Monday, 8 March 2010

aitai.

if we're destined to be together,
then if our love fails now,
we will have another chance.

nota: ini adalah ayat-ayat cinta 3 rangkap yang femes di Jepun. saya cadang nak kumpul banyak-banyak nak buat buku (hopeless!)

with XXX,
good is great,
bad is bearable

kame.withdrawal.

Photobucket in denial

pesanan untuk diri sendiri: sila jangan suka kame boleh?

sebab-sebab untuk tidak suka kame:

1) dia poyo. kalau dia ni berada dalam masyarakat melayu, mesti orang laki takmo kawan dengan dia. semua baju cantik bagi kat dia, semua benda dia aje nak buat. kalau menari pun nak dia aje unik, buat persembahan dia ajelah boombastik. untuk entertainer bolehlah. untuk seorang manusia, dia ni 100000% perasan bagus.

2) kaki botol. hontoooou ne. dia pun mengaku dia suka sangat minum sampai naik berat badan. bila mabuk sampai tak ingat diri. nasib baik tak mengandungkan anak dara orang. ataupun mak dara. hak hak hak.

3) dia ni flirty yarabbi. mulut manis. orang macam ni kalau ade betul2 depan saya, mesti saya sepak (bukan seypak) berkali-kali biar bagi sedar. habislah siapa yang dapat mamat ni, tak selamat.

4) pandai masak. tapi balik-balik masak kari aje. takde benda lain yang reti buat. pastu berlagak kat semua orang macam dia sorang aje pandai masak kari. meh lawan dengan mamak meh?

selain daripada tu, dia ni kawan yang baik, rajin, peramah gila, suka budak-budak, lain dari yang lain dan bijak (walaupun dia budak drop-out)

ok, next!!! siapa artist of the month?

nota: sebenarnya kan. oleh kerana saya pernah suka dia, saya dah masukkan nama dia dalam senarai nama anak-anak saya. 1) ryu 2) hiro 3) kazu (asal nama-nama anak semua lelaki ni?)

nota lagi: oleh kerana saya masih suka kame (ye, cinta itu buta) harini saya hanya makan makanan feveret beliau (nasi+telur mentah+shoyu) - pertama kali makan, sedap gila! dia pesan (ceh macam pesan direct kat saya aje), kalau masak nasi, jangan buang air basuhan yang pertama, masak sekali dgn air tu, kalau tak nasi tu tak manis. saya cuba, wahhhhhhhh! sugoiii! mmg betul nasi tu jadi manis. tapi ni apply pada beras jepun aje lah :P

ok, saya rasa saya dah kamEkaze. hahahaha!

dunia.ini.sudah.tidak.selamat.

saya baru aje cadang2 nak buat kerja gila gi Tokyo (bukan seluruh Jepun, tapi Tokyo sahaja) sebab :
1) ada promosi murah
2) hanami
3) mahu lepak tempat yang orang selalu kata artes slalu lepak hak hak hak.

baru aje mcm nak buat homework segala, dengar-dengar Jepun akan dilanda tsunami (dah dilanda tsunami pun di utara Jepun tapi bukan Tokyo). Gempa bumi tu toksah cakaplah.

kensel trip.
(jimat duit)

kemudian, saya pun nak berazam nak duduk dundee sampai habis submit thesis. ada pulak promosi ke istanbul. sempena ulangtahun pembukaan istanbul.

mula-mula tak mahu pergi.

entah ada apa angin ribut segala bagai, saya bagi nama kat agensi tersebut.

tak sampai 24 jam saya bagi nama, gempa bumi di negara itu (walaupun bukan di Istanbul)

haih. saya tengah fikir-fikir nak kensel trip.

apa petanda yang Tuhan mahu bagi saya ni? teruskan azam duduk di Dundee sampai lebam?

hidup ini busan. terasa macam ada aje bodyguards sebelah kiri dan kanan yang akan babap bila2 rasa nak lari dari rumah diri sendiri

haih, banyak sangat tonton cerita korea/jepun ni.

Saturday, 6 March 2010

saya.rasa.manusia.tu.pelik.

