Showing posts with label PIC. Show all posts
Showing posts with label PIC. Show all posts

Wednesday, 10 February 2010

saya.

harini saya:

1) bekerja sampai malam. banyak gila unfortunate events berlaku. jangan tanya, saya malas nak cerita. dada saya sakit.

2) pergi tonton wayang lepas dari buat kerja di sekolah. ramai gila orang tengok wayang harini. oh, harini ada promosi buy 1 free 1. ingat nak tengok wolfman tapi kepala saya berat. dada pun sendat. ingat nak tengok yang ringan2 aje.

3) terbeli tiket wayang cerita berat. kepala tak boleh fikir nak pilih cerita apa. last2 terlelap dalam panggung.

4) konon2nya nak shopping barang rumah sampai 40pound, sebab kononnya ada diskaun 6 pound. terbeli lebih 7 pound kemudian keluar resit kat kaunter. "if you buy another 40GBP, u can get 6GBP out of your purchase. valid till 21st Feb 2010" mana saya nak cekau list nak cukupkan 40GBP lagi? haih.

5) berpuasa buat kali ketiga berturut-turut. nasib baik saya puasa, kalau saya tak puasa dan tak makan dan hidup penuh dengan unfortunate events itu, saya pasti dah meletup kebaboom sampai pecah semua isi perut. pastu sebab sibuk buat kerja kat sekolah, shopping barang rumah dan pergi tengok wayang, sampai sekarang saya tak makan lagi. saya rasa satu panggung boleh dengar perut saya berbunyi. malu.

6) seronok bila saya tahu Allah dengar kata hati saya. tadi saya teringat kat PIC, terus dapat miss called dari dia. apa mimpi ntah. haritu Dundee sangat terang benderang sampai silau biji mata, saya pun macam kenapa terang sangat ni? sekali saya pergi toilet untuk amik wudhu', lampu terus xde. baru saya tahu makna terang itu.

apa yang saya bebel ni? saya dah penat jasad dan minda. saya mahu tidur.

iklan: adik, kaklong sepanjang hari tiada internet di sekolah, tak boleh balas buzz kamu. text number Malaysia kaklong ok?

Wednesday, 9 September 2009

ciknunu.so.long.farewell.

Photobucket buat surprise pada cik nunu!
walaupun PIC ajak kuar, dia tetap mahu pandu berpuluh-puluh batu untuk menghantar ciknunu!
berbuka di epot adalah sangat meriah!




saya sedang berblog di kampung saya.
saya tak tidur dah nak dekat 24 jam ni.
saya dahlah nak kena pandu balik ke sekolah ni.
harap-harap saya tak tertidur di tengah jalan.

ah! saya dah takde semangat mahu ke sekolah.
otak saya asyik fikir Malaysia, Malaysia aje.

nak balik!

Tuesday, 21 July 2009

like.i.care.more.than.this.

Photobucket hari cantik. tapi sejuk.

saya dapat call pagi tadi.
'busan?' tanya si dia.
ah! dia macam tahu aje yang saya sedang ubahsuai cara hidup saya tanpa dia di sisi.

benda macam nilah yang saya tak mahu.
selalu saya tak mahu rapat dengan orang sebab saya tak mahu merindu.
penat merindu satu hal.
saya terpaksa ubah pola hidup dan buat-buat tak rindu - satu kerja yang sangat penat.

jangan salahkan saya kalau saya tak rapat dengan dia lagi.
sebab mungkin dalam masa dua bulan ini saya akan rapat dengan orang lain.
mungkin saya kena mencari escapism baru.

saya tahu dia pun risau mahu tinggalkan saya.
dia cakap dia terkejut saya boleh mencari kawan yang lain.
atau saya rasa dia terasa saya seperti boleh hidup tanpa dia?

saya tak tahu apa nama perasaan ini.
pastilah saya akan merindui si dia.
tapi saya harus hidup juga.
seperti peristiwa-peristiwa dahulu, saya kena mencari escapism yang baru.

seperti biasa. sila doakan saya. ;)

Thursday, 16 July 2009

caca.marba.

Photobucket is feeling full!

saya tertidur petang tadi.
tak tahu penat kenapa.
kerja di sekolah taklah banyak sangat.
dah tu, malas gila nak buat apa-apa.

