Wednesday, 19 August 2009

mandom-ness.

Photobucket feeling refresh a bit.

malam ini terasa bahang.
dalam hati dan persekitarannya.
dia keseorangan sambil ditemani beberapa kawan angan-angan beliau.
ah jangan ditanya yang mana satu, setia sahaja mereka menemani.

dia bertanya pada diri sendiri.
apa yang dia mahu pada umurnya 26 ini?
dia rasa kosong. hollow.
terkadang dia berkata alangkah baiknya ada seseorang yang benar-benar di sisi.
tapi itu bukanlah penyelesaian yang mudah.
bukankah orang berkata mencari jawapan dengan suatu persoalan akan menambahkan masalah.
itu yang dia tahulah.

tolak tepi pengisi hati itu.
dia mahu berbuat sesuatu.
untuk seorang wanita (ye, dia sudah menjadi seorang wanita) bayanya sepatutnya hidup sudah stabil, berkahwin dan beranak satu atau dua.
dia tahu dia tak bersedia lagi untuk itu.
dia mahukan teroka lagi dunia.
tapi bukan cara ini.

dia sudah hilang semangat belajar.
setiap pagi seusai membuka mata, soalan pertama yang dia tanyakan diri sendiri.
inikah yang dia mahu?
duduk di dunia orang? bekerja dengan persekitaran yang dia sendiri tidak mesra?

bukan itu. bukan itu.
dia sudah hilang semangat belajar.
penat agaknya.
dia mahu berbuat sesuatu yang dia sendiri mesra dengan.

dia mahu menjadi seorang penyanyi.
suara yang agak-agak sumbang di sana sini masih berimpikan menjadi seorang penyanyi.
dia sudah tua mahu menjadi seorang penyanyi.
bisnes hiburan kejam.
baiklah dia duduk di makmal layan dunia lelaki angan-angannya.

tapi dia mahu menjadi penyanyi.
mahu manusia menghargai bakatnya yang bersuara sumbang-sumbing itu.
tiada siapa pun mahu menyokong.
hidupnya dikelilingi oleh orang yang agak-agak rigid.
bukan dia tidak suka, cuma dia bertanya pada hidupnya sekali lagi.
adakah hidup ini untuk menjaga hidup orang lain.
hidup untuk orang lain?
dia bertanyakan ini selalu, dia kini hidup untuk siapa?
yang pastinya dia masih bernafas kerana permisi dari-Nya.
untuk siapa? itu yang dia sendiri tak pasti.
yang dia pasti, bukan untuk dia.
dia hilang dalam dirinya sendiri.

kini, dia hanya mahu terus hidup kerana 'disuruh' hidup.
dia hanya berdoa semoga hari esok masih baik untuk diri menikmatinya.


semacam bila dia menikmati kehidupan pantainya. ah tenangnya!