mahu bermalam di makmal. tapi apakan daya...aku pelik kenapa semua orang sukakan London.
aku sejak kecil sampailah ke besar tak pernah letak London sebagai destinasi percutian utama aku.
sesak.
ramai orang.
RIMAS.
kebanyakan orang yang bercakap mereka sukakan London adalah orang yang baru-baru jejakkan kaki ke UK.
dan yang tercampak jauh dari London.
duduk terperosok kat kampung-kampung pulak tu.
macam Dundee.
tapi bila hari tu kami ke London baru aku faham kenapa orang suka sangat pergi London.
kalau tanya Nunu, dia sukakan pasar Covent Gardens dan teater.
tanyakan Huda, dia nak rasa masakan Malaysia.
tanya orang lain?
SHOPPING!
hmmm... selain dari itu, aku rasa aku sendiri pun kalau dicampakkan ke London pun aku tahu mahu pergi mana.
mungkin ke Hyde Park petang-petang lepas ke makmal.
mungkin ke Camden Market, Portobello dan Covent Gardens berhujung minggu.
mungkin ke Paddington lepak-lepak minum kopi.
nak makanan Malaysia?
Kantin ada.
Bonda pun ada.
Sate Restaurant pun ada.
Pengganti Mawar - Melur pun dah buka.
Muzium masuk percuma pun banyak.
Kalau aku jadi tourist, mungkin aku boleh cover semua tempat di London dalam masa dua minggu.
kalau aku jadi pelajar, mungkin hujung minggu aku akan berada di Greenwich, Cambridge, Oxford, Brighton, Sussex dan Kent.
merata aku boleh pergi.
padanlah semua orang sukakan London.
tapi aku tetap sukakan bandar-bandar kecil.
sebab aku tak suka pada kesesakan, jalan besar, bangunan meninggi dsbnya.
aku sukakan bila balik dari sekolah, terus nonton wayang tanpa beratur.
terus ke kafe lepak-lepak tanpa tengok muka berwarna-warni.
bukan tiada taman cantik di sini.
bukan tiada tempat menarik yang berhampiran.
semua pun ada.
kalau saya rindu London, saya boleh aje ke sana.
taklah jauh mana - 6 jam sahaja memandu.
itu kalau bawak 100mph dan lebihlah :P