perit-perit tekak.1) saya jetlag. bangun-tidur-bangun-tidur. tapi masih menguap.
2) ingatkan harini hari Ahad, hujung minggu - saya mahu jumpa best friend saya, Cik Farah. tapi dia tak mahu jumpa saya sebab nak teman laki dia kemas rumah. saya cakap dengan dia, 'siapa suruh kawen awal?' dan dia balas balik 'siapa suh tak kawen lagi?' adeilah.
3) bangun pun dah tengah hari. belakang sakit-sakit sebab angkat beg 7 kilo (nota: angkat, bukan tarik). lepas solat Zohor gi kuar beli baju raya dengan adik.
4) ramai gila manusia di Jusco. baju melayu dahlah tak lawa, mahal pulak tu. nak masuk jusco, cari parking 40 minit. masuk jusco tak sampai setengah jam pun. ingat nak berbuka kat luar tapi hari masih awal.
5) pergi ke mall belakang umah. (nota: memang belakang rumah, bukan nak exaggerate ke ape). rupanya baju-baju kat sana lagi cantik, banyak pilihan dan murah. saya nak cari baju kurung cotton yang corak bunga-bunga kecik tapi orang kedai kata fesyen tu dah lama dan baru je abih. (nota: fesyen lama, tapi dah habis?) dia rekomenkan baju style datuk siti nurhaliza (orang panggil kurong moden?). kalau saya pakai baju kaler kuning design macam tu, mesti huda kata saya macam mak datin. adeilah.
6) pergi cari tudung. terkejut sebab fesyen orang pakai tudung ntah hape-hape. takleh ke pin tudung selempang aje? nak lilit-lilit plak. rimas.
7) saya pergi ke guardian mahu membeli toiletries. saya terkejut kena bayar 99MYR. mahal gila ok barang-barang kat Malaysia! deodorant kat UK pun baru harga 1 pound. sini 11 hengget? WTF!
8) harini saya berbuka popia goreng, nasi dagang, air tebu, air soya, air kelapa. kenyang sangat tak sampai 2 jam saya dah tidur. mimpi macam-macam plak tu. adeilah.
9) masa tengah membeli makanan, ada accident kecik. tapi buat kecoh satu taman. siap orang yang kena langgar tinggal aje keta tengah jalan sebab nak kowtim dengan orang yang melanggar. org malaysia ni pun suka sangat nak amik tahu hal orang lain. pergi beli makanan pastu balik tak boleh ke?!!!
10) masa tengah beratur nak cuba baju kat jusco, ade sorang akak ni selamber aje potong Q pastu buat fitting room tu macam rumah dia sendiri. saya tak puas hati suh dia beratur dia boleh buat tatau? saya pun separuh menjerit cakap 'INI KE PERANGAI ORANG MALAYSIA?'
11) hari ini sahaja saya spend 600MYR untuk beli itu ini. betullah orang kata duduk Malaysia banyak pakai duit. tak sampai 48jam saya kat Malaysia, saya rasa nak balik UK. ;(
12) orang-orang kat malaysia semua kecik-kecik. i mean, petite. saya bila berjalan terasa sangat giant. bayangkan bila fitting baju, orang kedai tu bagi saya pakai saiz XXL?!!! tapi nasib baik yang XXL tu baju cantik. terus tak jadi marah.
13) akak assistant kat kedai jual baju kurung masa baru sapa dah buat saya macam kawan dia. ajak gosip la ape lah. taktik nak lariskan barang kedai agaknya. dia punyalah mesra dengan saya sampai bila balik rumah adik saya tanya kat saya 'perempuan kat kedai tu pernah kenal kaklong ke?' errrrr?