2) bila pergi ke kedai cina yang menjual arak tapi letak papan tanda besar-besar "kami tidak akan menjual kepada umur bawah 18 tahun dan MUSLIM"
3) bila orang cina janji mahu datang rumah pukul 8 pagi, dia datang pukul 7.50 pagi. Melayu? kena call 45 kali baru nak kata on the way, kalau tak - "sorrylah mal, aku takleh datang" wtf (ye saya sedang emo)
4) bila saya cakap english dengan kawan cina saya, dia balas cakap melayu. terus lepas-lepas tu saya malas nak cakap english.
5) ke Singapura: semua orang cakap Melayu. pergi kedai Cina, cakap Melayu. Pergi kedai lain dari Melayu, mesti cakap Melayu.
6) ke Singapura: semua orang makan masakan Melayu. Cina India omputih. Bak kut teh? Sangat kurang!
7) ke Singapura: membaca bahasa persuratan Melayu di surat khabar harian bagaikan membaca novel Melayu yang jiwang. Contoh: "saya sudah lama tidak pulang beraya ke kampung. perasaan sedih itu bagaikan menusuk jiwa dan kalbu saya yang merana ini" OMG! ini surat khabar ke cerita khabir bhatia?
8) ke Singapura: semuanya ada. gelarkan sahaja Little NY, Little Sydney, Little China, Little Malaysia. Bandar yang menarik.
9) ke Singapura: orang Melayu beraya memakai baju melayu/kurong tapi method beraya adalah menaiki lori pikap. senario biasa.
10) ke Singapura: semua orang bersopan. kenapa mereka masuk ke Malaysia perangai diorang tak berapa nak bagus? (ke perasaan sahaja?)
11) ke Singapura: ada kereta jenis vampire (seriyes, saya baru tahu) - jenis kereta yang hanya boleh keluar masa off peak. plat merah. kurang cukai, harga kereta murah dsb.
12) ke Singapura: terdapat label minuman anything. untuk perli orang-orang yang bila ditanya nak makan nak minum apa, diorang asyik cakap "ANYTHING" hambik ko, minum puas-puas.