Thursday, 14 October 2010

seteres.

Photobucket masih kat sekolah malam yang sejuk ni ;(

ulcer dalam mulut saya makin membesar. kejap ia ada, kejap xde. kalau ade, saya fikirkan mungkin kurang rehat ataupun kurang minum air. tapi sejak 3/4 bulan ni, kenapa ulcer tu tumbuh kat tempat yang sama?

harini saya dapat surat dari UKM. dengan terkejutnya dalam surat tu menyatakan bahawa saya tak pernah hantar borang prestasi. selama 2.5 tahun? sekarang baru nak bagitau?

stress ok?!!! dah berkali dah dah saya hantar through Godzilla tapi UKM kata tak pernah dapat.

apa yang saya buat? tak guna nak blame org tu blame org ni. saya bagi email kat ketua unit pendaftar. CC kat dekan, kat pegawai unit belajar dan semua2 lah terlibat. saya bagi semua dokumen-dokumen penting. nasib baik saya tak marah. nak marah mcm mana dalam ayat formal. SAYA SANGAT BERDUKACITA? omg la kan?

tiba2 rasa ulcer makin lama makin membesar.

tadi budak honours yang saya kata selalu buat saya doki-doki tu tanya mcm mana hari saya. hahaha! doki-doki lagi. saya cakaplah semalam saya kat sekolah 15 jam ok? dia terkejut gila. bersamaan dengan jam yang perlu dia isi tiap-tiap minggu untuk siapkan honours dia ni. tapi dia comel lah. kalau cakap dengan saya, mcm2 benda budak2 dia buat yangbolehbuat saya ketawa. ade sekali tu dia siap nak balik nak babai saya, pastu bila saya tunjuk ke arah dia, dia terlupa nak tanggalkan kot! hahahaha! takkan nak bawak kot balik tidur kot? :P

harini saya dapat results bagus. saya suka. alhamdulillah. godzilla kata lepas ni buat keje jangan rush2. tenang2 aje. hekeleh. kalau dah tiap2 hari tanya aku 45 kali sehari, nak tenang mcm mana dowh?

masih ada jurnal nak kena siapkan tapi cukup2lah saya stress harini. rasa mcm nak tgk wayang sorang2 tapi....

****
oh, saya suka quote ni kat FB: Why is Monday so far from Friday but Friday is so close to Monday?