Sunday, 17 October 2010

sabishii.des!

Photobucket uwaaaa! dah pukul 9 malam.

tadaima! saya sudah pulang ke rumah.
masuk-masuk aje umah, sejuk sangat.
dah pasang heater sana-sini, saya duk pk nak kemas rumah ke atau nak buat keje.

badan dah penat.
walaupun namanya berhujung minggu, saya masih tak cukup tidur.
bukan sebab buat keje, tapi bergembira bersama keluarga (kawan-kawan).

aktiviti yang biasa dilakukan adalah masak dan makan.
oh dan tonton DVD/movie online juga.
cerita hantu toksah cakapla. back-to-back.
kalau nak tengok cite antu kena tgk ramai2.
bila jerit2 seronok! lol!

tapi benda yang saya malas sangat bila dah nak abis hari ahad ni adalah:
1) berat badan naik lagi 3 kilo. sila salahkan tuan rumah yang semakin kecik (mungkin saya curik sedikit lemak beliau) 2) nak siapkan kerja yang patut disiapkan pada hari sabtu dan siang ahad. 3) kena kemas rumah yang patut dikemas waktu hujung minggu. 4) bila balik rumah mesti rasa sunyi ;(

tadi buat lawak dengan adik-adik kat sana.
"kenapalah telefon ni tak berbunyi?" muahahahah gedikla tu.
diorang pun cakap, telefon diorang berbunyi pun sebab hsemate yang call, coursemates yang text etc.
saya takde hsemate.
kawan2 PhD saya pun takmo kacau saya (mmg saya warn jgn kaco pun)

balik2, encik abah aje yang text saya memanjang.

takde ke orang nak bagi text mcm ni?
"hai, cik adik tengah buat ape?"

hahahaha! tu romantik ke poyo tu?

tadi tengok cite rom-com kat TV, terjerit sedikit (kyyaaa!!!) bila tengok adegan sweet-nak-mati. pastu tercakap kat bebudak ni, "ala, nak hasben romantik mcm tu"

nak tau apa bebudak ni jawab balik?
"sapa yang tanak hasben mcm tu?" lol! TV ni suka bagitau benda yang dah nak pupus kat dunia ni.

maka, (dedikasi kepada adik saya) - jadilah manusia gentleman dan sweet. mesti ramai awek-awek (cina) nak kat awak.

duk teringat dulu-dulu masa gi jalan2 berdua dengan cik I, bila cakap "kan best kalau bawak boifren jalan2 mcm ni" terus dia respons "biar i la jadi boifren u"

muahahahaha. sian cik I. nanti saya carikan boifren untuk awak ye? ;)

****
oh! nak tengok tak pelanduk dua serupa siti nurhaliza masa zaman muda-muda dulu?
kenal dia masa amik kursus kawen dulu.
masa tu tegur dia sebab tak ramai aje nak kawan dengan dia.
lagipun saya tengok muka dia mcm siti nurhaliza masa dia muda-muda.


skali dah tegur, peramah rupanya dia.
dia pernah tegur saya, kenapa pakai cincin belah jari manis kiri, dah nak kawen dah ke?
hahaha!
pergi kursus kawen dua kali, tapi kawen tak pernah-pernah lagi.
sejak dari kursus tu, dah tak keep in touch dah dengan beliau.

tapi bila dengar2 dia selalu lepak dengan kawan-kawan baik saya, dari situ kami jumpa kembali.
dan sampai skang kalau bila-bila saya datang Aberdeen, mesti akan lepak makan2 dan tgk wayang dengan beliau.

oh, nama dia bukan siti. takde kaitan pun dengan cik siti wan kembang. muahahahaha!
nama beliau? BIARLAH RAHSIA!! :P (itu tajuk lagulahhhh!)

Saturday, 16 October 2010

omedetou.tanjoubi wanisu-chan!






Photobucket is having fun ;)

selamat hari lahir cik wanis!
seb baik seprais party berjalan dengan lancar.
sampai terkejut bday girl dengan tak cukup napas naik tangga lagi.

ada banyak best yang kami buat.
ada pizza gatecrasher 24" yang sampai hari kedua makan 6-10 orang pun still tak habis makan.
dengan cupcakes yang sedap gila (beli home-made punya...)
dengan cokelat cake import dari dundee.

uwiiieee!!! menggemukkan!

hari kedua lepas birthday, bday girl nak sangat main boling dan makan eskrem ;)
lepas tu lepak2 kat umah makan-makan ramai-ramai dan berbuat nothing.
ah! what a great day to spend the weekend :D

oh, saya mcm dah lupa apa masalah dan penat lelah saya sebelum ni.
betullah saya kata kat adik honours saya, kalau hang-out org yg sama umur ni mmg sangat best, bleh hilang masalah dalam kepala.

ah! esok sudah ahad. kenapalah cuti ni sekejap aje? bak kata bday girl, dia nak cuti lagi untuk tidak berbuat apa2! the beauty of doing nothing!

Thursday, 14 October 2010

seteres.

