Monday, 8 March 2010

dunia.ini.sudah.tidak.selamat.

saya baru aje cadang2 nak buat kerja gila gi Tokyo (bukan seluruh Jepun, tapi Tokyo sahaja) sebab :
1) ada promosi murah
2) hanami
3) mahu lepak tempat yang orang selalu kata artes slalu lepak hak hak hak.

baru aje mcm nak buat homework segala, dengar-dengar Jepun akan dilanda tsunami (dah dilanda tsunami pun di utara Jepun tapi bukan Tokyo). Gempa bumi tu toksah cakaplah.

kensel trip.
(jimat duit)

kemudian, saya pun nak berazam nak duduk dundee sampai habis submit thesis. ada pulak promosi ke istanbul. sempena ulangtahun pembukaan istanbul.

mula-mula tak mahu pergi.

entah ada apa angin ribut segala bagai, saya bagi nama kat agensi tersebut.

tak sampai 24 jam saya bagi nama, gempa bumi di negara itu (walaupun bukan di Istanbul)

haih. saya tengah fikir-fikir nak kensel trip.

apa petanda yang Tuhan mahu bagi saya ni? teruskan azam duduk di Dundee sampai lebam?

hidup ini busan. terasa macam ada aje bodyguards sebelah kiri dan kanan yang akan babap bila2 rasa nak lari dari rumah diri sendiri

haih, banyak sangat tonton cerita korea/jepun ni.