uwaaaa! dah pukul 9 malam. tadaima! saya sudah pulang ke rumah.
masuk-masuk aje umah, sejuk sangat.
dah pasang heater sana-sini, saya duk pk nak kemas rumah ke atau nak buat keje.
badan dah penat.
walaupun namanya berhujung minggu, saya masih tak cukup tidur.
bukan sebab buat keje, tapi bergembira bersama keluarga (kawan-kawan).
aktiviti yang biasa dilakukan adalah masak dan makan.
oh dan tonton DVD/movie online juga.
cerita hantu toksah cakapla. back-to-back.
kalau nak tengok cite antu kena tgk ramai2.
bila jerit2 seronok! lol!
tapi benda yang saya malas sangat bila dah nak abis hari ahad ni adalah:
1) berat badan naik
tadi buat lawak dengan adik-adik kat sana.
"kenapalah telefon ni tak berbunyi?" muahahahah gedikla tu.
diorang pun cakap, telefon diorang berbunyi pun sebab hsemate yang call, coursemates yang text etc.
saya takde hsemate.
kawan2 PhD saya pun takmo kacau saya (mmg saya warn jgn kaco pun)
balik2, encik abah aje yang text saya memanjang.
takde ke orang nak bagi text mcm ni?
"hai, cik adik tengah buat ape?"
hahahaha! tu romantik ke poyo tu?
tadi tengok cite rom-com kat TV, terjerit sedikit (kyyaaa!!!) bila tengok adegan sweet-nak-mati. pastu tercakap kat bebudak ni, "ala, nak hasben romantik mcm tu"
nak tau apa bebudak ni jawab balik?
"sapa yang tanak hasben mcm tu?" lol! TV ni suka bagitau benda yang dah nak pupus kat dunia ni.
maka, (dedikasi kepada adik saya) - jadilah manusia gentleman dan sweet. mesti ramai awek-awek (cina) nak kat awak.
duk teringat dulu-dulu masa gi jalan2 berdua dengan cik I, bila cakap "kan best kalau bawak boifren jalan2 mcm ni" terus dia respons "biar i la jadi boifren u"
muahahahaha. sian cik I. nanti saya carikan boifren untuk awak ye? ;)
****
oh! nak tengok tak pelanduk dua serupa siti nurhaliza masa zaman muda-muda dulu?
kenal dia masa amik kursus kawen dulu.
masa tu tegur dia sebab tak ramai aje nak kawan dengan dia.
lagipun saya tengok muka dia mcm siti nurhaliza masa dia muda-muda.

skali dah tegur, peramah rupanya dia.
dia pernah tegur saya, kenapa pakai cincin belah jari manis kiri, dah
hahaha!
pergi kursus kawen dua kali, tapi kawen tak pernah-pernah lagi.
sejak dari kursus tu, dah tak keep in touch dah dengan beliau.
tapi bila dengar2 dia selalu lepak dengan kawan-kawan baik saya, dari situ kami jumpa kembali.
dan sampai skang kalau bila-bila saya datang Aberdeen, mesti akan lepak makan2 dan tgk wayang dengan beliau.
oh, nama dia bukan siti. takde kaitan pun dengan cik siti wan kembang. muahahahaha!
nama beliau? BIARLAH RAHSIA!! :P (itu tajuk lagulahhhh!)