in denialpesanan untuk diri sendiri: sila jangan suka kame boleh?
sebab-sebab untuk tidak suka kame:
1) dia poyo. kalau dia ni berada dalam masyarakat melayu, mesti orang laki takmo kawan dengan dia. semua baju cantik bagi kat dia, semua benda dia aje nak buat. kalau menari pun nak dia aje unik, buat persembahan dia ajelah boombastik. untuk entertainer bolehlah. untuk seorang manusia, dia ni 100000% perasan bagus.
2) kaki botol. hontoooou ne. dia pun mengaku dia suka sangat minum sampai naik berat badan. bila mabuk sampai tak ingat diri. nasib baik tak mengandungkan anak dara orang. ataupun mak dara. hak hak hak.
3) dia ni flirty yarabbi. mulut manis. orang macam ni kalau ade betul2 depan saya, mesti saya sepak (bukan seypak) berkali-kali biar bagi sedar. habislah siapa yang dapat mamat ni, tak selamat.
4) pandai masak. tapi balik-balik masak kari aje. takde benda lain yang reti buat. pastu berlagak kat semua orang macam dia sorang aje pandai masak kari. meh lawan dengan mamak meh?
selain daripada tu, dia ni kawan yang baik, rajin, peramah gila, suka budak-budak, lain dari yang lain dan bijak (walaupun dia budak drop-out)
ok, next!!! siapa artist of the month?
nota: sebenarnya kan. oleh kerana saya
nota lagi: oleh kerana saya masih suka kame (ye, cinta itu buta) harini saya hanya makan makanan feveret beliau (nasi+telur mentah+shoyu) - pertama kali makan, sedap gila! dia pesan (ceh macam pesan direct kat saya aje), kalau masak nasi, jangan buang air basuhan yang pertama, masak sekali dgn air tu, kalau tak nasi tu tak manis. saya cuba, wahhhhhhhh! sugoiii! mmg betul nasi tu jadi manis. tapi ni apply pada beras jepun aje lah :P