Showing posts with label artist.of.the.month.. Show all posts
Showing posts with label artist.of.the.month.. Show all posts

Wednesday, 18 August 2010

fa.ja.

ni saya dapat dari interview seorang artes korea yang sangat pemalu (lelaki) dengan sekumpulan artis perempuan yang sedang melonjak nama.

(IV- interviewer; GG- girl's group, L-artes lelaki)

IV: aku dapat tahu ada seorang perempuan kumpulan ni suka sangat kentut. sapa dia?
GG: tunjuk pada seorang perempuan dalam kumpulan itu.
IV: apa pendapat L tentang ini? (maksudnya perempuan tak boleh kentut di khalayak ramai)
L: *sambil muka merah* tak apa. saya ok aje. manusia kena kentut. saya suka kentut banyak-banyak. (sambil pandang perempuan yang 'suka' kentut itu)

ok, saya suka mamat ni. nak jadikan dia artes of the month tapi saya masih rindukan kim nam gil.

oh, photobook narimiya dah sampai ke pangkuan. tak nak upload lagi gambar buku itu demi menghormati bulan puasa (tak boleh blah). lawak aje bila nak belek2 buku tu kena buka mata separuh takut2 ada gambar2 yang tak sesuai dilihat ketika bulan Ramadhan. tapi so far, takde (lah sangat!) yang mencucuk mata dan jiwa raga. haha!

oh tadi saya mimpi, saya naik lif berkaca dengan leonardo dicaprio. mula-mula saya gayat tapi lama2 saya tengok indahnya pemandangan kat luar. skali dah lama sangat berada dalam lif tu, lif tu jatuh dengan sendirinya. tatau saya survive ke tidak. last time saya mimpi masuk kelas berenang yang terjun dari tinggi. oleh kerana saya gayat dan air cetek saya tak jadi terjun. entah kenapa orang sebelah saya terjun dan mati di tempat kejadian (tiru ayat surat khabar). saya asyik mimpi tempat tinggi aje skang ni. orang kata mungkin sebab something buruk nak datang.

pastu saya mimpi senior lab saya. saya nak ajak dia makan masakan Melayu. pastu entah kenapa lupa nak jemput dia lepas dah siap masak.

kenapa saya banyak sangat mimpi ni? tidur tak basuh kaki ke atau makan banyak sgt sebelum tidur?

Wednesday, 11 August 2010

puasa.datang.lagi!

Photobucket merasakan penat yang luar biasa.

hari pertama ramadhan.
masih belum biasa dengannya.
mungkin kerana belum berterawikh dan bertadarus lagi.

tapi hari ni cuba-cuba nak merasa puasa juga.
seharian hari sangat dingin.
bagus untuk orang pertama kali berpuasa melebihi 18 jam.
Allah tu Maha Kaya dan Mengetahui.

walaupun harini dapat excuse utk tak berpuasa, kerja harini yarabbi sangatlah memenatkan.
sampai sahaja di sekolah berbuat kerja tanpa melihat2 komputer.
dalam hati (dan dalam perut) berkata cubalah tak makan, prektis utk hari-hari esok kalau-kalau boleh berpuasa.
sampai aje pukul 3 petang, saya tumpas.
rasa nak pengsan.

maka, untuk peringatan sendiri.
sila bersahur untuk meningkatkan tenaga fizikal.
dengan kerja yang sangat banyak, belum tentu saya boleh bertahan sampai ke pukul 6 petang apatah lagi pukul 9 malam.

tapi Allah itu Maha Kaya dan Mengetahui.

jika dalam masa sebulan ni saya selalu merungut cuaca musim panas tahun ni sangat sejuk dan muram, tapi Allah memberikan kemudahan ini untuk saya (dan sahabat-sahabat lain) berpuasa dalam keadaan yang tidak memenatkan.

dan pls make sure makan sahur ye? jangan jadi mcm saya, pengsan nanti.

saya tak sabar nih nak pergi masjid, bertadarus dan berterawikh.

oh, saya terpaksa berpuasa Kim Nam Gil Bad Guy la mcm ni. Insha'Allah jika saya rajin, saya akan penuhkan ringkasan surah-surah di blog yang lain. buat masa ni, berikan saya katel untuk saya rehatkan tulang empat kerat saya!!!!

bye, selamat bersahur/berbuka puasa/berpuasa di mana-mana sahaja anda berada!