Photobucket masih kat sekolah malam yang sejuk ni ;(

ulcer dalam mulut saya makin membesar. kejap ia ada, kejap xde. kalau ade, saya fikirkan mungkin kurang rehat ataupun kurang minum air. tapi sejak 3/4 bulan ni, kenapa ulcer tu tumbuh kat tempat yang sama?

harini saya dapat surat dari UKM. dengan terkejutnya dalam surat tu menyatakan bahawa saya tak pernah hantar borang prestasi. selama 2.5 tahun? sekarang baru nak bagitau?

stress ok?!!! dah berkali dah dah saya hantar through Godzilla tapi UKM kata tak pernah dapat.

apa yang saya buat? tak guna nak blame org tu blame org ni. saya bagi email kat ketua unit pendaftar. CC kat dekan, kat pegawai unit belajar dan semua2 lah terlibat. saya bagi semua dokumen-dokumen penting. nasib baik saya tak marah. nak marah mcm mana dalam ayat formal. SAYA SANGAT BERDUKACITA? omg la kan?

tiba2 rasa ulcer makin lama makin membesar.

tadi budak honours yang saya kata selalu buat saya doki-doki tu tanya mcm mana hari saya. hahaha! doki-doki lagi. saya cakaplah semalam saya kat sekolah 15 jam ok? dia terkejut gila. bersamaan dengan jam yang perlu dia isi tiap-tiap minggu untuk siapkan honours dia ni. tapi dia comel lah. kalau cakap dengan saya, mcm2 benda budak2 dia buat yangbolehbuat saya ketawa. ade sekali tu dia siap nak balik nak babai saya, pastu bila saya tunjuk ke arah dia, dia terlupa nak tanggalkan kot! hahahaha! takkan nak bawak kot balik tidur kot? :P

harini saya dapat results bagus. saya suka. alhamdulillah. godzilla kata lepas ni buat keje jangan rush2. tenang2 aje. hekeleh. kalau dah tiap2 hari tanya aku 45 kali sehari, nak tenang mcm mana dowh?

masih ada jurnal nak kena siapkan tapi cukup2lah saya stress harini. rasa mcm nak tgk wayang sorang2 tapi....

****
oh, saya suka quote ni kat FB: Why is Monday so far from Friday but Friday is so close to Monday?

Tuesday, 12 October 2010

berita minggu ini

Photobucket in the mood of doing nothing.

1) saya baru tahu blogspot ada tracker. takyah nak letak tracker semata-mata nak tengok sape tgk blog saya. eheh. skang ni dah takde masa dah nak tahu siapa yang baca siapa yang idak. kalau nak baca, bacalah. saya sudah tidak kisah.

2) rasanya macam dah 3 bulan balik ke UK. oh, ayat ini sungguh tidak menyeronokkan. bertambah tak seronok bila adik hari-hari duk cakap dia asyik kuar makan dengan encik abah and miss mummy. saya jeles.

3) saya nak racun adik saya temankan saya waktu winter. skang waktu autumn (in my heart) pun dah mandom, apatah lagi bila2 winter. nak suh dia temankan saya, tgk tv sama2, main game sama2, teman gi lab sama2 (opsss!), teman buat keje bila2 dia baca manga online, main game, dan fb-ing. kang nak suh dia masak kang, rebus megi pun tataw. haha! adik datang kaklong belikan lappy ok? suh encik abah bayar. lol!

4) cerita sungkyunkwan dah makin tak menarik. ke sebab lambat keluar subs saya dah tak sabar?

5) sekarang ni malam2 mesti saya bosan. selalu kalau balik dari sekolah mesti call PIC (dolu-dolu lah) - nak call cik wanis - dia keje petang. nak call Cik I, dia busy 25 jam sehari. hahaha! lagipun dia dah tak pakai o2, takleh call free. sape lagi saya nak gelak ketawa dengan? (tiba2 rindu PIC)

6) saya mcm nak buat regime pergi ke library waktu malam sampai kol 12 tgh malam. agak2 saya larat tak? kalau duk rumah asyik layan dorama aje. keje tak siap2. cane nak submit thesis secepat mungkin?

7) semalam ke dua hari lepas si godzilla tinggikan suara kat budak honours bawah jagaan saya. lepas kejadian itu, saya nak aje cakap kat diorang yang godzilla tu mmg emo sentiasa. agaknya perangai dia mmg mcm tu. emo aje jerit2. dahla org2 kat sini sangat bersopan dan manis mulut. mamat tu mulut laser aje. teringat masa minggu pertama saya start buat PhD, dah nanges. ala, sape aje tak pernah nanges sbb mamat tu? hahaha! kutuk bos tak ingat!

8) minggu ni saya kurang stress berbanding minggu lepas. sbb saya kena siapkan kerja untuk jurnal rather than buat keje untuk thesis. semua skang tgh tunggu saya bagi results dan bagi discussion. tapi letak nama saya no.2 - saya nak demand untuk equal collaborator. orang putih ni kalau tak buli orang asia mmg tak sah!