Mr. Godzilla tiada esok.
minda ni mulalah fikir yang nakal-nakal.
nak balik kampunglah, mendelah.

tapi hidup kena prioritise.
buat kerja sampai habis.
esok mestilah kena pergi sekolah.

hujung minggu ni memang jadi berkayak.
atau bersampan. tengoklah mood hari Sabtu nanti.
minta-minta tak hujanlah.
dan tak panas sangatlah.
cukup-cukup hitam saya ni.

nak tahu?
sekarang saya naik 2 kilo.
ini semua kerana ubat muscle relaxant saya.
saya tahu benda alah tu bukan steroid tapi entah, selera makan saya bertambah.
saya terpaksa makan sebelum telan ubat tersebut, dengan kadar yang sangat banyak.

dan saya cepat sangat rasa lapar.
dalam 2 jam aje lepas makan, perut berbunyi kriok kriok minta diisi.
sudah minum air, minum kopi segala, masih berbunyi.

saya pun suka makan crisp dan cokelat sekarang.
gilalah, bila menda-menda tu takde, saya sanggup pergi TESCO membeli tengah-tengah malam.
termasuk hari ini, saya asyik makan aiskrim berlemak tinggi aje.

ye, saya punya perangai gila entah hape-hape entah ni.
haritu makan strawberry pun tengah-tengah malam sambil celup-celup dengan nutella.
perghhh double chin la saya ;(

saya separuh rindu dengan PIC.
tapi seriyes janganlah asyik tanya saya bila dia balik sini.
saya tak mahu rindu dia.
dah bape hari dia takde, saya dah separuh mati bosan dan asyik binge eating aje.

itu baru beberapa hari, kalau 2 bulan?

ah musim panas ni. saya sepatutnya dah kurus by 1 stone tahu?
saya nak bersenam dada sakit.
nak pusing stereng kereta pun tak larat.
apatah lagi nanti nak kayak.
harap-harap saya tak pengsan nanti.

saya nak buat kerja bodoh leh tak?
saya rasa macam nak tidur kat panggung wayang waktu kerja boleh?
kadang-kadang tidur dalam hingar bingar sangatlah selesa.

ye, saya tahu saya aneh.

Wednesday, 15 July 2009

bosan.sakit.dada.sunyi.rindu.

Photobucket hari ni takde mood nak bekerja.

Harry Potter keluar harini.
Tak teruja pun.
Tak pernah teruja pun.
Selalu kalau gi premier mesti sebab nak meriahkan suasana atau nak teman kawan-kawan dan adik.

ANYWAY.

borak-borak dengan kawan-kawan satu department.
starting next week ramai gila ada plan itu ini.
pergi jalan-jalanlah.
Mr. Godzilla pun akan tiada dalam masa seminggu.

joli sakanlah saya.

saya ada plan menarik sempena kemuncak musim panas ni.
kalau saya tak sakit dada sangat, mesti saya akan jadi lagi aktif.

terbaru - saya nak pergi canoeing.
PIC takde nak ikut.
Kawan perempuan bujang semua tak adventurous.
takut tenggelamlah, tak pandai berenanglah.

apa-apa ajelah.

waktu-waktu ni lah rasa aje nak lepak dengan member-member omputih.
sebab diorang sgt adventurous.
malu ok dengan budak kecik umur 8 tahun yang boleh canoe, boleh cycle selama 3 jam dan boleh sailing tanpa rasa takut.

anda tak malu? saya sangat malu ok? (dan rasa tercabar)

ANYWAY.

saya mahu tanya satu soklan.

pernah tak kamu rasa macam kamu rasa rapat sangat dengan kawan-kawan kamu sampaikan ada satu masa tu kawan kamu rasa macam nak tunjukkan yang dia tak tahan dengan kamu?

habis, selama ni kamu baik sebab apa?

friends for benefits ke?

ataupun kamu rasa kamu boleh toleransi dengan sikap buruk beliau (or vice versa) tapi sampai tahapnya kamu rasa dah menyampah?

itu sebab saya jarang punya sahabat baik.
sebab rasa malas nak membenci, menyampah dan sebagainya.

jika saya ada sahabat baik pun, saya akan cuba untuk tidak menghubungi selalu.
atau mungkin, buat-buat macam tak rapat.

saya tak suka dan tak nak terima hakikat yang kawan baik saya meluat dengan saya.
atau sebaliknya.

kalau tahu akan jadi macam tu, tak payahlah berbaik-baik dari mula kan?

*oh! siapa mahu tonton Harry Potter dengan saya? apa? tiket sold-out?


damn.

Monday, 13 July 2009

thank.goodness.




MissCC sakit dada dah lama dah ni.
Cik I bebel suh makan ubat. MissCC takmo.
Cik Hudie_Hud suh gi GP. Beriya MissCC bagi alasan hujanlah, ribut petirlah. Kena paksa juga pergi.

MissCC berjumpa dengan doktor.
Dia tak suka doktor sebenarnya.
Dia tak suka bercerita masalah kesihatan beliau.

Ah, tipikallah tu.

