Wednesday, 11 August 2010

puasa.datang.lagi!

Photobucket merasakan penat yang luar biasa.

hari pertama ramadhan.
masih belum biasa dengannya.
mungkin kerana belum berterawikh dan bertadarus lagi.

tapi hari ni cuba-cuba nak merasa puasa juga.
seharian hari sangat dingin.
bagus untuk orang pertama kali berpuasa melebihi 18 jam.
Allah tu Maha Kaya dan Mengetahui.

walaupun harini dapat excuse utk tak berpuasa, kerja harini yarabbi sangatlah memenatkan.
sampai sahaja di sekolah berbuat kerja tanpa melihat2 komputer.
dalam hati (dan dalam perut) berkata cubalah tak makan, prektis utk hari-hari esok kalau-kalau boleh berpuasa.
sampai aje pukul 3 petang, saya tumpas.
rasa nak pengsan.

maka, untuk peringatan sendiri.
sila bersahur untuk meningkatkan tenaga fizikal.
dengan kerja yang sangat banyak, belum tentu saya boleh bertahan sampai ke pukul 6 petang apatah lagi pukul 9 malam.

tapi Allah itu Maha Kaya dan Mengetahui.

jika dalam masa sebulan ni saya selalu merungut cuaca musim panas tahun ni sangat sejuk dan muram, tapi Allah memberikan kemudahan ini untuk saya (dan sahabat-sahabat lain) berpuasa dalam keadaan yang tidak memenatkan.

dan pls make sure makan sahur ye? jangan jadi mcm saya, pengsan nanti.

saya tak sabar nih nak pergi masjid, bertadarus dan berterawikh.

oh, saya terpaksa berpuasa Kim Nam Gil Bad Guy la mcm ni. Insha'Allah jika saya rajin, saya akan penuhkan ringkasan surah-surah di blog yang lain. buat masa ni, berikan saya katel untuk saya rehatkan tulang empat kerat saya!!!!

bye, selamat bersahur/berbuka puasa/berpuasa di mana-mana sahaja anda berada!

(masih belum ada mood lagu raya...)

****

oh, tadi Godzilla cari saya, nak results untuk masukkan dalam presentation dia next week. pastu dia tunjukkan kat saya powerpoint dia. OMG la kan, dia buat sebijik mcm isi-isi slides saya masa third year presentation ok? copycat...! takpe. takpe. nanti saya nak viva saya nak 'pinjam' semua ayat2 dia. muahahahahaha!