Saturday, 10 April 2010

arigato-gozaimashita

terima kasih pada PIC yang berjaya meracun saya ke Jepun dalam kerisauan saya makan hati dan segalanya, dan memperkenalkan kak een pada saya.
terima kasih pada kak een sebab banyak membantu saya membuat keputusan yang gila ini, dan menjadi hos yang sangat baik dan teman travel dan fotografi yang sangat membantu.
terima kasih kepada cik wanis yang menolong saya bila-bila perlu walaupun dia tatau apa kesah nak jadi sebenarnya.

saya jatuh cinta pada Jepun.
pada orang-orangnya.
pada makanannya.
pada artis-artisnya.
pada tempat menariknya.
pada CM yang menariknya.

salah satu aim saya dalam hidup saya seterusnya adalah nak hidup di Jepun dan terus hidup di Jepun. takpe Kak Me, Jepun dengan Malaysia takdelah jauh sangat pun ;)
Cik Lam kata saya mesti dapat jejaka Jepun sebagai seorang bf/suami. haha! doakan saya ye?
saya kini mahu lebih berusaha mempelajari bahasa Jepun.
at least hiragana dan katakana mesti dalam genggaman untuk persediaan keje gila seterusnya.
at least kalau orang tanyakan iru? saya leh jawab iranai balik ;)

oh, ni hasil outing fotografi dengan cik een masa peak hanami di Tokyo ;)










Friday, 9 April 2010

errrk.saya.rindu.jepun.

saya pergi kedai pak mat tadi (supermarket jual barang2 asia)
nampak mochi,
nampak sos takoyaki,
nampak beras sushi,
nampak unagi.

tiba-tiba air mata mengalir.

balik aje ke sekolah saya google internship nak sambung training kat Jepun.

nak tunggu adik saya belajar ke jepun lambat lagi.
maka, sayalah kena pergi belajar dulu.

walaupun mood saya sekarang lagging dan malas buat kerja sekolah, saya doakan cepatlah saya abih buat PhD dan boleh sambung buat intership di Tokyo.

doakan saya ye?

Wednesday, 7 April 2010

perkara.yang.saya.belajar.di.jepun.

1) tokyoites adalah orang-orang yang sangat reserved. MYOB'd (mind your own business). mereka tak kesah pada orang. make-up diorang 14 inci. hi-heels mesti tinggi 2 inci paling kurang. tu pasal bila artis jalan-jalan kat bandar, diorang akan kata "ieee, daijoubu des" sebab tokyoites tak kisah pada orang lain. entah-entah, kalau yamapi berdiri sebelah saya sambil tunggu lampu hijau pun saya tak perasan.

2) orang di bahagian kansai (osaka, nagoya, kobe, kyoto etc) sangatlah peramah. overtly peramah. saya nak cakap Jepun diorang nak cakap English. saya nak bagi tempat duduk kat obachan pun obachan kata "takpelah, ko dudukla - terima kasih banyak-banyak" - orang-orangnya biasa-biasa saja. poster artis pun takde. pendek kata - simple aje life diorang. padanlah orang kanto selalu label orang kansai ni 'orang kampung'.

3) orang jepun mesti tunjuk pada objek untuk confirmkan sesuatu. contoh: jika saya tanyakan jam pukul berapa, mereka akan tunjukkan pada jarum jam yang dia cakap. kalau pukul 8, nombor 8 la yang dia tunjuk. tu sebab bila saya berdiri belakang pemandu ketapi, tiap2 kali dia berjumpa lampu isyarat dan selekoh, dia akan tunjuk pada objek tersebut menandakan dia akan melalui tempat tersebut pada sekian sekian masa.

4) orang kata orang jepun ni menepati waktu. untuk ketapi, saya rasa orang UK lagi tepat pada waktunya. mungkin sebab ramai orang nak bunuh diri buatkan keretapi asyik tergendala. oh, angin kuat juga. pasal kerja saya tak sure. tapi rasanya, kena punctual.

5) johnnys boys takdelah terkenal sangat di Jepun. yang suka pun cuma budak-budak remaja belasan tahun. kalau saya ke kedai buku, takde pun orang lepak di bahagian majalah remaja. semuanya sama ada lepak di bahagian manga ataupun majalah dewasa dan profesional. sampaikan saya nak beli majalah yang ada muka kame pun saya malu. MALU ok!

6) sepanjang masa saya commute dari chiba ke tokyo (ye, saya duduk di chiba) - saya boleh tahu kat stesen mana yang ramai lelaki kachak. kachak di sini mcm level pelakon movie jepun. bukan jambu mcm budak-budak johnnys. yang kachak pakai trench coat pergi keje. woah, buat saya doki-doki ok? ni yang saya bersemangat nak belajar jepun dan mengurat lelaki sana.

7) jika perempuan tokyo suka mekap tebal, lelaki tokyo kebanyakannya tidak gentleman. kalau ikut standard UK, mmg diorang fail. anda boleh tengok gelagat mereka di dalam tren. 1001 kerenah. nampak mak berdiri sambil pegang budak pun tanak kasi duduk. nampak orang tua pun buat derk aje. tapi adelah satu dua kes saya tengok yang baik. tu pun saya rasa sama ada pernah travel ke luar ataupun belajar di luar.

8) baru saya tahu sejarah novel keitai. di dalam tren adalah dilarang sama sekali bercakap dengan kuat dan bersembang di dalam telefon. dianggap sangat kurang ajar. lazimnya mereka akan melayari internet di keitai mereka. ambil contoh perjalanan dari chiba ke tokyo mengambil masa 50 minit paling cepat (saya pernah duduk di dalam tren selama 3 jam sebab angin kuat) - keitai adalah teman sejati anda. dan saya rasa, duduk dalam train aje boleh beri ilham untuk mereka cerita melalui keitai. tapi saya rasa semuanya yang jiwa-jiwa.

9) orang jepun sangatlah particular membuat kerja. kalau bahagian art saya tak kesah. tapi bila nak bungkus barang pun amik masa 10 minit, nak check-in beg pun kena 15 minit untuk seorang passenger, ini boleh mendatangkan amarah.

10) iklan-iklan di jepun sangat best dan lawak. kalau saya rasa iklan di uk best, ini dua kali best dan entertaining. saya tak kesah kalau ada byk iklan sepanjang program tv. sedikit pun tidak membosankan.

kalau ada lagi, saya akan tambah. betullah kata orang, jepun adalah planet alien. lain dari yang lain.

oh, ye. saya sudah selesai photo-blogging di flickr. check it out!

Tuesday, 6 April 2010

omatase.shimashita.

maaf kepada yang memberi memberi email tapi tak berbalas.
kepada yang buzz! di YM! tapi saya diam aje.
kepada yang tegur saya tapi saya buat derk.
kepada yang text saya tapi tiada jawapan.

saya keluar mencari diri sendiri.
keluar ke alam alien.
ke alam mata sepet yang buat-buat macam ada dua lapis bulu mata.

saya sibuk berdating.
saya sempat keluar makan dengan satoshi, lepak karaoke dengan arashi, makan takoyaki dengan miura, shopping dengan takukimu, dan last sekali candle light dinner dengan kame kesayangan saya.

nantikan kemunculan gambar-gambar di flickr ataupun di blog ini.
kalau saya tak jetlag, saya up cepat2 ok?

*omataseshimashita (sorry to keep you waiting)





Saturday, 3 April 2010

MissCC tak sehat, tu aje.

Photobucket