Tapi rasa sakit ni macam dah tak tertahan dah.
dah 3 minggu asyik sakit aje.
nak tidur pun payah.
pagi tadi siap sakit bila nak pusing stereng kereta.

maka, nak tak nak kena pegi juga.

petang tadilah baru nak daftar nama dengan Medical Centre dekat dengan rumah.
sambil-sambil berharap bolehlah berjumpa dengan GP waktu tu jugak.
tapi peluang tu memang takkan dapatlah. selalunya kena buat temu janji dulu.

alhamdulillah, ada slot kosong petang tadi.
sambil-sambil tunggu baca novel.
terapi minda ya?
lama sudah tak baca buku-buku fictional nih.

masuk aje bilik dokter, ceritalah segala simptom.
sakit dada bila bergerak, sakit sampai ke shoulder blade belah kiri.
dia angguk-angguk.

dia letak stets kat dada belah belakang.
suruh batuk, siap ketuk-ketuk.
rutin aje tu.
tapi macam pelik sebab kena selak baju tanpa ada chaperone.
tapi being profesional, selak ajelah.

dokter tu pun mcm extra caution jugalah nak sentuh2.
sebab pakai tudung kan?
manalah tahu rasa sensitif sini sana.

dia kata paru2 saya sihat.
perut saya ok.
jantung saya takde masalah.

ini semua muscle between ribs punya kerja.

dia suspect saya kena bang kat dada.
bila saya fikir-fikir balik (masa borak-borak dengan Cik Hudie_Hud semalam) mungkin saya kena macam ni masa main ORB di Brighton.
Cik Hudie_Hud hempap saya ;(

Tapi dokter dah bagi ubat.
dia suruh makan selama seminggu.
tengoklah lepas seminggu macam mana.

ehem, saja nak bagitahu - tadi sebelum ke GP saya gayut dengan PIC.
sangat terharu ok dia tanya khabar saya?!
dia kata London panas dan traffic teruk.
haha! kata London, siapa suruh drive di sana?

eh? tiba-tiba saya rasa dah baik balik. :D

Wednesday, 8 July 2009

heartburn.

SAYA ada cerita nak bagitahu.
walaupun saya ni berumur suku abad dah tapi saya 'bodoh' rupanya.

INGAT tak bila saya cerita pasal jiran sebelah rumah saya?
semalam bila PIC lepak-lepak kat rumah sambil dinner dan tonton movie kami terdengar sesuatu dari rumah sebelah.

OH ye, peringatan, rumah-rumah kat sini hanya dipisahkan oleh beberapa keping plywood berserta insulator.
maka, kalau kamu pasang lagu sekuat alam, satu blok rumah boleh dengar.
apatah lagi bunyi-bunyi yang pelik.

maka terdengar bunyi-bunyi tu, PIC terus rendahkan bunyi suara TV.
dia tanya, bunyi apa tu?
aku dengan selamber cakap, 'oh, tu bunyi orang pindah-pindah perabot kot. kan diorang baru pindah'

TERUS PIC mute the sound.
dengar lagi bunyi tu, lebih kurang 2 minit.
'kau rasa apa yang aku rasa?' dia macam nak gelak.

huh? rasa mende? diorang tengah ketuk-ketuk dan bergergajilah tu.

PASTU PIC macam musykil. gergaji pukul 10 malam?
pastu aku katalah, ala hari-hari ada bunyi mcm tu. biasalah tu orang baru pindah.

PIC gelak gila-gila.
'Aku rasa diorang buat projek. Kau dengar tak orang moaning?'
kitorang pun gelak-gelak lepas dua minit.

SEBAB bunyi tu macam berhenti selepas itu.
har har har. selama ni aku fikir jiran sebelah bertukang.
tapi 'bertukang' rupanya.

haih.

oh, ADIK. entri kali ni takyah paham :D

Monday, 6 July 2009

kisah.hujung.minggu.lepas.

Photobucket penat mak penat! (nota: entri kali ni macam agak-agak panjang)

alhamdulillah, escapade saya minggu lepas berjalan dengan lancar.
plan saya sebenarnya mahu berpiknik, lying in the sun.
nak hitamkan lagi muka.
saya dah jadi macam zebra sekarang.
berbelang sini sana.

anyway, saya ke Aberdeen hari jumaat malam lepas.
Cik Hudie_Hud berbesar hati nak buatkan saya mi sup.
dia kata mi sup orang bujang. har har har.
siap ajak Cik Wanis lagi meriahkan rumahnya itu.
sambil makan-makan sambil gosip.
lepas gosip aje tengok cerita hantu.
tak cukup lagi cerita hantu sambung tonton cerita jepun.
borak-borak sampai pagi.

sian Cik Hudie_Hud.
dahlah kena layan tamu, pukul 4 pagi kena pergi sekolah.
buat kerja.
dia bekerja sampai pukul 10 pagi.
pastu kena seret gi piknik.
cakap dengan dia, takpela - tidur. saya drive.

cadang mahu ke River Dee.
rupa-rupanya River Dee panjang yang amat.
aku pilih satu pekan, namanya Ballater.
Pekan ni memang betul-betul tepi sungai.
budak-budak nilah yang nak rasa sangat berendam kat sungai.

sampai sana dah tengah hari.
jenguk site yang cantik nak piknik.
haih. sungainya berbatu bata.
tak sedap buat piknik.

