Saturday, 3 October 2009

salam.dari.dubai.

Photobucket mari kita berbual-bual

salam sejahtera.
saya sedang bersiaran langsung dari lapangan terbang dubai.
setelah seharian beraktiviti, hari ini saya tamatkan (masih belum nak tamatkan) dengan kisah berblogging.

saya akan berada di dubai selama 9 jam.
lama gila.
tapi takpe, saya rasa semuanya ada hikmahnya.
hikmahnya? masa saya tengah menaip ni, saya ternampak kawan satu flickr saya.

nak tegur ke tanak? hmmm...

antara hikmah lain: masa ni epot tak busy sangat sbb flight satu lagi sampai lambat.
nak makan free pun tak payah beratur panjang.
nak solat pun tak payah tunggu turn.

oh lagi satu - banyak gila mamat melayu kachak.

saya mestilah kena cuci mata :D

hari ni saya gembira (secara tekniknya kalau d Malaysia waktu semalam)
sebab saya dapat jumpa first crush saya masa kat sekolah dulu.
tadi sebelum ke epot pergi ke kenduri kawen kawan sekolah rendah/menengah.
bukannya nak pergi salam pengantin/makan nasi pengantin sangat pun, cuma nak jumpa best friend saya dgn anak baru beliau.

bila sampai sana, tengok-tengok ramai kawan satu sekolah rendah/menengah ada sekali.
termasuklah first crush saya tu.
mula-mula dia makan sebelah saya.
saya dah sedar dah tapi malu nak tegur.
kang tegur dia tak kenal muka saya - malu juga.

sambil-sambil saya mingle around, saya lirik-lirik jugalah pada dia.
bila saya mahu balik, dia tegur saya:

"kenal tak?" sambil menunjukkan kepada diri beliau.

"errrr.... kenal!" saya senyum lebar. kemudian dia tunjukkan sorang-sorang kawan sekolah kami.
semuanya saya kenal muka, tapi tak kenal nama.

sorang-sorang hampa. kecuali yang crush saya tu lah.

oleh kerana saya terpaksa bergegas ke epot, saya ucapkan bai bai.
tak sempat nak tukar nombor telefon pun.
tapi saya tak hampa sebab saya tahu bila-bila saya boleh jumpa beliau lagi, insha'Allah.

lagi setahun setengah ye? azam saya balik ke UK semula adalah untuk pulun tenaga cukup-cukup.

sebab saya nak balik, nak beli rumah, nak ada suami.
(ye, saya baru aje buat keputusan ni bila rambang mata tengok mamat kachak kat epot dubai) haha!