Thursday, 5 August 2010

dorama

cerita bad guy sudah mahu habis.
nak blame kerajaan korea selatan sebab panggil si hero berkhidmat untuk negara.
kalau tak, mesti saya looking fwd hari rabu dan kamis tiap-tiap minggu.
oh, official OST untuk drama ni dah keluar sepenuhnya. habis dah 5 part saya download.
buat-buat kerja mesti buka blog ni sbb senang nak stream auto main dengar aje.
ni lah pertama kali saya dengar lagu OST drama yang sangat banyak dan semuanya sedap-sedap. masuk ke dalam hati gitu....

cerita coffee house pun dah habis.
dah takde sape nak gelak dengan saya bila-bila muram dan murung.
takde sape nak nanges sekali dengan saya bila-bila saya rasa sunyi.

besarnya impak drama dalam hidup saya (ceh macam diari seorang surirumah tangga aje)

sekarang saya looking forward drama-drama jepun pula.
dan mungkin drama korea baru - cite buat2 roti ni. tu pun tengok in the middle sebab lama nak tunggu cerita bad guy nak keluar. skali tersangkut sebab hero comel sangat. eheh. mcm lawak aje si hero seorang pengemis tapi gigi dan kulit dia lagi lawa dari saya. kata 2 hari tak makan tapi gigi mcm gi dentist hari-hari. haha!

drama aje yang boleh buat saya lupa skejap tentang mahu balik malaysia.
skang ni saya bebetul homesick.
wp saya tahu balik mesia taklah happy sgt tapi mesia is the most interesting place that i'd wanna be now.