aku cadang nak naik atas terus ke Braemar.
tak jauh sangat pun lebih kurang 8-10 batu aje.
kemudian ternampak papan tanda ke Glen Muick.
aku pun terus melencong ke situ.

jalan lagi masuk ke dalam gunung-ganang.
memang cantik pemandangannya.
ada sungai tepi jalan. lembu-lembu.
tenang aje jiwa.
agak-agaknya kalau ada salju mesti lagi cantik.

dah sampai Glen Muick.
ramai benar orang ke situ.
tapi kami tak pasti apa yang ada di situ sebenarnya.
rupa-rupanya orang sibuk bersedia sedia nak pergi hiking.

kami?

jalan tak sampai seratus ela, cari tempat redup.
piknik.
yang penting mesti di tepi sungai.

hidupkan api.
bakar ayam. sosej.
makan-makan.
rendam-rendam dalam air sejuk.

ah! sedapnya!
ramai jugak orang yang jeles kami BBQ kat situ.
macam semua orang pun nak berendam di situ.
cuaca sangat panas dan air sangat sejuk. kombinasi yang sesuai untuk kena panau. hahahaha!


lepas aje penat beronggeng di sana, kami terus balik ke rumah Cik Wanis untuk berstimbot pula.
ajak adik Nunu dan kakaknya Nini.
kali ni ramai lagi tamu yang datang.
makanan pun sedap-sedap.
sungguh nyaman!
kemudian pekena pulak kopi ais. perghhhhh! mantap gila!



malam tu, lepak rumah Cik Wanis pula.
sebab tanak kacau Cik Hudie_Hud yang kena pergi sekolah pukul 4 pagi lagi.
haih.
borak-borak pasal hidup.
tonton cerita hantu lawak.
borak-borak lagi sampai masing-masing dah tertidur.



sudah hari Ahad.
cadang mahu ke Carboot sale di Aberdeenshire.
tanak buat apapun, cuma nak cari donut sedap aje.
tapi bila dah dua malam tak cukup tidur dan hari yang sangat penat, tak jadi nak pergi.

masak sarapan kuey teow dan lunch pula nasi lemak di rumah Cik Nunu.
sebelum tu, kereta Cik Hudie_Hud tak boleh hidup.
maka, kena guna 'jumper' dari bateri kereta aku ke kereta beliau.
sebelum tu, kena tepon Abah confirm apa-apa yang patut.

Cik Hudie_Hud kata 'cayalah, mesti laki ko rasa inferior dengan ko.'
heh. aku ni mighty woman ke?;))

bila kereta Cik Hudie_Hud dah boleh hidup, kami gerak ke bandar.
ada international market.
ceh, ingatkan macam besarla pasar tersebut.
rasanya pasar malam depan rumah aku berganda lagi panjang kot.



jumpalah ramai Malaysians.
termasuk adik Burhan.
dia ajak pula lepak-lepak di kedai kopi.
ironi - lepak kedai kopi tapi minum smoothie.


pe cer?

lepas dah borak-borak, terasa macam mahu tonton wayang pula.
waktu tu dah pukul 7 malam.

aku buat ayat saiko kat Cik Wanis dengan Cik Hudie_Hud:

'kalau aku balik Dundee sekarang, malam ni mesti aku nanges. Kalau tak pun, mesti tak balik rumah terus. Mesti gi tengok wayang sorang-sorang'

maka, diorang pun tertipu dengan lakonan sedih aku dan meneman aku nonton wayang - cerita the ICE AGE 3.

heh. lawak betul. aku yang mengajak tapi aku yang tertidur tengah jalan. penat!

kemudian, dah hampir malam, diorang ajak tidur di Aberdeen satu malam lagi. Gila kamu, esok ada meetinglah!
lepas supper the best chicken kebab in Aberdeen, saya pun balik.
tengah-tengah malam.
jalan raya kosong. gelap gulita aje.

terpaksa gagahkan jugalah.
nak balik nak balik.

sampai aje rumah, baru ternampak PIC tepon nombor handphone sana-sini.
mungkin mahu teman berborak untuk mengadu rasa takut nak exam esoknya (hari ini).
tepon dia balik, dia tak angkat. tidur mungkin.

aku pun sampai aje rumah memang tak larat.
rasanya baring aje katil, terus tertidur kot.
sampai bangun pagi tadi rasa badan semua sakit-sakit.

tepon PIC, nak ucap dia GOOD LUCK.
memang betul jangkaan aku, dia dah cuak seluruh alam dah.
comel aje melayan bebel-bebel dia ni sepuluh minit sebelum periksa ;))

sampai sekolah agak lewat juga.
sebelum pukul 9 jugalah.
bila sampai aje ofis, senior cakap 'owh, harini tiada meeting. Mr Godzilla tiada. dia masuk lambat'

weyhoooooo!
penat aje aku rasa fobia semalam.
aku pun terus buat kerja.
buat kerja dan buat kerja (walaupun hatiku di Caribbean) sampai sekarang.