Photobucket MIA skejap. skejap jerk.

saya dah senyap dua tiga hari jugaklah.
bukan sebab banyak kerja ke apa.
mungkin sebab nak rasa macam mana hidup tak jumpa manusia.

manusia ni saya rasa pelik.
bila dia rasa dia boleh goo dengan orang, dia bagi segala-galanya.
bila datang satu detik (atau satu ujian), dia boleh lepaskan segala2nya.

baik dari kawan sekolah, kawan baik, kawan sehangout, laki bini, bf-gf : apa-apa jualah bentuk hubungan.

saya rasa sebab manusia ni bertindak kepada perasaan.
ok, saya tujukan benda ni pada perempuan sebab perempuan lebih banyak bermainkan perasaan.
oh, mungkin lelaki metroseksual juga boleh dikategorikan dalam benda ni.

tu sebab orang kata manusia ni ada hati(?) - so kena bertindak ikut perasaan.
betul eh?
saya pun mcm tu jugak, sebab saya ni perempuan (jugak)

oleh kerana saya tak boleh ubah siapa saya, saya lebih suka berkawan dengan orang yang kurang ekspresif: sebab saya skarang baru nak cuba percaya yang manusia tu boleh berubah.

ye, manusia itu berubah mengikut keadaan dan kematangan umur.

kalau dulu, orang jentik saya sikit saya akan meradang.
tak kiralah benang basah tak basah ke, saya masih nak tegakkan apa-apa yang saya rasa betul.

tapi bila dah tua matang ni, saya rasa dunia ni takkan berubah kalau kita meradang segala bagai.
kalau kita tak meradang pun, dunia pun tak berubah juga.
tapi untuk umur saya yang macam ni, kalau saya tak meradang maknanya saya berjaya menjinakkan diri saya, sebagai manusia yang dikatakan 'kaya' dengan perasaan.

bila dah jadi macam ni, saya peliklah dengan orang-orang di sekeliling saya.
saya paham orang ketawa sebab gembira (ataupun menanges sebab terharu kerna gembira)
saya paham orang menangis sebab bersedih.
saya paham kenapa orang mengeluh bila-bila rasa susah.

tapi saya tak paham kenapa kita melepaskan segala-galanya bila datang suatu perkara yang kita rasa tak betul?

itu sebab kita kena berkawan dengan orang yang betul. (kan?)
bukankah hak memilih kawan itu hak peribadi kita?

walaupun saya terkesal kerana sepanjang hidup, saya 'terpaksa' dan 'dipaksa' membuang/dibuang kawan, saya tetap percaya dunia ni ramai gila orang yang baik dan faham kita.

maka, bila orang gelar saya ohitorisama* (ok, saya exaggerate je ni) saya rasa OK aje.

sebab saya rasa untuk saya berhubung dengan banyak gila manusia pelik dalam dunia ni, saya tak mampu lagi. saya tahu kalau saya cakap orang lain pelik, mesti orang lain akan kata "kau pun pelik jugak" - saya rasa semua manusia pun pelik bukan?

relevannya entri kali ini adalah: walaupun saya duduk bersendiri, saya rasa saya perlu juga berhubung dengan manusia dan bertoleransi dengan manusia-manusia di sekeliling saya.

sebabnya: walaupun mereka pelik, sepelik-pelik mereka - at least saya ada mereka.

betul-betul adakah?

*ohitorisama: term pendek oleh menghubungkan tiga perkataan (Onano - perempuan, HITORI - satu (orang), SAMA - Yang paling tinggi darjat)

Monday, 1 March 2010

love.music.love.life.


Photobucket tengah berusaha nak buat KAME WITHDRAWAL

tapi...
tapi...
tapi...

updated kat ipod saya - semua show KAT-TUN esp yang ada Kame-chan!
missCC dah buta mata. dia nampak kame, kame, kame (turtle, turtle, turtle) XD

kalau dulu saya kalau xde motivasi diri, saya selalu cakap pada diri sendiri "tengok orang lain keje penat2, tido pun tak cukup - enjoy aje"

sekarang kalau rasa malas sket aje saya akan cakap "tengok, kame keje teruk-teruk sampai mata tak larat nak bukak pun keje lagi. walaupun dia tak suka drama, dia buat jugak drama. kalau dia boleh buat, maka...?"

sendiri mahu ingatlah...