Showing posts with label entah. rindu.. Show all posts
Showing posts with label entah. rindu.. Show all posts

Tuesday, 30 November 2010

encik.S.

Photobucket penat menolak kereta stuck dalam snow


encik S ini adalah salah seorang students saya di lab.
dia byk gila cakap tapi blur at times.
senang pick-up kalau2 saya ajar yang tak jelas dia akan tanya sampai betul2 dapat jawapan.

dia pernah pergi Vietnam buat ape ntah.
bercuti agaknya.
naseb baik bila saya tanya tahu Malaysia tak kat mana, dia kata tahu. kalau tak, nak gak ketuk kepala dia. Takkan Vietnam tahu, Malaysia tatau kot?

dia ni so into charity. buat kebajikan sana-sini.
baguslah orangnya. dah lah tinggi, suh capai siling lab pun takyah jengket.
bila tanya tinggi dia bape, malu2 pula.
haish, geget karang.

saya tahu dia anak orang kaya.
pertamanya dia membawa kereta ke sekolah (tataulah kereta apa).
dia pakai baju berjenama dan kasut berjenama juga.
oh aritu saya ternampak brand seluar kecik dia juga. jenama CK. hahaha. bukan saya nak tengok, TERtengok!

aritu dia pakai cermin mata bingkai tebal warna hitam. alamak, di saat saya pun ade cermin mata mcm tu juga. ape ikut2 orang ni?

tadi, dia terbawak sekeping bil elektrik.
bukan bawah nama dia, bawah nama abah dia.
Professor bla bla (nama terpaksa dirahsiakan).
saya rasa nak google aje nama abah dia tapi kang kantoi pula.

pastu masa borak-borak tadi dia kata abah dia professor in cardiology.
kalau kat Malaysia gaji at least mesti 20-30K.
kan saya dh kata dia anak orang kaya! hahaha (mata duitan kah?)
abah dia suka buat kebajikan. patutlah anak dia pun sama.

dia cerita keluarga dia besar.
kalau waktu kerismas, diorang sewa dewan besar utk lunch sama2.
saya tanya berapa besar, dia kata 8 rows mcm dalam filem orang2 inggeris itu.
gila **** besar family dia.

tadi dia buat saya doki2.
saya ajar dia dgn sorang lagi students buat satu protokol baru.
oleh kerana godzilla takde arini saya pun mcm lepak2 aje dengan diorang.
rajen gila diorang sedangkan sepatutnya arini dengan semalam sepatutnya sekolah cuti.
maybe diorang ingat saya rajen jugak kot so diorang terpaksa gak datang.

S cerita kawan-kawan yg buat lab lain ada yg dah siap dan kebanyakannya lepak aje.
dia kata tak aci lah, jeles dgn kawan2 yg rilek aje tu.
saya kata, saya pun ade kawan2 mcm tu. takpelah, rezeki orang lain2 kan?
dia pun pk positif katanya kalau buat keje byk mcm ni, dia dpt byk ilmu pengetahuan.
baguslah dah pk mcm tu.

tadi S tanya saya soalan pelik.
'dah ade bf?' hahaha saya pun harap dia tanya soklan tu.

tak. tak.

dia tanya 'ko rasa berapa lama snow ni akan kekal mcm ni?'
i was like ' u asked the wrong person. you shouldve known better'
haih, S ni kan. kalau depan saya suka tanya soklan yg tak masuk akal. dan suka pandang muka saya pastu buat-buat blur.

saya tak makan oranglah!

S ni suka makan cokelat dan buah.
bila-bila saya bawak bento mesti dia jeles. haha!
saya bet dia tak reti masak.

oh tadi S buat saya doki-doki.
bila saya tengah ajar dia buat praktikal, dia duk belakang saya - sangat rapat saya boleh dengar dia bernafas.
pastu saya tengok dia buat keje (dengan niat dia takdelah buat salah) - dia manja2 plak dengan saya.

doshio? doshiooooo?

tadi dia banyak gila buat silap dalam eksperimen.
dia salah taruk chemical la. dia salah kira lah.
jatuhkan baranglah.

pastu asyik cakap sorry.

bila pukul 5 dia still buat salah dan cakap sori, saya pun cakap - S, awak balikla. dah gelap dah ni. dia pun angguk sedih. hekeleh, nak saya pujuk dengan gula2 ke?

dia cakap dia dah tua. (hekeleh umo baru 22)
dia cakap waktu snow budak2 sekolah bolehlah main snowman ke, snow fight ke, dia kena gi library buat keje. hahaha.

tualah sangat.

ah! saya selalu berdoa adelah perangsang utk saya untuk pergi ke sekolah hari2. alhamdulillah, Allah bagi gak saya merasa bestnya pergi ke sekolah.

walaupun this is just a fling. or crush. atau apa2 label kamu mahu letak.

tapi saya seronok dia ade di situ.

terima kasih encik S ;)

Monday, 26 April 2010

psycho-somatic.therapy.

lepak hujung minggu di Aberdeen dengan Cik Wanis.
Asyik tengok cite psycho-thriller aje sampai kadang-kadang pk kitorang ni ok ke idak? haha!

