Saturday, 1 August 2009

taip.taip.

Photobucket selenge!

saya bangun awal hari ni.
saya berjaya perform solat subuh selepas tidur.
selalu kena tunggu subuh masuk baru leh tidur.
tapi saya tak larat nak tunggu malam tadi.
mata saya merah.
mata saya penat tonton Arashi (lagi?!) sejak 8 pagi hingga 11 malam non-stop.

saya cek fb.
saya rasakan fb tu bosan nak mati.
rasa nyesal main benda alah tu.
skang rasa macam nak delete pula akaun tersebut.
haih.

sekarang minda saya berkata, "kan best dapat makan nasi lemak gerak makcik depan umah dengan sambal paru"
saya rasa nak balik Malaysia pastu beli nasi lemak makcik tu dan balik terus Dundee.
oh mungkin tunggu petang sikit untuk beli nasi kerabu dan nasi lemak lauk sambal ayam dari gerai makcik kelantan.
oh mungkin tunggu hari isnin nak pergi pasar beli yong tau foo dan kebab ayam sedap.
oh sedikit popia basah juga.

saya rasa demotivated sekarang.
saya rasa nak balik cari laki dan kawen.
eh bukan bukan.
saya nak balik cari boifren aje.
saya malas nak kawen.
nak rancang kawen pun rumit, kawen itu rumit, mengandung rumit, beranak tu pun rumit.

tabik spring pada mak-mak yang ada anak belas-belas.
saya tak dapat nak bayangkan kalau saya jadi mak yang macam tu.
haih. tak kuat saya ni ye?

sejak suka pada Arashi ni (baru 2 minggu demam Arashi masih lagi panas, haih) saya rasa saya nak ubah lokasi saya buat post-doctoral nanti.
tapi fikir-fikir balik, saya lagi sukakan New Zealand sebenarnya.
saya berdoa agar adik kesayangan saya dapat belajar engineering di Jepun.
bolehlah tiap2 3 bulan skali saya gi sana (sambil duk teringat kenapa abah saya suka sgt gi UK).
dahlah tiket kapal terbang ke Jepun murah.
haih.

saya nak bercerita tentang kawan-kawan sebenarnya tapi mata saya dah penat.
bagi saya rehat kejap eh?
kejap aje :P