haih. itu pun aku sempat ke bandar beli barang dapur segala.
esok Cik Hudie_Hud nak singgah Dundee on her way to Edinburgh.
ada seminar.
dia ajak aku sekali.
kalau Mr. Godzilla takde takpela.
saya nak jalan-jalan lagi. ;(

oh ye. saya rasa dah plan untuk bulan Julai ni.
macam-macam plan.
kalendar peribadi saya padat gila.
walaupun PIC dah takde di Dundee hujung minggu ni, saya tetap boleh berseronok-seronok!
yihaaa!!!

doakan saya.
terima kasih :)

*oh ye, malam semalam bulan cantik :)


nota kaki:
jauhnya Aberdeen dengan Dundee adalah 1 jam 10 minit perjalanan. tapi kalau MissCC, 50 minit pandu. dia bawak kereta macam pelesit! Jauhnya Ballater dari Aberdeen adalah satu jam 45 minit. Yang ni MissCC tak bawak laju sebab ikut jalan kampung :P

Friday, 3 July 2009

saya.awak.aku.kau.I.YOU.

Photobucket peluklah diriku dan jangan kau lepas - alexa

lagu ni berhantu gila.
pelik betul.
aku terdengar lagu ni dari sebuah blog ntah-sape-ntah.
masa pertama kali dengar rasa mcm pernah dengar.
being STML myself, aku pun google lagu ni.

video ni pun macam pernah tengok.
bila berusaha ingat-ingat, aku pernah tonton VC ini bersama PIC.
dia kenalkan lagu ni rasanya.
mungkin kawan-kawan Malaysia dia yang beri.

aku pun download.
mainkan ulang-ulang.
haih, rasa nak disayangi boleh?

anyway, aku rasa semua orang pun tahu aku dan PIC regard diri masing-masing aku-kau.
pada aku, normallah tu. aku cakap dgn lelaki mmg aku-kau.
ada yang jenis baik-baik, aku regard nama dia dan nama aku.
sopan sket.

tapi PIC dengan orang perempuan dia ber I - YOU.
kecuali dengan aku.
kadang-kadang pelik juga.
kenapa dengan perempuan lain ber I -YOU.
geli telinga mendengarnya.

aku tanya dia kenapa.
dia cakap itu ayat standard orang KL.
aku counter balik, aku orang KL juga, tapi aku tak suka cakap I - YOU pun.
dia rasa ber SAYA-AWAK tu kampung sangat.
kalau cakap macam tu dengan perempuan, nanti orang cap dia flirtatious.

point tu aku setujulah.
pastu aku tanya lagi.
kenapa dengan aku berAKU-KAU?

dia kata dengan orang yang rapat aje dia cakap AKU-KAU.
masa dia cakap macam tu - dia mcm reluctant sket nak tekankan ayat RAPAT.
aku gelak.
sungguh comel bila mendengar lelaki ter'confess' benda-benda cheesy macam tu.

sesungguhnya aku terasa bila dia cakap orang yang berSAYA-AWAK tu sungguh kampung.
aku selalu cap diri aku orang kampung.
tak cukup bandar dan takde rupa bandar pun.
tapi orang suka gelar mak datin.
tatau kenapa (sebenarnya tahu tapi buat-buat tatau) :P

ada pernah sekali ter-regard PIC "awak", dengan nada manja pulak tu.
masa tu Cik I ada sekali.
ingatkan diorang tak perasan aku terkeluarkan perkataan AWAK tu, rupanya Cik I perasan.
Cik I kata masa tu PIC terdiam. dengan dia-dia sekali terdiam.

mana nak letak air mukaku ini?
malu seyh.

aku sedang cuba flirt dengan dia ke?
OMG! PIC sila balik ke Malaysia sekarang boleh?

Jumpa anda bulan Oktober nanti ;)

Thursday, 2 July 2009

saya.dia.dan.kamu.

seseorang bertanyakan pada saya tentang cinta.
tentang lelaki dan perempuan.
tentang perempuan sukakan seorang lelaki.
lelaki ini tidak punya ikatan dengan perempuan lain dan amat baik pada si dia.

mungkin dari perbuatan baik itu jatuhnya sayang.
dari bertanya khabar selalu kepada rindu-rinduan.

maka kerjanya asyik angan-angan sahaja.
satu keje hape pun tak boleh nak buat.

si dia bertanyakan pada saya.
'perlukah saya berterus terang dengan beliau?'

apa jawab saya? mungkin saya akan berikan di penghujung cerita.

saya bertanyakan juga pada PIC tentang pendapat beliau jika seseorang memberitahu yang dia jatuh suka padanya.

nak tahu dia respons apa?