Cik Wanis lapa laksa penang.
dia 'paksa' saya masak laksa.
entah apa jadi, laksa jadi laksa tapi saya rasa tak bape kaw.
so tak amik gambar laksa pun. tee hee.
masak kek pisang jadi lepat pisang. double tee hee.

ari ahad plak saya lapa tenpura.
sanggup gi kedai pak mat cari beras jepun, panko segala.
dah masak-masak, makan pun sampai dua mangkuk penuh!


pastu dada pun sakit.

pastu adik saya tiba-tiba aje kata "long kena jaga makan, dada sakit sebab banyak kolesterol"

saya rasa bukan adik saya yang cakap tu. mungkin encik abah yang tolong pesan.

saya rasa saya sakit dada sebab saya stress.
sebab kalau pergi tokyo kenapa saya tak sakit dada?
kalau away from dundee asal tak sakit dada?
aritu balik malaysia pun asal tak sakit dada?

skang ni saya nak pergi jumpa GP pun dah malas.
sebab tahu GP takleh nak buat apa pun.
cuma saya kena rajen2 pergi gym atau kelas senamlah sbb nak elakkan stress.
tapi itu yang saya malas.
hari-hari kalau kat lab saya akan looking fwd nak balik nak sambung tengok drama/movie.
tu aje de-stress saya.
tapi dada tetap sakit bila-bila saya kat dundee ni.

haih. kena tunggu lagi 10 bulan nak hentikan rasa sakit ni.
yosh! gambaremasu minna!

*oh ye! ingat tak saya ada bagitahu saya rasa tak sedap hati ada benda buruk akan berlaku dalam hidup saya? mimpi buruk segala? tiba-tiba adik saya bagi text dan kata dia mimpi buruk pasal saya. saya kata saya ok, cuma baru baik dari sakit. petang tadi saya terlupa nak tutup api kat dapur, saya terus tertidur lalu mimpi kebakaran. sedar tak sedar bau asap terbakar tu mcm betul-betul. took me 30 minutes untuk figure out asap dah penuh dalam rumah saya. saya rasa kalau saya ingat bau asap terbakar itu hanyalah mimpi, mesti saya dah masuk paper esok pagi.

haih.

Thursday, 22 April 2010

feveret.scenes.

bosan tunggu drama baru nak disub,
saya tengok balik the best of nakatsu.
mamat ni yang buat saya suka tengok hana kimi.
mamat ni kalau jadi kawan baik saya, saya mesti tak boring nak jalani hari-hari saya.










nota: sejak dua menjak ni, dada belah kiri saya asyik sakit aje. mimpi masa tidur pun mimpi keluarga saya dan kawan2 rapat saya kat Malaysia. saya asyik tengok muka saya kat cermin macam pucat aje. kat sekolah tadi rasa macam nak rebah. jalan pun huyung-hayang. baru jap tadi saya perasan muka saya mcm dah tak lama lagi nak...

Tuesday, 21 July 2009

like.i.care.more.than.this.

Photobucket hari cantik. tapi sejuk.

saya dapat call pagi tadi.
'busan?' tanya si dia.
ah! dia macam tahu aje yang saya sedang ubahsuai cara hidup saya tanpa dia di sisi.

benda macam nilah yang saya tak mahu.
selalu saya tak mahu rapat dengan orang sebab saya tak mahu merindu.
penat merindu satu hal.
saya terpaksa ubah pola hidup dan buat-buat tak rindu - satu kerja yang sangat penat.

jangan salahkan saya kalau saya tak rapat dengan dia lagi.
sebab mungkin dalam masa dua bulan ini saya akan rapat dengan orang lain.
mungkin saya kena mencari escapism baru.

saya tahu dia pun risau mahu tinggalkan saya.
dia cakap dia terkejut saya boleh mencari kawan yang lain.
atau saya rasa dia terasa saya seperti boleh hidup tanpa dia?

saya tak tahu apa nama perasaan ini.
pastilah saya akan merindui si dia.
tapi saya harus hidup juga.
seperti peristiwa-peristiwa dahulu, saya kena mencari escapism yang baru.

seperti biasa. sila doakan saya. ;)