Friday, 22 October 2010

rinda.rinda.rinda.

Photobucket pening-pening lalat.



song of the day. 'salahkan' nino buatkan saya cari lagu ni kat youtube. turn out lagu ni femes gila rupanya. patutlah mcm pernah dengar. hey! hey! hey!

hari ni dari pagi hingga ke malam asyik hujan aje.
walaupun saya berpayung tapi kepala saya asyik pusing-pusing.
badan macam panas, pipi pun merah.

keje banyak. badan makin penat.
godzilla asyik nak marah-marah aje.
itu tak kena ini tak kena.
nak bebel kat saya kol 5 petang hari jumaat.

tadi sket lagi rasa nak meletup.
seb baik dia panggil co-sv sekali dtg lepak opis.
kalau tak, nak aje jerit kat mamat tu "cuba buat eksperimen sekali, aku nak tengok!"

komen punya banyak.
asyik kritik memanjang.
tanya soklan mcm nak interrogate suspek penjenayah.

suh buat eksperimen yang orang dalam dunia ni tak pernah buat.
pastu sekali aku cuba tak dapat results nak marah2 plak.
AKU SEPAK KARANG!
nasib baik weather kat luar hujan.
darah dah mendidih, kepala dah pening.
rasa mcm nak makan orang.

pastu dengan separuh sedar, gi bukak google, cari monitor super besar dengan wireless keyboard.
konon nak cukupkan set komputer untuk menulis tesis kat rumah nanti.
beli punya beli kedai tu janji nak deliver malam nanti.
tengok-tengok saya tunggu tak sampai2 pun.
JANJI MANISMU!

maka, kepala jadi makin pening.
rasa nak nanges ade, rasa nak makan sebesar hidangan lembu pun ada.
now, dah makan banyak gila dah tatau nak buat ape.
nak telan panadol dan tidurlah mcm ni.

sebelum tidur dengar lagu rinda! rinda! rinda!
haih, nino ... nino...