in the mood of doing nothing.1) saya baru tahu blogspot ada tracker. takyah nak letak tracker semata-mata nak tengok sape tgk blog saya. eheh. skang ni dah takde masa dah nak tahu siapa yang baca siapa yang idak. kalau nak baca, bacalah. saya sudah tidak kisah.
2) rasanya macam dah 3 bulan balik ke UK. oh, ayat ini sungguh tidak menyeronokkan. bertambah tak seronok bila adik hari-hari duk cakap dia asyik kuar makan dengan encik abah and miss mummy. saya jeles.
3) saya nak racun adik saya temankan saya waktu winter. skang waktu autumn (in my heart) pun dah mandom, apatah lagi bila2 winter. nak suh dia temankan saya, tgk tv sama2, main game sama2, teman gi lab sama2 (opsss!), teman buat keje bila2 dia baca manga online, main game, dan fb-ing. kang nak suh dia masak kang, rebus megi pun tataw. haha! adik datang kaklong belikan lappy ok? suh encik abah bayar. lol!
4) cerita sungkyunkwan dah makin tak menarik. ke sebab lambat keluar subs saya dah tak sabar?
5) sekarang ni malam2 mesti saya bosan. selalu kalau balik dari sekolah mesti call PIC (dolu-dolu lah) - nak call cik wanis - dia keje petang. nak call Cik I, dia busy 25 jam sehari. hahaha! lagipun dia dah tak pakai o2, takleh call free. sape lagi saya nak gelak ketawa dengan? (tiba2 rindu PIC)
6) saya mcm nak buat regime pergi ke library waktu malam sampai kol 12 tgh malam. agak2 saya larat tak? kalau duk rumah asyik layan dorama aje. keje tak siap2. cane nak submit thesis secepat mungkin?
7) semalam ke dua hari lepas si godzilla tinggikan suara kat budak honours bawah jagaan saya. lepas kejadian itu, saya nak aje cakap kat diorang yang godzilla tu mmg emo sentiasa. agaknya perangai dia mmg mcm tu. emo aje jerit2. dahla org2 kat sini sangat bersopan dan manis mulut. mamat tu mulut laser aje. teringat masa minggu pertama saya start buat PhD, dah nanges. ala, sape aje tak pernah nanges sbb mamat tu? hahaha! kutuk bos tak ingat!
8) minggu ni saya kurang stress berbanding minggu lepas. sbb saya kena siapkan kerja untuk jurnal rather than buat keje untuk thesis. semua skang tgh tunggu saya bagi results dan bagi discussion. tapi letak nama saya no.2 - saya nak demand untuk equal collaborator. orang putih ni kalau tak buli orang asia mmg tak sah!
9) oh, lupa saya nak cakap. budak honours bawah jagaan saya seorang perempuan dan seorang laki. yang laki tu ambidextrous. tapi bila tgk dia buat keje guna tangan kiri hati saya doki2. hahaha. tak bleh blah. dia kata dia main gitar so kalau saya tgk dia main gitar sambil menyanyi saya rasa saya mesti senyum lebar sampai ke telinga. nasib baik ko muda. muahahahha! kalau umo anda 35 saya masuk pinang dulu.
10) skang saya takde mood nak masak dinner. siyes. balik aje rumah nak terus masuk dalam duvet dan tutup mata. dahlah fridge yang sudah dibersihkan itu masih berbau pelik. so saya tak mahu simpan makanan dalam peti ais tu. org tua2 kata letak arang bagi serap bau. entah, mcm mana nak cari arang seketul aje waktu2 winter ni?
adik, saya rindu pipi awak. pipi aje. hehehe.
11) oh aritu saya asyik mimpi yang pelik2. saya mimpi saya dukung seorang bayi. anak sape tatau. dua hari berturut2. pastu cik hud bagi saya link video budak kacukan Jepun-Americano. sebelum tidur saya mesti tgk dia bebel2. ceh, mcm dia anak saya yang duduk kat jepun aje.
tak
boleh
blah!