"berani siot perempuan tu! sanggup ambil risiko!"

sebab si lelaki akan menolak konfrontasi yang dimulakan oleh perempuan tersebut.

dia kata juga - lelaki ni ada dua jenis aje. 1) yang ignorant dengan yang 2) perasan.
bezanya - mereka akan tahu bila mereka akan jatuh cinta. tak perlu dipaksa.

maka, dia akan tahu jikalau kita berikan *hinthint* yang kita jatuh suka/sayang segala.
kalau dia buat-buat bodoh, mungkin dia sebenarnya tidak berminat.
mungkin dia tiada perasaan istimewa terhadap perempuan tersebut.
mungkin dia looking fwd pada perkara lain. kerja contohnya.
mungkin dia gay. heh.

maka, perempuan. jika mahu mulakan konfrontasi manis-manis dengan sang lelaki, cukuplah katakan padanya yang anda sukakan si dia. tak perlu lebih-lebih. cakap saja straight forward. kalau dia sukakan anda juga, tahulah dia mencari anda di mana-mana.

mahu seribu daya bukan?

saya bertanya juga pada PIC.
bagaimana pula jikalau lelaki yang sukakan perempuan tu?
apa *hinthint* si lelaki?

oh senang sahaja jawab beliau.
pertama - dia akan mencari anda.
bangun pagi, sebelum tidur, tengah makan.
hari-hari pun mahu tahu anda buat apa.
walaupun dia tahu pukul 6 pagi anda gosok gigi.
pukul 7 mahu bertolak ke ofis.
pukul 10 pergi minum pagi.
dia tetap mahu tahu ke mana sahaja anda pergi.

kalau boleh dia mahu aje duduk sebelah kamu 24/7.

itu kalau dia suka kamulah.
ke mana sahaja mahu dikejar.

ah! tipikal lelaki bukan?

btw - untuk seseorang tadi. saya suruh sahaja dia confess kepada yang berkenaan.
all the best.
sila update cerita dengan saya. kita gosip2 lagi.

Monday, 29 June 2009

senyummu.dan.pedihmu.adalah.hidupku.

Photobucket dinner everyone!

cet. met office UK kata minggu ni panas terik.
sampaikan buat amaran jangan main panas kat luar.

haih. ingatkan mak-mak aje yang cakap macam tu :P

tapi lain pula di sini.
sejak semalam Scotland asyik berkabus aje.
sekali tengok macam Cameron Highland zaman 1950.
nak memandu pun susah. haih.

semalam ke St. Andrews.
ada barang percuma menunggu.
saya pun tak tahu apa orang tu nak kasi.
ingatkan setakat alat senam kecil-kecilan.

sekali ada orang mahu bagi satu set gim mini yang biasanya ada kat rumah-rumah omputih zaman sekarang.
siap dengan dumbell pula tu.
barang-barang macam ni kalau beli memang beribu ringgit kalau kat Malaysia.
kat sini, bila orang nak bagi, kita ambil je la kan?

oh ye. perasan kan saya asyik bebel-bebel yang saya agak emo sejak dua menjak ni?
saya rasa saya tak boleh masuk dengan orang-orang Dundeelah.
bukan sebab diorang ni jahat, sebab saya rasa saya jahat.

orang-orang Dundee saya rasa baik sangatlah.
dah lama dah perasan, memang dari dulu tak boleh nak masuk tapi cuba-cubalah juga.
sampaikan orang kata saya ni hipokrit, konon buat-buat baik.

tapi saya sedar hidup saya akan lama di sini.
dulu orang-orang Dundee selalu perli-perli saya kenapa suka sangat balik kampung, nun jauh di Aberdeen.
satu: sebab kesayangan saya ramai di situ.
dua: saya memang tak bape nak masuk sangat dengan mereka. di sini ramai sangat keluarga. yang bujang boleh bilang dengan sebelah jari aje (polidaktil tak kira).

tiga: sebab saya suka huhahuha.
kalau nampak saya jadi sopan santun dan ayu-ayu tu, masa tu saya tengah berlakon baik.
saya tak baik sebenarnya.

bila orang mula tegur saya itu ini, saya nak aje cakap dekat diorang "this is a true me"
saya tahu ada orang nak tegur saya pun guna orang lain dan fikir banyak kali.
mungkin sebab saya ni makan orang agaknya. fikir merekalah.

sejak dua menjak ni saya asyik nak terasa aje dengan orang-orang Dundee.
tak tahu kenapa.
nak buat lawak sket tak boleh.
nak buat itu ini tak boleh.
SEMUANYA TAK BOLEH.

ada suatu hari tu saya cakap dgn PIC yang saya mahu pergi mati (emo sampai jadi macam ni)
nasib baik dia tak cakap "pergilah mati"
kalau rumah saya rumah pangsa 15 tingkat memang saya naik tingkat paling atas, pastu buat-buat terjatuh.

tapi itu perasaan jelah. saya takut tinggi, maka idea tu tak jadi.
selalu fikir kalau nak mati, senang aje - pandu laju-laju pastu langgarlah apa-apa.
itu paling senang. tak susahkan orang pun.

nasib baik PIC buat lawak kat saya.
nasib baik dia concern kat saya.
nasib baik ada dia.

kalau tak, saya tak akan menulis blog ni. kalau saya menulis pun, dari nam kaki bawah - kalau ada reception lah.

