Wednesday, 24 June 2009

Photobucket

'We don't love to be loved; we love to love'

errr... BS? - respons si MissCC kalau orang bujang cakap macam tu.
errr... ok... - respons dia kalau mak ayah cakap macam tu :P

soalan:pernah.tak?

Photobucket malas berbuat apa-apa. just enjoying the scenery.

semalam bergayut dengan cik nunu.
aku keje hari-hari asyik nak bergayut aje kejenya.
PIC kata aku sunyi maka bergayut itu adalah salah satu cara nak hilangkan sunyi.
tapi dia cakap-cakap aku sunyi, padahal dia online FB dan YM 24/7 tak canang pula?

ada satu soalan aku mahu tanyakan orang(-orang).
dua sebenarnya.
kena taip cepat-cepat sebab tak mahu hilang idea.

soalan satu:
macam mana hidup seseorang itu boleh berubah kerana orang lain?
biarpun utuh prinsip beliau, biarpun kerasnya hati beliau?

aku teringatkan benda ni bila PIC tanyakan soklan ini:

'kalau aku tak cakap dengan kau yang aku minat motor besar, sumpah sampai sekarang kalau ada motor besar lalu sebelah kau mesti kau buat tatau'

ada sedikit kebenaran di situ. bezanya, abah aku ada motor besar. dan aku memang berminat dengan benda-benda berenjin. cuma dengan dia, aku mengekspresikan diri dengan cara itu.

'bila-bila aku nampak motor besar sekarang, mesti aku ingatkan kau'

aku perasan juga, aku dah makin kuat bercakap. sebab dia.
aku makin suka cokelat dan benda manis, sebab dia.
aku makin suka minum kopi, sebab dia. aku suka buat air teh, sebab dia juga.
aku suka carut-carut, sebab dia. heh.

aku tak tahu mahu letak sebab apa, tapi aku nampak aku sudah berubah sikit-sikit.
aku sudah kurang jadi pemarah.
sudah tidak berdendam.

terus terang, aku suka kalau orang itu berubah kerana aku (sebab aku tahu niat aku baik)
tapi aku macam agak-agak terkejut juga kalau aku boleh berubah kerana orang lain - tanpa sedar

sebab dia (atau sesiapalah) berjaya mengisi kosongnya jiwakah?

soalan kedua:
ah! aku dah lupa. PIC gelarkan aku minah STML (short term memory loss)
kang aku update balik.

du'h~!

pemalas.

Photobucket brunch hari ini - krispy kreme dan daging black pepper.

semalam balik lewat juga dari sekolah.
dalam pukul 11 gitu.
dalam perjalanan balik aku duk teringat satu lagu lama.
takdelah lama sangat zaman-zaman p.ramlee, tapi masihla aku ingat masa aku kecik-kecik dulu.

aku cuba cari filem tersebut.
dalam kepala otak aku asyik fikir 'Kolej 69'
cari, cari. tak jumpa.

aku tak puas hati.
melodi lagu tu berkumandang dalam minda.

aku cuba google lain pula.
rupa-rupanya nama filem itu adalah Kolej 56.
dan ada satu website Melayu yang khas untuk tonton cerita Melayu.

'aku cintakan kau, Rosman' dialog orang lama.
kenapa orang dulu-dulu, kalau suka kat orang tu pun masih cakap aku-kau? *ponder*

baidewei, aku sukakan lagu ini.



sila klik minit ke-enam.
masa aku kecik-kecik dulu aku sukakan sangat lagu ni sampai humming walaupun tak tahu lagu ni untuk apa.
oh! untuk orang bercinta rupanya.

aku tengah jatuh cinta ke?:P

Tuesday, 23 June 2009

cerita.hari.selasa.

Photobucket kenyang dan terasa sangat gemuk. WELCOME Ms. Pre-Menstrual!

hari ini saya terpaksa menjadi rajin.
sebab bila saya bangun pagi dan online, saya tengok Cik_Hudie_Hud dah sampai sekolah.
mana bleh dia sorang aje yang rajin?

tapi dalam buat-buat kerja tu terasa malas nak buat itu ini.
mood cuti masih ada lagi. bak kata Wanis - holiday hangover!
makmal pun senyap aje.

ingatkan hari ini mahu stay back lambat sket.
buatlah apa-apa yang patut.
lagipun dah berjanji nak kerja rajin-rajin lepas balik dari cuti-cuti.

tapi hari ini sangat cantik.
sangat cerah dan panas.
sampaikan kalaulah boleh saya pakai singlet aje dalam makmal, memang saya nak lakukan yang itu.

maka saya lagi tiada mood mahu berbuat kerja sekolah.

tiba-tiba PIC text.