(masih belum ada mood lagu raya...)

****

oh, tadi Godzilla cari saya, nak results untuk masukkan dalam presentation dia next week. pastu dia tunjukkan kat saya powerpoint dia. OMG la kan, dia buat sebijik mcm isi-isi slides saya masa third year presentation ok? copycat...! takpe. takpe. nanti saya nak viva saya nak 'pinjam' semua ayat2 dia. muahahahahaha!

Thursday, 5 August 2010

bogoshipo.kim nam gil.sshiii...



saya menangis.
bukan sebab ending BAD GUY mcm hagham sedih.
tapi sebab saya dah rindukan Kim Nam Gil.
mana nak tunggu dia keluar dari service lagi 2 tahun?

walaupun dia dah masuk service dah 2 minggu lebih, baru sekarang saya nak terasa kehilangan beliau. rasa rindu mcm first time nak berpisah dari kekasih. sama sakit mcm break-up.

ok, mcm exaggerate tapi hakikatnya saya dah rindukan lakonan beliau.
kalau anugerah filem tahun ni tak menang kat mamat ni, saya nak baling telur busuk kat akademi perfileman korea selatan. muahahaha!

walaupun ending cerita ni rushing abih; tak banyak sangat drama, stret to the point tapi lakonan KNG tetap tak tergugat. kalau sedih, bab nanges bagilah kat mamat ni. siap ada satu scene tu mata dia merah aje. rasanya back-to-back kena buat scene menanges kot. kalau orang kata laki menanges nampak mcm sissy, dia ni menanges nampak masih kelakian. (komen bias tak bleh blah)

ok, skang kalau tanya saya nak laki mcm mana?

saya nak jawab laki mcm Gun-Wook (nama watak KNG) campur perangai gila-gila KNG. Kalau betul-betul tengok drama ni, tengok mcm mana dia (Gun-Wook) jatuh cinta/sayang pada Moon Jae In walaupun dia ni seorang lelaki yang penuh dendam. haih, bikin hati saya doki-doki.

tadi baru aje saya bermonolog sendiri:

'i will only marry a guy who can see me through uncoolness, the untidiness, the baka-ness, and imperfections of me.... and if only i could show him all that'

doki-doki datang lagi! tee hee!

Tuesday, 4 May 2010

artist.of.the.month.



setelah 3 bulan bergelumang dengan kamenashi kazuya, kini beliau sudah bertukar arah.

untuk bulan mei, beliau memilih Narimiya Hiroki. itupun setelah melihat blog beliau dan dapat sedikit idea perangai beliau.

secara kasarnya beliau:
1) pemalu. tapi watak dalam filem/drama semuanya jahat-jahat. (kan saya kata orang 'jahat' sebenarnya baik?)
2) suka duduk rumah marathon drama. (omg! samalah kita)
3) suka masak bila-bila rasa bosan. (omg, tapi kenapa anda tak gemuk?)
4) suka makan telur ikan (hak!hak! match made in heaven)
5) suka membeli barang dapur banyak-banyak pastu stokkan kat dapur untuk 'hari malas keluar rumah' (oh my! oh my! jadi laki saya boleh?)
6) suka buat home-party - masak-masak ajak orang makan.
7) sukakan fesyen. wardrobe bertukar tiap kali tukar musim.
8) suka jalan-jalan merata seluruh dunia. dah pergi brazil, NY, germany, paris.
9) walaupun comel, masih tiada scandal dengan mana2 artis. prioriti kerja katanya.
10) spontaneous, suka pergi mana-mana jalan sorang-sorang.

