ni saya dapat dari interview seorang artes korea yang sangat pemalu (lelaki) dengan sekumpulan artis perempuan yang sedang melonjak nama.
(IV- interviewer; GG- girl's group, L-artes lelaki)
IV: aku dapat tahu ada seorang perempuan kumpulan ni suka sangat kentut. sapa dia?
GG: tunjuk pada seorang perempuan dalam kumpulan itu.
IV: apa pendapat L tentang ini? (maksudnya perempuan tak boleh kentut di khalayak ramai)
L: *sambil muka merah* tak apa. saya ok aje. manusia kena kentut. saya suka kentut banyak-banyak. (sambil pandang perempuan yang 'suka' kentut itu)
ok, saya suka mamat ni. nak jadikan dia artes of the month tapi saya masih rindukan kim nam gil.
oh, photobook narimiya dah sampai ke pangkuan. tak nak upload lagi gambar buku itu demi menghormati bulan puasa (tak boleh blah). lawak aje bila nak belek2 buku tu kena buka mata separuh takut2 ada gambar2 yang tak sesuai dilihat ketika bulan Ramadhan. tapi so far, takde (lah sangat!) yang mencucuk mata dan jiwa raga. haha!
oh tadi saya mimpi, saya naik lif berkaca dengan leonardo dicaprio. mula-mula saya gayat tapi lama2 saya tengok indahnya pemandangan kat luar. skali dah lama sangat berada dalam lif tu, lif tu jatuh dengan sendirinya. tatau saya survive ke tidak. last time saya mimpi masuk kelas berenang yang terjun dari tinggi. oleh kerana saya gayat dan air cetek saya tak jadi terjun. entah kenapa orang sebelah saya terjun dan mati di tempat kejadian (tiru ayat surat khabar). saya asyik mimpi tempat tinggi aje skang ni. orang kata mungkin sebab something buruk nak datang.
pastu saya mimpi senior lab saya. saya nak ajak dia makan masakan Melayu. pastu entah kenapa lupa nak jemput dia lepas dah siap masak.
kenapa saya banyak sangat mimpi ni? tidur tak basuh kaki ke atau makan banyak sgt sebelum tidur?