Wednesday, 24 June 2009

edisi.khas.






ramai gila yang bertanya pada saya:

1) saya bercerita itu ni pasal PIC saya, PIC tak baca blog saya ke?

jawapan: TIDAK. dia kata dia tidak membaca. abih mahu saya paksa dia?

2) saya tidak pernah tunjukkan gambar beliau. kenapa?

jawapan:
ye ke tak pernah? kenapa kena letak? dia boifren saya ke? dia tunang saya? dia suami saya ke?

3) saya ada apa-apa dengan PIC ke?

jawapan:
dia rapat dengan saya di Dundee. siapalah yang kepala gila-gila yang ada di Dundee ni sepanjang masa? dia aje saya rasa. no offense, tapi rakyat Melayu di Dundee semuanya baik-baik dan skema. kami pun baik-baik juga tapi tak cukup skema hahahaha!

4) kenapa asyik cerita pasal PIC aje?

jawapan: dah hidup saya asyik bersama dia aje. kenapa asyik highlightkan PIC aje? ramai lagi nama saya letak, kenapa tak ambil kisah yang itu?

*untuk tatapan semua, saya siarkan juga gambar dia. hehehe. haih. dia seorang kawan yang baik. memang baik. saya kena cakap yang baik-baik aje lah kan? kalau nak kutuk dia, depan-depan dia pun boleh :P





ada sekali tu, duk bertanya dengan PIC - macam mana kita boleh jadi rapat eh?
dengan selamber dia cakap - sebab kau masak nasi kerabu. hahaha!
tapi macam mana aku leh offer nak ajar dia masak nasi kerabu eh? hmmm...

saya kenal dia dah lama.
kami datang UK tahun yang sama.
dia kawan kepada adik Burhan saya yang berada di Aberdeen nun.
masa saya di Aberdeen, saya pernah ke Dundee makan-makan dan borak-borak dengan dia.
dia kata dia suka genetik, sampai sekarang saya masih ingat.
lagi terharu bila saya sekarang tanya dia pasal itu selepas 3 tahun, dia siap tahu saya pakai baju warna apa malam itu.

bila saya pindah ke Dundee, dia tolong juga saya pindah rumah baru.
tatau kenapa dia mahu mengendeng juga padahal dia sorang aje lelaki.
siap suruh dia tukarkan lamp shades lagi.

kemudian, kami kenal gitu-gitulah.
borak-borak di YM ajelah.
tak lepak sama-sama pun.
itu yang saya tatau bila kami mula rapat.

tapi saya ingatlah, saya pernah rasa macam mahu menangis buat PhD ni.
saya mengadu pada dia.
dia tenang aje.
saya tahu mungkin dia tak berapa kisah.

pastu saya dapat tahu dia stress juga.
punyalah stress sampaikan ada sekali tu dia ke Dublin setelah membeli tiket malam sebelumnya.
kalau dulu saya stress - saya akan terus naik Aberdeen. itu pun dah kira spontaneous.
rupanya mamat ni lagi 'cara' ye?

saya rasa sejak itu kami rapat.
sebab dedua pun stress dan kami tiada escapism yang menarik di Dundee ni.
pernah sekali saya bergayut dengan dia hinggakan bil telefon bulan itu mencecah 200GBP!
terus saya rasa menyesal dan berpindah ke prepaid sahaja.
call dia free. maka, saya boleh gayut dengan dia 24/7.

saya suka dia sebab dia cakap lembut aje.
bukan mushy-mushy. manja-manja pun tak.
jarang gila tengok dia emo.
dia ni kuat bercakap.
kuat bercerita.
selalu kalau bercerita kalau boleh seantero orang kat dunia ni dia nak kenalkan.
kan saya kata dia seorang kawan yang baik?

dia pun kepala gila-gila.
adrenaline junkie.
spontaneous.
sedikit liberal.
sanggup buat apa sahaja demi kawan-kawan.
padanlah kawan-kawan dia ramai.
haih beda gila dengan aku nih.

haih. ni edisi mende nih?
geylong.geylong.geylong. :P


oh ye. antara benda yang buat kami rapat adalah - saya suka gelarkan dia gay dan dia suka gelarkan saya les. ahacks. kami bi ke? :D

Tuesday, 23 June 2009

cerita.hari.selasa.

Photobucket kenyang dan terasa sangat gemuk. WELCOME Ms. Pre-Menstrual!

hari ini saya terpaksa menjadi rajin.
sebab bila saya bangun pagi dan online, saya tengok Cik_Hudie_Hud dah sampai sekolah.
mana bleh dia sorang aje yang rajin?

tapi dalam buat-buat kerja tu terasa malas nak buat itu ini.
mood cuti masih ada lagi. bak kata Wanis - holiday hangover!
makmal pun senyap aje.

ingatkan hari ini mahu stay back lambat sket.
buatlah apa-apa yang patut.
lagipun dah berjanji nak kerja rajin-rajin lepas balik dari cuti-cuti.

tapi hari ini sangat cantik.
sangat cerah dan panas.
sampaikan kalaulah boleh saya pakai singlet aje dalam makmal, memang saya nak lakukan yang itu.

maka saya lagi tiada mood mahu berbuat kerja sekolah.

tiba-tiba PIC text.

