Friday, 14 August 2009

angan.angan.hari.jumaat.II.

Photobucket pagi yang gelap. tekak yang sakit.

'awak masih sayang saya ye?' matanya tersenyum sambil berbicara tentang itu.
'tatau' mendatar sahaja nada suara si perempuan.
'abis, kenapa awak berada di sini, ubatkan saya?' soalan provokasi diutarakan.
'kalau mana-mana kawan yang saya kenal sakit macam ni, mesti saya ubatkan juga. saya tak pilih kasih' ah, malas mahu melayan.

'tapi kalau mana-mana kawan awak tu sakit macam saya, awak nak ubatkan mereka macam awak ubatkan saya? rapat-rapat macam ni? dengan muka sedih macam ni?' si lelaki bertanya lagi.
'aah. ada masalah negara?' kepalanya mendongak ke arah si lelaki. pandangan mereka bertemu.
'intim macam ni? macam ni?' si lelaki tersenyum lebar. killer smile.

'sudahlah, malas nak layan. awak rehat dulu, nanti saya bawakkan bubur untuk awak' si dia berlalu pergi.
'tahu awak ye makanan kegemaran saya' si lelaki cuba memujuk.
'itu makanan orang sakitlah!!!' semakin tak kuasa si dia melayan keletah orang sakit ni.

'awak, nanti tolong suapkan saya ye?' lelaki itu cuba bermanja.
'kaki awak yang sakit, bukan tangan. sila makan sendiri' dalam tak mahu melayan, si dia melayan juga.
'ok...' lelaki terus diam untuk beberapa minit.

'nah! nanti dah habis makan, letakkan mangkuk tu tepi katil. ada ubat sekali, terus makan. pastu tidur' si dia menyuakan dulang pada si lelaki.

'... ' si lelaki diam aje. buat-buat muka sedih.
si perempuan mengambil mangkuk lalu menyuapkan bubur ke mulut lelaki tersebut.
si lelaki tak mahu membuka mulutnya. merajuk agaknya.

'awak tanak makan bukan masalah saya' terus si dia meletakkan mangkuk ke atas dulang.
si lelaki memegang tangan si perempuan dan menyuakan sudu ke mulut perempuan itu.
'awak makan dulu, kesian awak penat2 untuk saya' matanya masih tersenyum.

dalam hati perempuan itu menangis. dalam kaku - dia pun tersenyum indah.