kondisi kini: selenge.beberapa perkara yang si penulis sedang buat/fikir/mahu fikir sejak beberapa hari lepas:
- duit elaun dah masuk. tapi penulis berasa sangat tidak gembira kerana terpaksa membayar hutang sana sini, membayar saman (2 kali dalam masa sebulan), membayar cukai kereta yang mahal gila **** dan melabur dalam membeli sebuah DVD player yang boleh mainkan USB dan hard drive yang saiznya sebesar 1TB. ye, belum sampai sebulan, elaun sebulan beliau sudah habis.
- beliau ke kenmore buat kali ketiga tapi masih takde rezeki bermain kayak. kali pertama, kedai dah tutup. kali kedua sebab cuaca tak cantik. kali ketiga sebab kedai mahu tutup. orang tu nak bagi satu bot tapi semua orang tak reti bawak bot. lain kali saya mungkin nak bawak beberapa orang lelaki dan pergi keliling tasik waktu malam dan pergi memancing. suki!
- beliau juga ke oban buat kali kedua. kononnya mahu tonton sunset tapi cuaca sangat sangat sangat tak cantik. dalam hujan dan gelap mendung segala, beliau pasrah saja. beliau berasa sangat kesal kerana hari selepas itu, Scotland sangat cantik dan panas segala. Kini, kulit beliau semakin hitam macam Ohno ARASHI. bezanya hitam-hitam ohno, orang masih suka dia. beliau makin hitam, nak tengok diri sendiri pun segan :P
- beliau masih suka ARASHI. sebab beliau membeli external hard drive sebab nak pindah masuk semua slot-slot program ARASHI. Cik Hudie_Hud berkata semuanya adalah dalam 140+40 GB. ye, kalau beliau mahu buat marathon semuanya, beliau terpaksa untuk tidak tidur dalam masa seminggu. kemudian, berkemungkinan besar beliau akan koma sebab nak qada' balik tidur selama seminggu. haih.
- beliau malas gila mahu buat kerja sekolah. tengok kawan satu ofis yang sangat rajin pun tidak membantu semangat beliau. walaupun kelihatan seperti penulis tidak
mahuupdate blog dan cerita, tapi sebenarnya beliau sedang bermalas-malasan. oh ye, sambil gelak-gelak tonton ARASHI. - setelah sekian lama, baru penulis tahu yang ARASHI adalah sebuah(?) boyband. Oh, eh? Mereka boyband ye? penulis peduli apa. penulis suka.
- penulis juga sedang mencari-cari cerita drama dan filem yang dimainkan oleh ahli kumpulan ARASHI. Cerita MAOU aje beliau belum rasa mahu tengok. beliau mahu tonton cerita gembira-gembira saja.
- semalam penulis mendapat sebuah gitar kapok(?) kapak dari Kak M. Penulis suka sebab gitar tersebut kecil sikit dari gitar beliau. Baru beliau sedar bahawa beliau sudah terbeli gitar untuk kegunaan profesional. Patutlah mahal. Mungkin hari ini boleh berlatih dengan lagu Namida No Nagareboshi. Ganbaremasu!
- penulis bercadang mahu membuat sebuah buku untuk belajar bahasa jepun. sekarang ni penulis dah boleh tangkap sikit-sikit percakapan mereka. tapi kalau mereka (ARASHI) bercakap dengan nada gelak, menjerit, dengan kelajuan bullet train dsb penulis masih tak dapat faham. Mungkin kena selak lirik lagu-lagu mereka dan tonton drama mereka. Saikou-des!
- penulis bakal tiada hujung minggu ini. beliau keluar berjalan-jalan. harap-harap cuaca cantik macam hari ini. hari ini cantik gila cuaca sampaikan kena pasang kipas dalam ofis. dan mesti muka beliau akan jadi hitam macam [you-know-who].
- penulis sedang berkira-kira mahu membuat T-Shirt A.RA.SHI. Siapa mahu beli sila beritahu beliau. Walaupun penulis tidak kreatif, tapi beliau sedaya upaya mencilok gambar-gambar comel dari internet dan buat-buat macam reti buat design sendiri.
tak nampak design? ini gambar yang besar sikit.
- adik beliau dah pesan satu. peminat Arashi pun dah pesan. har har har. beliau terasa semacam mempunyai kelab peminat Arashi pula.
- beliau mahu sambung dan update entry kali ini. mungkin di rumah pula. penulis sedang main menyorok-menyorok. beliau sekarang kini di makmal komputer jauh dari makmal. sebab Mr. Godzilla selalu jenguk ofis beliau. haha! mahu lari balik ke makmal.
- bye!
- editto: penulis tengah tonton iklan-iklan dari Arashi. Kalau bosan, sila klik INI.

