rehat-rehat di waktu tengah hari.sila beri tepukan pada diri sendiri.
minggu ini MissCC rajen yang luar biasa.
walaupun keputusan eksperimen beliau seperti cukup-cukup makan, sekurang-kurangnya beliau gembira untuk ke sekolah.
hari-hari Mr. Godzilla mesti datang tanya khabar.
sehari 3 kali.
kadang-kadang meluat pun ada.
haih. manusia ni tak pernah rasa nak bersyukur.
oh, saya sudah beritahu yang saya sudah ada jiran baru?
sepasang kekasih (mungkin) - yang lelaki mungkin atau tidak orang sini, tapi kekasih beliau orang yang memang pasti bukan orang sini.
si mata sepet.
mereka sudah berpindah tidak sampai sebulan.
hmmm... saya pun belum kenal-kenal lagi dengan mereka.
selalu kalau pulang ke rumah, mesti nampak si lelaki duk menjemur baju di ampaian dan kadang-kadang si perempuan hisap rokok di tangga depan rumah.
siap letak cawan untuk puntung rokok di atas tangga lagi.
saya rindu jiran lama saya.
paling tidak dia pun duduk sorang macam saya.
paling tidak kalau-kalau saya tertinggal kunci kat luar rumah, dia mesti ketuk pintu sambil pulangkan kunci.
paling tidak kalau saya masak sambal sampai berasap rumah mesti dia ketuk rumah risau tanya-tanya saya ok ke idak.
ni jiran baru?
asyik dengar bunyi bising aje kat sebelah.
malam-malam pulak tu.
pastu kalau khamis malam jumaat atau hujung minggu aje, mesti ada bau arak.
saya tak suka.
dahlah saya baru aje sambung kontrak rumah.
sampai tahun depan.
takkan nak jadi begini untuk setahun yang akan datang?
haih.
tu lah, suh PIC pindah sebelah rumah, dia lambat pula bertindak.
heh.
oh saya tak rasa dia nak duduk sorang pun.
sunyi katanya.
hhahaha! kalau berjiran dengan saya mesti tak sunyi lagi :))
leh karaoke malam-malam lagu rock kapak.
yeslah!