bangun pagi terus nak tengok si ayu raudhah.
suka kat dia dah lama dah. dia pakai tudung cantik. badan pun cantik. gebu!
haish. cakap mcm perempuan tak straight aje.
basically cite ni pasal perempuan yang mencari cinta.
minah ni novelist.
buat cerita jiwang karat.
pastu dah cipta watak laki jiwang karat segala padahal dia sendiri tak pernah bercinta.
episod 1 laki yang dia suka tu meninggal dunia.
so kira sedih lah sbb laki tu jiwang karat mcm dalam novel dia.
masa tengok cerita ni baru tahu, oh! macam ni rupanya dating kat mesia.
hahahaha! saya orang skema, mana reti dating2 ni (nak muntah)
anyway, i hope towards the end perempuan jumpalah laki yang dia nak cari.
ceh macam tengok cerita 30 mencari cinta aje (tak penah tgk, penah dgr nama aje)
ntah mcm mana jumpa cerita ni semalam kat youtube. lompat punya lompat jumpalah drama ni.
tapi ni kualiti drama tv2 la. takdelah cantik sgt sinematografinya mcm tv swasta. skrip pun mcm skrip buku/novel. tapi kira ok lah, sbb saya suka
NB: lepas tgk beberapa episod, saya rasa cite ni terlalu cheesy untuk saya. pastu saya tak suka watak ayu raudhah ni. gunakan laki yang suka kat dia untuk tulis novel. wth? ayat2 dalam drama ni mcm tak realistik aje, ke saya aje yg ignorant padahal mmg ini dialog orang mesia? saya cuma suka watak si firas aje. sangat selamber. macam adik saya. haha! laki mcm ni kalau awek tak cukup iman dah tangkap lentok dah. oh lagi satu, ada satu scene diorang makan kat restoren korea kat jalan ampang. bila tengok review kat blog orang lain kata restoren ni hidang pork. i mean, you're using the same plate kan? entahlah. nak cari restoren korea pork-free agak susah kat mana-mana ne?