9) oh, lupa saya nak cakap. budak honours bawah jagaan saya seorang perempuan dan seorang laki. yang laki tu ambidextrous. tapi bila tgk dia buat keje guna tangan kiri hati saya doki2. hahaha. tak bleh blah. dia kata dia main gitar so kalau saya tgk dia main gitar sambil menyanyi saya rasa saya mesti senyum lebar sampai ke telinga. nasib baik ko muda. muahahahha! kalau umo anda 35 saya masuk pinang dulu.

10) skang saya takde mood nak masak dinner. siyes. balik aje rumah nak terus masuk dalam duvet dan tutup mata. dahlah fridge yang sudah dibersihkan itu masih berbau pelik. so saya tak mahu simpan makanan dalam peti ais tu. org tua2 kata letak arang bagi serap bau. entah, mcm mana nak cari arang seketul aje waktu2 winter ni?

adik, saya rindu pipi awak. pipi aje. hehehe.

11) oh aritu saya asyik mimpi yang pelik2. saya mimpi saya dukung seorang bayi. anak sape tatau. dua hari berturut2. pastu cik hud bagi saya link video budak kacukan Jepun-Americano. sebelum tidur saya mesti tgk dia bebel2. ceh, mcm dia anak saya yang duduk kat jepun aje.

tak
boleh
blah!

Tuesday, 5 October 2010

chipsmore.

Photobucket kejap ada, kejap xde.

ni beg-beg masa mahu pulang ke Malaysia. total semua - 60kg! bila balik Dundee, bawak beg merah tu aje. tu pun tak sampai 30 kg. uhuk2.

KLIA: teruja tengok beg-beg sepesen aje :P



sampai2 aje abah bawak gi makan natang ni kat Kuala Selangor. jauh ok?! (encik abah kata tak pungg)

sempat gi lepak Pulau Tioman waktu raya :P lepak makan malamlah yang paling best. pastu lepak2 dengan adik2 sambil tengok tv gurau senda (dan marah adik sbb tak pandai jawab soklan matematik, dah PMR ni!)

lepak makan kopok lekor tepi pantai ;)

lepak dengan cik ainun sambil karaoke dalam bilik gelap. hahaha!

rasa sekejap sangat cuti-cuti saya di Malaysia. makan-makan pun tak abih khatam. rehat pun mcm tak puas (udah2lah tu tidur lepas subuh, bangkit lepas zohor).

setelah berdrama swasta dengan diri semenjak balik ni, saya dah pulang ke alam nyata.

oh btw, kepada adik saya: selamat menyambung perjuangan dalam peperiksaan PMR anda.

saya borak-borak dengan senior saya yang nak bagi talk untuk viva beliau esok. dia tanya saya "ada berapa lama lagi nak habis?" saya jawab - lagi 4 bulan. gila babi 4 bulan nak abihkan labwork. cepat-cepat saya download borang minta panjangkan cuti belajar.

saya borak-borak dengan colleague saya yang akan habiskan zaman sekolahnya pada minggu ni. dia dengan baik hatinya memberi saya beberapa "anak-anak" beliau yang sehat sejahtera. baguslah, saya tak perlu risaukan tentang hal eksperimen!

saya borak-borak dengan Godzilla, dia tanya saya tentang kaki saya yang accident minggu lepas. pastu dia cepat2 bagikan sekeping jurnal yang ada nama saya. ok! saya kena rajen buat keje lagi!

saya fikir2kan mahu berbuat 2 tajuk besar untuk thesis saya. biar sket asalkan conclusive. esok nak korek2 daripada senior saya lepas dia abih viva beliau. mesti beliau kata OK! sbb beliau tak cemas pun bila semalam saya interview beliau. *jeles*

oh! saya dapat dua orang budak untuk diajar di makmal. memandangkan saya aje seorang manusia under supervision Godzilla, sayalah kena ajar diorang. tapi ntah kenapa saya tak nervous. cuma tatau ada ke idak barang2 untuk diorang guna. saya aje dah pulun 1 bench panjang. semua brg2 saya sapu. cane nak optimumkan penggunaan alat kalau kena kongsi 3? dengan senior saya dulu pun saya beralah sbb pk dia nak abih cepat. haih!

hari dah makin sejuk. walaupun hujan, bermatahari terik tetap sejuk. kalau anda sayang dada anda, pakailah baju tebal senantiasa. hehe.

sejak balik ke dundee ni, kuih raya pun saya tak pandang. gedik. saya dah beraya dengan orang-orang kampung. dengan rakyat Dundee aje blom. tengoklah, kalau saya rajen, saya ajak datang rumah. lagipun saya dah habis puasa ganti dan puasa 6. maka, saya boleh raya! :D

saya sangat rindulah adik saya. haha. malam masa saya nak pulang aritu, dia peluk saya pastu cakap "abihla kaklong, sapa lah nak kaco kaklong lagi kat sana, kacau orang gombak, orang KL, orang terengganu..."

eleh, cakaplah awak rindu saya... :D

oh untuk tatapan adik saya, oleh kerana saya rindu awak, saya makankan untuk awak unagi ye? mechaaaa umaaaai!!!