SILA DATANG SCOTLAND boleh tak? boleh saya bawak jalan-jalan!

kyaaa~!!!!

oh, mamat ni berlakon cite gangster yang banyaknya. Gokusen, Bloody Monday, Drop. tapi bila kat luar muka dia nampak kemas sangat. haih. bikin hati saya doki-doki ok?

yosh! bulan ini saya mahu marathon drama lakonan beliau!

Tuesday, 6 April 2010

omatase.shimashita.

maaf kepada yang memberi memberi email tapi tak berbalas.
kepada yang buzz! di YM! tapi saya diam aje.
kepada yang tegur saya tapi saya buat derk.
kepada yang text saya tapi tiada jawapan.

saya keluar mencari diri sendiri.
keluar ke alam alien.
ke alam mata sepet yang buat-buat macam ada dua lapis bulu mata.

saya sibuk berdating.
saya sempat keluar makan dengan satoshi, lepak karaoke dengan arashi, makan takoyaki dengan miura, shopping dengan takukimu, dan last sekali candle light dinner dengan kame kesayangan saya.

nantikan kemunculan gambar-gambar di flickr ataupun di blog ini.
kalau saya tak jetlag, saya up cepat2 ok?

*omataseshimashita (sorry to keep you waiting)





Sunday, 28 March 2010

ureshi.kata!

Photobucket doki-doki pagi2 ahad bila tengok muka kame malu-malu turtle nak start jadi sport newscaster.

Monday, 8 March 2010

kame.withdrawal.

Photobucket in denial

pesanan untuk diri sendiri: sila jangan suka kame boleh?

sebab-sebab untuk tidak suka kame:

1) dia poyo. kalau dia ni berada dalam masyarakat melayu, mesti orang laki takmo kawan dengan dia. semua baju cantik bagi kat dia, semua benda dia aje nak buat. kalau menari pun nak dia aje unik, buat persembahan dia ajelah boombastik. untuk entertainer bolehlah. untuk seorang manusia, dia ni 100000% perasan bagus.

2) kaki botol. hontoooou ne. dia pun mengaku dia suka sangat minum sampai naik berat badan. bila mabuk sampai tak ingat diri. nasib baik tak mengandungkan anak dara orang. ataupun mak dara. hak hak hak.

3) dia ni flirty yarabbi. mulut manis. orang macam ni kalau ade betul2 depan saya, mesti saya sepak (bukan seypak) berkali-kali biar bagi sedar. habislah siapa yang dapat mamat ni, tak selamat.

4) pandai masak. tapi balik-balik masak kari aje. takde benda lain yang reti buat. pastu berlagak kat semua orang macam dia sorang aje pandai masak kari. meh lawan dengan mamak meh?

selain daripada tu, dia ni kawan yang baik, rajin, peramah gila, suka budak-budak, lain dari yang lain dan bijak (walaupun dia budak drop-out)

ok, next!!! siapa artist of the month?

nota: sebenarnya kan. oleh kerana saya pernah suka dia, saya dah masukkan nama dia dalam senarai nama anak-anak saya. 1) ryu 2) hiro 3) kazu (asal nama-nama anak semua lelaki ni?)

nota lagi: oleh kerana saya masih suka kame (ye, cinta itu buta) harini saya hanya makan makanan feveret beliau (nasi+telur mentah+shoyu) - pertama kali makan, sedap gila! dia pesan (ceh macam pesan direct kat saya aje), kalau masak nasi, jangan buang air basuhan yang pertama, masak sekali dgn air tu, kalau tak nasi tu tak manis. saya cuba, wahhhhhhhh! sugoiii! mmg betul nasi tu jadi manis. tapi ni apply pada beras jepun aje lah :P

ok, saya rasa saya dah kamEkaze. hahahaha!

Monday, 1 March 2010

love.music.love.life.


Photobucket tengah berusaha nak buat KAME WITHDRAWAL

tapi...
tapi...
tapi...

updated kat ipod saya - semua show KAT-TUN esp yang ada Kame-chan!
missCC dah buta mata. dia nampak kame, kame, kame (turtle, turtle, turtle) XD

kalau dulu saya kalau xde motivasi diri, saya selalu cakap pada diri sendiri "tengok orang lain keje penat2, tido pun tak cukup - enjoy aje"

sekarang kalau rasa malas sket aje saya akan cakap "tengok, kame keje teruk-teruk sampai mata tak larat nak bukak pun keje lagi. walaupun dia tak suka drama, dia buat jugak drama. kalau dia boleh buat, maka...?"

sendiri mahu ingatlah...


