baju sudah siap dilipat.
walaupun rasa tak sehat siang tadi, lepas solat maghrib dan isha' terus rasa segar sket.
sebab ramai kawan-kawan online.
leh layan mana-mana yang patut.
dah masak untuk bento esok, dah makan, dah pekena cafe latte rasa mcm tak boleh tidur pula.
kemas-kemas sket rumah yang dah tak mcm rumah dah ni.
rumah kecik macam ni takleh nak diurus ada hati nak pindah rumah yang lagi besar.
haih.
saya kena kutuk dengan Cik Hudie_hud pasal wardrobe saya.
dia kata ada dalam koleksi baju-baju saya tu ada yang saya tak pernah pakai.
*uhuk-uhuk*
mana ada.
kalau gi sekolah takkan nak pakai baju glitter-glitter? baju seksi2 (haha!)
saya ada beberapa kategori baju-baju dalam lemari saya.
baju nak masuk tidur ada satu compartment (last-last tidur dgn baju yang bawak gi lab)
baju untuk every season: aki, fuyu, haru, natsu. tu dah bape compartment dah.
baju untuk duduk dalam rumah sahaja.
baju untuk majlis formal.
baju untuk majlis sopan-sopan.
baju untuk majlis yang sopan pondan-pondan.
baju untuk bebila saya naik 5 kilo.
baju untuk bebila saya turun 5 kilo.
kalau kira mcm tu, 2 lemari pun tak pernah cukup! *uhuk2*
****
oh tadi masa saya entertain bebudak honours, saya duk khusyuk sangat sampaikan saya terlupa nak solat zohor. bila islamic finder kuar kat PC saya, saya tepuk dahi. S tanya saya kenapa. saya kata saya lupa nak sembahyang. dia pelik. mesti dia kata hati "errr... pray?"
oh! mereka ni nama aje ada kawan Malaysian/Arab/Asian. aku luku kang. dah terang-teranglah saya pakai tudung maknanya saya muslim. dan saya perlu sembahyang. bila saya cakap saya kena sembahyang 5 kali sehari dia buat lagi muka terkejut. pastu dia tanya lagi... "do you have to pray like in specific time?"
YES, my dearr~~!!!
pastu dia tanya lagi... "can't you just make it up the prayer?"
nak cakap NO tapi saya cakap kalau lupa bolehlah ganti. kalau sahaja-sahaja, it's a sin.
seronok gak duk bercerita pasal ISLAM kat orang yang tatau apa2. so bila diorang tanya tu lebih kepada rasa ingin tahu, bukan cynical ke provokasi ke.
ada gak yang tak bape sensitif. ada sekali waktu winter, diorang hidang mulled wine pastu bagi kat saya. saya kata saya tak minum wine. nak tahu orang tu jawab ape... "oh this is just mulled one"
errr... saya TAK minum arak la bongokkkks!
****
oh tiba-tiba saya teringat seseorang. bila time kamis malam jumaat mesti teringat kat dia. rasa nak seypak diri sendiri sebab ingat pada orang yang belum tentu ingatkan diri kita, neee?!