Friday, 26 February 2010

kame.



diorang ni buat saya tergelak terbahak-bahak.
ah, kame-chan buat saya doki-doki.
saya suka tgk dia masa dia cakap "iieee" cho kakkoi ok?

semalam mimpi kame-chan.
bangun-bangun aje terasa macam bibir tersenyum.
bangun pagi tadi pun macam happy aje.

petanda kena pergi hangout kat tokyo kah?
jom hanami kat yoyogi park?
sape nak ikut?

Thursday, 25 February 2010

main.main.detektif.

Photobucket ureshii kata!

minna san!
sapa suka manga kindaichi?
sapa suka tengok kartun kindaichi?
sape suka tengok Jun Arashi berlakon drama Kindaichi?

yang paling penting...

sapa suka tengok artist of the month berlakon movie KINDAICHI?
ye. ye. Kazuya Kamenashi berlakon watak Kindaichi!

suki na! sukiiii!
saya dah boleh confirm cara dia berlakon sebiji macam Takuya Kimura.
Nasib baik Takuya lagi kachak.
tapi sebab dia adalah artist of the month, saya nak puji kame-chan melambung-lambung tinggi!

walaupun badan saya penat dan agak panas (nak blame weather yang makin sejuk), cerita ni mampu buat saya sehat sedikit.

selagi bulan ni belum habis, saya nak marathon drama/movie kame-chan banyak2!!!

yosh! ikimashou minna!

Wednesday, 24 February 2010

kawan.kawan.

pagi tadi, senior saya masuk ke ofis dan tiba-tiba mahu borak panjang dengan saya.
kelihatan matanya berkaca.
takkanlah sebab saya datang awal dulu dari dia, dia dah menanges?

dia kata keje eksperimen beliau akan habis minggu depan.
tapi sel beliau semua mati.
saya dengarkan aje.
sel saya mati tiap2 minggu saya tak nanges pun?

saya berempati dengan beliau.
dalam saya nak buat kerja sendiri, saya tolong beliau bersihkan satu bilik tisu kultur.
dari A ke Z.
saya nak tolong sebab dia baik dengan saya walaupun kami tak pernah hangout makan tengahari mahupun tea.
maka, petang tadi dia offer saya brownies.

saya suka berbuat baik dengan org putih sbb mereka tahu menghargai.
mereka ekspresif.
ada sekali saya buatkan kek bday untuk kawan lab saya.
masa bday saya, dia janji nak buatkan homemade cake utk saya.
dan dia tak lupa buatkan walaupun jarak bday saya dengan dia jauh.

ada sekali tu saya tolong tukarkan media kawan saya, kalau tak mati sel kawan tu - walaupun dia tak minta.
in return, dia tolong saya bila saya katakan sel saya mati.

saya buat baik pada orang bukan mahu imuniti ataupun balasan.
siyes saya ikhlas.
kalau orang menghargai kita dengan berbuat baik kembali, tidakkah hati kita akan sama-sama jadi lapang?

berapa ramai yang tahu akan harga kebaikan?
berapa ramai yang tahu erti kawan?

orang kata: berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu.
pada saya: berkawan biarlah tak sampai seribu, tapi semuanya baik-baik belaka.

saya pilih kawan kerana serasi.
saya pilih kawan bukan kerana sejarah hidupnya.
saya pilih kawan bukan kerana rupa dan harta.
tapi saya pilih kawan kerana dia sanggup tolong saya bila-bila saya susah, bila-bila saya jatuh dan bila-bila saya mahukan teman.

sebab saya tahu, dengan cara itu, saya boleh tolong mereka berkali-kali ganda.

encik abah selalu kata jangan sesekali susahkan orang. dan kalau ada nampak orang dalam kesusahan, tolong. kalau bukan dengan duit, dengan apa sahaja yang termampu.

saya masih ingatkan ada seorang kawan datang peluk saya sebab dia tak tahu mahu buat apa.
dia kata "you deserve a hug"
benda simple macam tu pun dah boleh sentuh-sentuh hati orang.

ada orang tak suka bila kita baik sangat.
ada orang menyampah kalau kita baik sangat.
saya mahu tanya kenapa kita nak fikir apa yang orang lain fikir?
dia ada bagi makan pakai kat kita kah?

bila saya tengok drama melayu malam tadi, saya rasa saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.
macam mana hidup saya nanti?
apa jadi dengan kawan-kawan baik saya di sini?

sabishii. sabishii.

kadang.kadang.

kadang-kadang orang yang sangat kita sayang adalah orang yang paling susah nak disayangi.

skrip filem CINTA

senowhhh!

tengah buat-buat kerja.
tiba-tiba terperasan, eh kenapa sejuk semacam.

bukak blind, oh salju turun lagi (dengan lebatnya!).

ah! bagus sangat! tengah dengar lagu yurase ima wo lagu delegasi jepun ke Winter Olympic 2010.
sepadan habislah! :D



okeh, sambung buat kerja.

yosh!