Friday, 29 January 2010

weird.

Photobucket takde semangat.

saya mimpi pelik malam tadi.
saya mimpi nampak dua bulan mengiringi matahari yg cerah bersinar.
saya terkejut kemudian memanggil keluarga saya.

hari nak kiamat agaknya.
kami mahu keluar melarikan diri tapi semua orang pun memikirkan yang sama.
jadi kami pun terpaksa duduk di rumah.
rumah yang saya duduk semasa saya berumur 5-12 tahun.

kemudian dapat surat dari kerajaan yang menyuruh abah saya bekerja.
abah saya dah bersara kot?

dalam mimpi tu kata, dalam masa 24 jam kejadian bulan mengiringi matahari, matahari akan terbit dari barat. dan kemudiannya akan terjadi satu kejadiaan yang tak dapat dibayangkan.

24 jam selepas itu...

saya terjaga.

oh, azan subuh. tak tutup lappy sebelum tido rupanya.