'Jom pergi Arbroath. Fish and Chips?'

OMG! dia bagaikan tally plak dgn fikiran aku.

aku nak pergi, tapi banyak kerja. dia suruh ditch kerja-kerja aku. maka, aku ditch aje mana yang patut.

4 hari tak jumpa dia, banyak sangat cerita yang dia sampaikan.
itu. ini. itu. ini. sabar je lah.

oh btw. masa tengah tunggu fish and chips, terbacakan surat khabar tentang pertandingan fotografi di Dundee. nak tahu pemenangnya siapa? mestilah anak Kak M. Saya berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia dan kawan Kak M walaupun yang menang tu anak Kak M. hahahahaha!

Modelnya IRFAN tuuuuuu... :-"

sambil makan-makan tepi marina, kitorang pun bergerak ke St. Andrews.
cadang nak jumpa Cik I. dan sebab nak tuntut donut Krispy Kreme. hehehehe... ingat Cik I kat saya :D
lama gak dating dgn PIC.
ni kira qada' dah berapa hari tak kuar sama-sama.
heh.

kan saya dah kata saya rindu kat dia?:p

oh, oleh kerana saya sudah spend 4 jam dengan dia, saya terpaksa ke makmal semula.
sekarang dah pukul 10 malam ;(
tapi saya gembira sebab saya dah tak sunyi lagi.
tak dapat nak bayangkan macam manalah kalau PIC balik Malaysia selama 3 bulan.
siapa nak layan Miss Cherita-Cerithi?

uwaaaaaa!

cuti.cuti.musim.panas.edisi.london.

Photobucket mahu bermalam di makmal. tapi apakan daya...

aku pelik kenapa semua orang sukakan London.
aku sejak kecil sampailah ke besar tak pernah letak London sebagai destinasi percutian utama aku.
sesak.
ramai orang.

RIMAS.

kebanyakan orang yang bercakap mereka sukakan London adalah orang yang baru-baru jejakkan kaki ke UK.
dan yang tercampak jauh dari London.
duduk terperosok kat kampung-kampung pulak tu.

macam Dundee.

tapi bila hari tu kami ke London baru aku faham kenapa orang suka sangat pergi London.

kalau tanya Nunu, dia sukakan pasar Covent Gardens dan teater.
tanyakan Huda, dia nak rasa masakan Malaysia.
tanya orang lain?

SHOPPING!

hmmm... selain dari itu, aku rasa aku sendiri pun kalau dicampakkan ke London pun aku tahu mahu pergi mana.
mungkin ke Hyde Park petang-petang lepas ke makmal.
mungkin ke Camden Market, Portobello dan Covent Gardens berhujung minggu.
mungkin ke Paddington lepak-lepak minum kopi.

nak makanan Malaysia?
Kantin ada.
Bonda pun ada.
Sate Restaurant pun ada.
Pengganti Mawar - Melur pun dah buka.

Muzium masuk percuma pun banyak.
Kalau aku jadi tourist, mungkin aku boleh cover semua tempat di London dalam masa dua minggu.
kalau aku jadi pelajar, mungkin hujung minggu aku akan berada di Greenwich, Cambridge, Oxford, Brighton, Sussex dan Kent.
merata aku boleh pergi.

padanlah semua orang sukakan London.

tapi aku tetap sukakan bandar-bandar kecil.
sebab aku tak suka pada kesesakan, jalan besar, bangunan meninggi dsbnya.
aku sukakan bila balik dari sekolah, terus nonton wayang tanpa beratur.
terus ke kafe lepak-lepak tanpa tengok muka berwarna-warni.

bukan tiada taman cantik di sini.
bukan tiada tempat menarik yang berhampiran.

semua pun ada.

kalau saya rindu London, saya boleh aje ke sana.
taklah jauh mana - 6 jam sahaja memandu.
itu kalau bawak 100mph dan lebihlah :P