Friday, 26 February 2010

kame.



diorang ni buat saya tergelak terbahak-bahak.
ah, kame-chan buat saya doki-doki.
saya suka tgk dia masa dia cakap "iieee" cho kakkoi ok?

semalam mimpi kame-chan.
bangun-bangun aje terasa macam bibir tersenyum.
bangun pagi tadi pun macam happy aje.

petanda kena pergi hangout kat tokyo kah?
jom hanami kat yoyogi park?
sape nak ikut?

Thursday, 25 February 2010

main.main.detektif.

Photobucket ureshii kata!

minna san!
sapa suka manga kindaichi?
sapa suka tengok kartun kindaichi?
sape suka tengok Jun Arashi berlakon drama Kindaichi?

yang paling penting...

sapa suka tengok artist of the month berlakon movie KINDAICHI?
ye. ye. Kazuya Kamenashi berlakon watak Kindaichi!

suki na! sukiiii!
saya dah boleh confirm cara dia berlakon sebiji macam Takuya Kimura.
Nasib baik Takuya lagi kachak.
tapi sebab dia adalah artist of the month, saya nak puji kame-chan melambung-lambung tinggi!

walaupun badan saya penat dan agak panas (nak blame weather yang makin sejuk), cerita ni mampu buat saya sehat sedikit.

selagi bulan ni belum habis, saya nak marathon drama/movie kame-chan banyak2!!!

yosh! ikimashou minna!

Monday, 22 February 2010

artist.of.the.month.


KOCHIRA, KAZUYA KAMENASHI!

mula-mula saya nak simpan artes ni untuk bulan depan, tapi lepas nontonkan drama 24Hrs beliau, saya rasa beliau patut dijadikan artes ferevet saya untuk bulan ni dan bulan depan

dia ni sekali tengok tak hensem.
dua kali pun tak hensem.
banyaaaaak cakap.
gaya pun lebih kurang macam Jun Arashi.
DoS adalah sket2.
nasib baik sore sedap.
bila dia duet dengan Jun, saya yang malu dengarkan sore Jun tu.

anyway.
sepanjang bulan ni saya hanya tontonkan lakonan mamat ni.
sebab lakonan dia best.
sekali tengok mcm Senpai beliau, Takuya Kimura.
dia pun tak sangka si senpai tu berminat nak rapat-rapat dengan dia.
ada sekali tu senpai tepon dia lalu tanyakan "kau hidup lagi? ingat dah mati dah..."

punyalah busy mamat ni.
dengan drama back-to-back, movie lagi.
nyanyi-nyanyi lagi.
variety show lagi.

dia dulu debut pun sebagai penari, pelakon barulah jadi penyanyi.
dahlah kalau berlakon tu terus masuk watak.
tu pun tahu lepas tengok the making.

oleh kerana bulan ni bulan Kame-chan (saya lagi suka kalau panggil dia Kazu nii), saya letakkan link untuk drama beliau.
kalau ada masa lapang, sila tonton ye?
drama Gokusen 2 dan Gokusen The Movie saya tak rekemen sgt (wp dapat 6bil yen hits kat Jepun). Mungkin bukan taste saya rasanya.

Oh, ye - lagu-lagu Kat-tun pun saya tak berapa suka sangat.
Nak buat ala-ala My Chemical Romance + Black Eyed Peas. hekeleh.

semalam saya siap mimpi mamat ni.
jumpa dia kat entrance wayang.
mata dia sepet, merah baru lepas nanges agaknya.
kan saya dah kata orang muka garang gila babi ni hatinya sensitif?

nak satu laki mcm tu bleh?;))

nota: saya cuba cari gambar beliau dengan anak sedara beliau. chooo kawaiiii! tapi xde. sedih. sedih.