Monday, 2 August 2010

sudut bercerita

Photobucket penat! penat!

nota: entri kali ni penuh dengan gambar-gambar tak senonoh sila view dengan discretion. lol.

saya diajak untuk buat kerja gila.
pergi hill-walking katanya.

saya pula kalau diajak ON aje.
sape tak kenal saya ni kan gila-gila remaja

ok, setelah seminggu lebih awal merancang-rancang perjalanan semua, kami pun memulakan perjalanan ke Ballater, Aberdeenshire.
kalau dari Dundee perjalanan mengambil masa selama 2 jam. kalau dari Aberdeen, sejam setengah aje kot.

dalam perjalanan, singgah jap di Glenshee. Gambar ni petanda kami sudah memasuki kawasan Cairngorms National Park.

kami bertolak selepas habis waktu kerja hari Jumaat.
maka, sampai di sana pun sudah pukul 10.30 malam.
dalam kegelapan, kami dirikan khemah betul2 di tepi sungai.
terasa khemah kami kecik sgt sbb yang lain semuanya besar gabak boleh muat 6-8 orang. diorang siap ada bahagian untuk masak-masak lagi.

habis aje mendirikan khemah, kami pun supper sambil borak-borak.
alhamdulillah malam tu tak hujan walaupun forecast kata tempat tu akan hujan teruk.
selepas 12.30 malam kami pun lena.
pertama kali tidur bersalutkan sleeping bag dan di dalam khemah sambil dengarkan bunyian2 sungai, kami hanya mampu tidur selama 4 jam.
selepas sahaja subuh, kami sarapan dah bertolak ke Glen Muick yang jauhnya 6-8 batu dari Ballater.

sarapan pagi2. sosej, baked beans. ala-ala Britons. belakang tu sungai, hehehe.

Spittal of Glen Muick. Tu peta besar tempat kami akan mendaki. kalau Queen Elizabeth leh daki, asal kami tak larat nak daki?



selepas membayar parking 3pound utk sepanjang hari, kami pun bertolak dengan peralatan lengkap pada pukul 7 pagi.
berjumpa dengan seorang pakcik yang sudah terlebih awal tidur di situ.
rasanya kami pasukan yang kedua memulakan perjalanan.
pakcik tu yang ketiga.
yang pertama adalah seorang pakcik yang memakai topi koboi. tak sempat borak dengan dia sbb kami lihat dari kejauhan aje.

perjalanan awal adalah tanah rata. kami perlu memasuki hutan balmoral untuk memulakan pendakian.

sungai dari glen muick rasanya.

masih di dalam mood untuk bergambar. tengoklah bila dah sampai atas nanti. belakang tu hutam balmoral.

mula-mula tu agak berpeluh jugaklah badan.
dah pakai seluar untuk ski dan baju fleece, mana tak berpeluh.
terpaksa membuka jaket kerana terlalu panas.
tu belum lagi mendaki.
masa tu cuaca sangat cantik. matahari baru nak naik. belum ada tanda-tanda mahu hujan.

laluan ke gunung lochnagar.
tu.... kami nak pergi gunung yang belakang punya belakang gunung tu. percaya tak?

melalui hutan narnia. siyes, mcm di alam lain. saya bajet team narnia buat shooting kat sini.

selepas sahaja melintas hutan narnia balmoral, kami sudah melihat laluan kecil mendaki. di sini perjalanan sebenar bermula. makin mendaki badan semakin berpeluh. maka, baju harus 'dibuang'

laluan trek yang sudah dilalui. bai bai hutan narnia!

fashion statement pertama: panas! panas! penat! penat!

behind the scene: mokcik dah penat!

singgah di checkpoint yang pertama. sebab ada orang tu tak tahan nak amik nafas dan minum air kononnya (merujuk kepada diri sendiri).

kami teruskan mendaki, singgah lagi beberapa tempat untuk berehat. dalam masa tu, pakcik yang kami jumpa awal pagi tadi sudahpun melalui kami. INI TAK BOLEH JADI! tapi logiklah, dia mmg nampak fit - rasanya mesti dia dh banyak kali daki gunung ni. nampak expert aje.pakcik tu daki sorg2 aje... kagumnya!

laluan sepanjang perjalanan. breath-taking!
checkpoint kedua. buka fleece. tukar baju nipis. masa ni dah panas betul walaupun berangin.

selesai mendaki, kami menurun bukit pula.

checkpoint ketiga. berehat sambil saya menukar seluar yang lebih nipis.
terimas kepada Cik Izzaty yang membawa seluar spare (mujur saya boleh pakai)


selepas berehat mendaki, berehat dan mendaki, akhirnya kami sampai ke bahagian yang paling tricky.
untuk menaiki gunung ini, tiada laluan yang boleh diikuti kerana kesemuanya batu bata.
saya tak boleh nak bayangkan kalau orang datang sini waktu salji penuh. gila apa nak walking waktu semua tempat licin? ni pun dh mcm separuh nafas aje nak daki - tu pun kena panjat batu-batu besar.
bawah tu batuan besar. kalau nak bunuh diri, terjunlah dalam loch tu. errr...ngeri ok?!!

masa ni ingatkan dah sampai aje summit. kemudian, ada sepasang pendaki melintas depan kami tanpa rehat. huh? jauh lagi ke nak sampai? kami dah berjalan 4 jam tahu tak? 4 jam?!!!
nak tanak kena teruskan jugalah. takkan nak terjun ke dalam tasik kot? nasib baik perjalanan lepas tu mendatar aje. jalan pun lajulah sket.

lepak jap lepas mendaki batuan besar.


laluan mendatar pula.

sket lagi nak sampai. kata pakcik tukang amik gambar ni. kat belakang tu aje.
kami sudah sampai ke puncak!!!! lihat aksi perempuan di hadapan skali! muaahahahahah!

selepas berehat sebenatar selama 30 minit, kami pun memulakan perjalanan untuk pulang ke pangkal jalan. masa tu keadaan berkabus sangat. hujan sudah mula jatuh - kadang-kadang renyai kadang lebat. lencun habis! ingatkan perjalanan pulang tidaklah lama mcm mendaki tadi, rupanya lagi jauh. jalan punya jalan tak sampai lagi. turun punya turun ,masih tak sampai. habis dah air terjun tasik kami dah keliling - masih tak sampai.

ari sudah hujannnnnn...


jumpa jambatan kecik, duduk lepak jap 'gantung' kaki.

masa tu dah pasrah gila. kaki pun berjalan mcm robot aje. malas nak fikir apa-apa. dalam kepala tgh bayangkan sedapnya kalau dapat lepak tepi sungai sambil BBQ. hahaha! BBQ! BBQ BBQ!air terjun cantekkkkk ;)

di belakang kami adalah loch muick

pesisir loch muick
yatttta! sudah sampai ke pangkal jalan!

setelah 10 jam berjalan, selesailah perjalanan kami ke Lochnagar. tak sangka dapat pergi dan balik dengan selamat. walaupun peha dan betis terasa sangat sakit tapi perasaan menaiki gunung buat pertama kali tersemat di ingatan kami.

apa lagi, lepas ni kami mahu berBBQ!!!!! yeslah!