Thursday, 12 August 2010

ramadhan.hari.kedua.

Photobucket ngantuk, penat, tak bermaya.

otsukare!!!
harini saya berjaya berpuasa walaupun tidak sahur.
seumur hidup saya boleh bilang dengan jari kaki bape hari tak bersahur.
tapi dalam kes tahun ni, boleh bilang dengan jari kaki kiri dan kanan bape hari aje yang saya bersahur.
sebab, belum aje makanan habis dicerna dah solat subuh.

tadi pagi saya dah cadang nak balik awal, tidur dan bangun dengan segarnya berbuka di masjid.
tapi bila tengok fesbuk, tengok orang upload gambar makanan, terus rasa terliur.
kononnya, nak buat kek lapis sebab banyak gila masa nak tunggu sebelum berbuka.
kononnya, nak gi kedai asia sebab nak beli bahan-bahan.

lain yang dituju, lain yang dibeli.
saya ternampak unagi kegemaran saya.
saya masuk2 aje pasaraya saya dah nampak satu kotak besar air soya YEOS.
seb baik xde air cincau skali. kalau tak, memang menu berbuka saya style mesialah!
tu belum lagi terkinja-kinja sebab tengok kimchi. hehe.

bila balik rumah, mood nak buat kek lapis terus berubah jadi nak buat menu ala-ala jepun.
masak-masak. pastu terjumpa drama yang belum ditonton.
omg~! bila nak join tadarus ni.

seperti yang dijangka, berbuka ke mana, tadarus ke mana, terawikh ke mana.
lepas sahaja berbuka dan solat, saya terjelepok dan mahu tidur.
tapi perut penuh, mahu berbuat ape?
update bloglah!

oh adik, nanti saya seludup unagi untuk awak, kalau stok masih adalah. hehehe.

oh menu hari ni : unagi, sup bonito dashi, dengan telur gulung kimchi. saya rindu kim nam gil ;(