MIA skejap. skejap jerk.saya dah senyap dua tiga hari jugaklah.
bukan sebab banyak kerja ke apa.
mungkin sebab nak rasa macam mana hidup tak jumpa manusia.
manusia ni saya rasa pelik.
bila dia rasa dia boleh goo dengan orang, dia bagi segala-galanya.
bila datang satu detik (atau satu ujian), dia boleh lepaskan segala2nya.
baik dari kawan sekolah, kawan baik, kawan sehangout, laki bini, bf-gf : apa-apa jualah bentuk hubungan.
saya rasa sebab manusia ni bertindak kepada perasaan.
ok, saya tujukan benda ni pada perempuan sebab perempuan lebih banyak bermainkan perasaan.
oh, mungkin lelaki metroseksual juga boleh dikategorikan dalam benda ni.
tu sebab orang kata manusia ni ada hati(?) - so kena bertindak ikut perasaan.
betul eh?
saya pun mcm tu jugak, sebab saya ni perempuan (jugak)
oleh kerana saya tak boleh ubah siapa saya, saya lebih suka berkawan dengan orang yang kurang ekspresif: sebab saya skarang baru nak cuba percaya yang manusia tu boleh berubah.
ye, manusia itu berubah mengikut keadaan dan kematangan umur.
kalau dulu, orang jentik saya sikit saya akan meradang.
tak kiralah benang basah tak basah ke, saya masih nak tegakkan apa-apa yang saya rasa betul.
tapi bila dah
kalau kita tak meradang pun, dunia pun tak berubah juga.
tapi untuk umur saya yang macam ni, kalau saya tak meradang maknanya saya berjaya menjinakkan diri saya, sebagai manusia yang dikatakan 'kaya' dengan perasaan.
bila dah jadi macam ni, saya peliklah dengan orang-orang di sekeliling saya.
saya paham orang ketawa sebab gembira (ataupun menanges sebab terharu kerna gembira)
saya paham orang menangis sebab bersedih.
saya paham kenapa orang mengeluh bila-bila rasa susah.
tapi saya tak paham kenapa kita melepaskan segala-galanya bila datang suatu perkara yang kita rasa tak betul?
itu sebab kita kena berkawan dengan orang yang betul. (kan?)
bukankah hak memilih kawan itu hak peribadi kita?
walaupun saya terkesal kerana sepanjang hidup, saya 'terpaksa' dan 'dipaksa' membuang/dibuang kawan, saya tetap percaya dunia ni ramai gila orang yang baik dan faham kita.
maka, bila orang gelar saya ohitorisama* (ok, saya exaggerate je ni) saya rasa OK aje.
sebab saya rasa untuk saya berhubung dengan banyak gila manusia pelik dalam dunia ni, saya tak mampu lagi. saya tahu kalau saya cakap orang lain pelik, mesti orang lain akan kata "kau pun pelik jugak" - saya rasa semua manusia pun pelik bukan?
relevannya entri kali ini adalah: walaupun saya duduk bersendiri, saya rasa saya perlu juga berhubung dengan manusia dan bertoleransi dengan manusia-manusia di sekeliling saya.
sebabnya: walaupun mereka pelik, sepelik-pelik mereka - at least saya ada mereka.
betul-betul adakah?
*ohitorisama: term pendek oleh menghubungkan tiga perkataan (Onano - perempuan, HITORI - satu (orang), SAMA - Yang paling tinggi darjat)