mahu Cik Nunu mendengar lagu mellow pilihan saya kali ini.Cik Nunu sila dengar lagu kat sebelah tu.
bila saya dengar lagu ni, saya tiba-tiba rasa sedih Cik Nunu nak balik.
walaupun, saya tahu kita akan berjumpa lagi, tapi memikirkan betapa baiknya dia dengan saya (dan kawan-kawan yang lain) buat saya sedih.
bape banyak titis air mata yang keluar,
bape banyak bahak-bahak ketawa yang dihabiskan,
bape banyak perasaan terasa/merasa/dirasakan (macam ayat pelik aje) dah diekspreskan.
saya rapat dengan dia sejak bulan april 2006.
kami rapat lepas main-main di playground belakang rumah kami.
masa tu kononnya nak pergi jogging la.
tapi end up main buai.
haih.
macam-macam jadi selepas itu.
ade yang manis, ada yang pahit nak telan.
tapi alhamdulillah, dia masih di situ menemani.
dia seorang kawan yang baik.
saya pernah quote ayat dia 'aku anggap semua orang kawan baik aku'
gembira-gembira dia, saya tahu bila dia sedih, bila dia suka kat orang tu.
lawak-lawak dia, saya tahu bila malam-malam mesti dia rasa kosong.
walaupun Aberdeen jauh berpuluh-puluh batu dari rumah saya, tapi saya selalu anggap rumah dia macam sebelah rumah saya.
we're gonna miss you dear.
takde Cik Nunu, Aberdeen dah tak happening macam dulu.
sapa nak masakkan saya ayam masak merah lagi?
nasi lemak?
;( kena baca nukilan ni sambil dengar lagu kat sebelah atas kanan tu.
Cik Nunu, hidup baik-baik.
semoga hidup di Malaysia lebih tenang dan bahagia, insha'Allah.
dan semoga anda berjumpa dengan seseorang yang boleh menjaga anda sebaiknya.
kita jumpa lagi, insha'Allah.
jalan baik-baik.
[oh, balik kang pakai baju cantik-cantik, senang nak mengurat pengiran ;)]

