pergi sekolah. hehehehe.
aku tahu senior aku akan bising dan co-SV akan tengok-tengok aku tapi aku dulik ape?
aku pandailah nak kowtim kerja-kerja aku. hehehehe.
oh ye, ada orang request playlist dari Tijah.
aku pun cilok-cilok dari orang.
tapi semalam aku amik lagu yang paling ramai orang download.
ada dalam 20 lagu jugalah.
aku akan cuba upload lagu-lagu tersebut kalau mampu.
kalau kamu suka rock kapak ataupun lagu-lagu mellow, silalah layan.
saya mahu sambung kemas rumah, nanti ada tamu mahu datang.
saya ni kekadang terasa seperti maƮtre de maison di sini.
kerja saya bukannya patutnya belajar ke?
bukan entertain orang-orang yang datang sini ok?
oh ye, aku suka lagu ni.
suka gila ok?
enjoy!
tanda tanya?
bebel hari-hari,
cinta,
soklan hidup