'Jom pergi Arbroath. Fish and Chips?'

OMG! dia bagaikan tally plak dgn fikiran aku.

aku nak pergi, tapi banyak kerja. dia suruh ditch kerja-kerja aku. maka, aku ditch aje mana yang patut.

4 hari tak jumpa dia, banyak sangat cerita yang dia sampaikan.
itu. ini. itu. ini. sabar je lah.

oh btw. masa tengah tunggu fish and chips, terbacakan surat khabar tentang pertandingan fotografi di Dundee. nak tahu pemenangnya siapa? mestilah anak Kak M. Saya berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia dan kawan Kak M walaupun yang menang tu anak Kak M. hahahahaha!

Modelnya IRFAN tuuuuuu... :-"

sambil makan-makan tepi marina, kitorang pun bergerak ke St. Andrews.
cadang nak jumpa Cik I. dan sebab nak tuntut donut Krispy Kreme. hehehehe... ingat Cik I kat saya :D
lama gak dating dgn PIC.
ni kira qada' dah berapa hari tak kuar sama-sama.
heh.

kan saya dah kata saya rindu kat dia?:p

oh, oleh kerana saya sudah spend 4 jam dengan dia, saya terpaksa ke makmal semula.
sekarang dah pukul 10 malam ;(
tapi saya gembira sebab saya dah tak sunyi lagi.
tak dapat nak bayangkan macam manalah kalau PIC balik Malaysia selama 3 bulan.
siapa nak layan Miss Cherita-Cerithi?

uwaaaaaa!

Monday, 15 June 2009

bil.hikmah.

Photobucket rasa kurang sedap badan.

benda yang pertama aku fikir selepas aku bangun tidur hari ini adalah "anda tidak boleh dapat semua yang anda idamkan"

hmmmm...

arini bangun lambat.
seriyes tatau aku boleh terbangun lambat.
selalunya ahad malam senin aku akan tidak lena tidur dan akan tidur sehinggalah pukul 6 pagi.
terjaga, siap2 pastu pergi sekolah.
sebab tiap2 hari isnin mesti ada meeting.

tapi bukan hari ini.
malam semalam tidur dengan lena sekali.
mungkin kerna aku sudah penat.
mungkin kerna aku rasa sedikit gembira.
mungkin aku tiada benda untuk di looking fwd hari esok.
mungkin sebab pagi ini hujan lebat di luar. sejuk.

entah kenapa rindu adik aku yang sebaya dengan PIC itu.
tiba-tiba sahaja teringat dia.
haih... mesti dia di dalam kesusahan sekarang ni.

banyak sebab aku rasa sedih sejak kebelakangan ni.
antara sebab lain adalah aku tak dapat nak ubah siapa diri aku sebenarnya.
PIC kata aku pendendam.
dia kata orang suka berdendam adalah orang jahat.
mungkin itu antara sebab aku tak dapat jodoh sampai sekarang.
mungkin itu antara sebab aku tidak punya ramai kawan.

PIC aku kata aku memilih kawan.
apakah aku tidak punya hak untuk memilih?
kenapa aku memilih berkawan dengan PIC tidak kawan-kawan PIC?
sebab kami punya chemistry.
sebab dia suka melayan aku.
sebab dia matang.

aku rasa semua orang pun memilih untuk berkawan. tak begitu?

atas dasar itu, aku faham kenapa aku tidak dengar berita MR. A sehinggalah semalam.
buat yang tidak tahu, bacakan yang ini.
aku baru tahu MR. A ini orang yang berusrah-usrah.
aku dengar-dengar cerita (UK ini tidak besar ye?) bahawasanya MR. A meminta tolong geng-geng usrah di tempat kediamannya untuk mencarikannya jodoh.
mungkin dia sudah pasrah kerana telah putus kasih dek kerana keluarga.
pada permulaan cerita aku sangkakan mereka putus kerana perempuan itu memakai tudung selempang dan tidak disukai.
rupa-rupanya kerana ibu MR. A tidak sukakan si perempuan itu. tidak tahu atas sebab apa. tidak cukup bagus mungkin.

oh, Mr. A anak ibu rupanya.
maka, saya terpaksa untuk hentikan niat saya kepada dia.

i've had enough dengan lelaki-lelaki yang anak mak. - getus amarah aku pada si PIC.
boleh kenalkan aku lelaki yang bukan anak mak tak? tanya aku pada dia.
nak tahu si PIC jawab apa...?

AKU.

(ok, saya tidak tahu mahu respons apa)