Saturday, 12 September 2009

it's.good.to.be.home.

Photobucket rindu heechul!

1) saya dah sampai rumah. alhamdulillah cuaca tak sepanas macam kat dubai (saya transit kat dubai 3 jam tapi rasa mcm 30 jam sebab panas sgt dan terminal ramaaaaai gila orang. macam pelik pukul 2 pagi terminal meriah macam tengah boxing day. haih)

2) berjaya melantak burger king di dubai walaupu terpaksa berjalan dari satu wing ke wing yang bertentangan semata-mata untuk mencari premis tersebut. hasilnya? saya hanya mampu menggigit satu dua bite dan kaki melecet sebab pakai hi-heels berjalan-jalan. padan muka.

3) di dalam penerbangan saya memilih untuk menonton filem dan drama jepun berbanding cerita mat salleh. saya kongsi tonton cerita korea juga dengan Cik I. oh, saya pulang bersama Cik I. setia betul dia nonton movie tanpa tidur.

4) saya mencari juga entah-entah Arashi atau Super Junior femes di dalam Emirates. Oh tidak, tiada satu lagu mereka pun ada. TAPI, lagu Ohno Satoshi ada. Huda mesti gembira bila dengarkan yang ini. Lagu siapa yang ada? senpai mereka. SMAP. Kinki Kids. V6. Takde Arashi. What a shame.

5) oleh kerana begitu, saya memasang Tijah tanpa henti. sampai dalam penerbangan kedua, tijah serah diri. mati takde bateri.

6) saya berjaya berpuasa dalam penerbangan. mula-mula saya pelik bila pramugari buat-buat (atau tidak) muka pelik bila saya bercakap saya berpuasa. malah satu row dengan saya berpuasa. mamat arab sebelah saya duk baca Quran aje. saya insaf sampai saya tak berani bukak tijah kuat2. tapi saya suh tijah aje nyanyikan Super Junior. hahahaha. senyap-senyapla kan.

7) bila mahu berbuka, saya buat teori denngan Cik I. saya cakap waktu maghrib adalah pabila matahari mencecah horizon langit. ikut kiraan otak tak bape pandai kami, sepatutnya kami dah boleh iftar. saya minta pramugari sediakan meal, baru dia terkedek2 tanya pilot. lama pulak tu. kejam betul. makanan dahla tak panas dah. oleh kerana tak tahan berpuasa atas udara (dehydrated, penat, tak selesa) saya buat keputusan tak mahu puasa keesokan hari pada penerbangan kedua.

7) sampai aje KLIA, saya rasa sedikit teruja. muka melayu. cakap melayu. semuanya melayu. cina pun cakap melayu. saya sangat teruja. perasan juga ada beberapa orang minah yang pandang kami macam budak gedik-gedik baru balik dari oversea. ah! dulik ape kat diorang.

8) on the way balik ke rumah, rasa agak macam jauh. highway pun nampak lagi luas dari di UK. air tebu tepi jalan nampak tempting. hahaha! (sindrom dah lama tak balik malaysia)

9) sampai aje rumah, saya terus tengok-tengok tv. drama melayu macam errrrr? saya pun flick flick channel tengok-tengok apa yang menarik. owh ada channel korea. OMG! OMG! sayangnya heechul takde. tapi saya stick aje tgk channel ni sampai saya tertidur.

10) saya tak perasan dah maghrib. bangun-bangun ada sate kajang, air tebu, air kelapa atas meja. makan-makan. makan separuh nafsu.

11) kemudian, kepala weng sebab kurang tidur dalam perjalanan. saya dah agak mesti akan jetlag ni. tapi saya stay up juga lepak tonton Arashi dan movie Korea kat internet. saya siap suruh adik saya download itunes sebab nak dengar lagu dari tijah. ADEILAHHH....

12) sekarang dah pukul 1.45 pagi, saya dah melantak nasi kerabu, kebab, air kelapa, air tebu etc. saya makan macam esok saya dah takleh makan dah. perut penuh gila.

13) oh, adik saya kata saya dah gemuk. tapi dia ajak saya makan tengah malam. APAKAH?!!!

14) buat kawan-kawan saya di UK, sabar ye? raya kat mana-mana pun sama aje. ehem.