malas berbuat apa-apa. just enjoying the scenery.semalam bergayut dengan cik nunu.
aku keje hari-hari asyik nak bergayut aje kejenya.
PIC kata aku sunyi maka bergayut itu adalah salah satu cara nak hilangkan sunyi.
tapi dia cakap-cakap aku sunyi, padahal dia online FB dan YM 24/7 tak canang pula?
ada satu soalan aku mahu tanyakan orang(-orang).
dua sebenarnya.
kena taip cepat-cepat sebab tak mahu hilang idea.
soalan satu:
macam mana hidup seseorang itu boleh berubah kerana orang lain?
biarpun utuh prinsip beliau, biarpun kerasnya hati beliau?
aku teringatkan benda ni bila PIC tanyakan soklan ini:
'kalau aku tak cakap dengan kau yang aku minat motor besar, sumpah sampai sekarang kalau ada motor besar lalu sebelah kau mesti kau buat tatau'
ada sedikit kebenaran di situ. bezanya, abah aku ada motor besar. dan aku memang berminat dengan benda-benda berenjin. cuma dengan dia, aku mengekspresikan diri dengan cara itu.
'bila-bila aku nampak motor besar sekarang, mesti aku ingatkan kau'
aku perasan juga, aku dah makin kuat bercakap. sebab dia.
aku makin suka cokelat dan benda manis, sebab dia.
aku makin suka minum kopi, sebab dia. aku suka buat air teh, sebab dia juga.
aku suka carut-carut, sebab dia. heh.
aku tak tahu mahu letak sebab apa, tapi aku nampak aku sudah berubah sikit-sikit.
aku sudah kurang jadi pemarah.
sudah tidak berdendam.
terus terang, aku suka kalau orang itu berubah kerana aku (sebab aku tahu niat aku baik)
tapi aku macam agak-agak terkejut juga kalau aku boleh berubah kerana orang lain - tanpa sedar
sebab dia (atau sesiapalah) berjaya mengisi kosongnya jiwakah?
soalan kedua:
ah! aku dah lupa. PIC gelarkan aku minah STML (short term memory loss)
kang aku update balik.
du'h~!