Sunday, 21 March 2010

dunia.saya.

benda yang tak bape menarik yang berlaku dalam hidup saya:

1) mengalami masalah kewangan yang agak runcing. tapi masih ada (kononnya) baki untuk membeli dress untuk haru (spring). blah lah missCC.

2) tahap malas masak kian meruncing. kalau rajin masak pun, masak sekali satu periuk besar untuk 5 hari makan. pagi petang siang malam. cuba kira bape kali makan tu.

3) teringin tempura ikan. beli ikan murah kat tesco. kononnya untuk 2 kali makan. ah! xdenya. 2 pinggan sekali makan adalah.

4) dapat surat yang macam kat luar sampul "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" omg. menakutkan. saya kena masuk court ke? saya ada buat salah ke? bukak2 surat rupanya saya kena panggil jadi JURI. omg. JURI ok? oi oi, muka saya baru umo 18 tahun ok? saya tak boleh lari dari menjadi juri. kena penjara nanti kang....

5) baru tahu adik kepada best friend saya bertunang. budak tu punyalah mcm feminist. nak kawen dah awak ye? skang saya baru tahu siapa yang selalu baca blog saya. OWHHH...

6) saya gila bodyshop. ok, sebenarnya duit saya banyak habis kat kedai bodyshop. SILA SALAHKAN CIK I. semalam saya pergi kedai tu kat bandar. masuk aje, saya terus tanya: ada apa-apa sale menarik minggu ni? perempuan subhanallah ramah gila. dia tunjukkan barang2 sepaun, tiga paun. ok, saya rasa saya amik semuanya setiap satu. in the end siap dapat sample itu ini, majalah itu ini. eh, sejak bila saya begini ni? (hehe)

7) oh, saya punya artis of the month untuk bulan april. nanti saya tunjukkan. dah terbocor rahsia pada cik wanis. alamak, dah tak surprise. untuk bulan ini, saya masih gilakan kame walaupun rambut dia untuk bulan mac BURUK GILA. meh bagi saya stylekan rambut dia? FOC aje. takde upah pun takpe. banjer tempura atau onigiri dari konbini pun ok ;) oh sila siapkan tiket kapal terbang skali ok?

8) oh drama kame dah habis. skang saya sambung drama lain pula. drama pasta pun dah habis. TV UK pun baru nak bukak sebab cuak ada sekali tu bukak TV trus TV tak mau nyala. hahaha! TV saya majuk saya tanak tonton dia. ada perasaan jugak rupanya TV saya ni?

9) oh, saya ada 'anak angkat' baru. nama dia bubble. dia tinggal kat Aberdeen. bilalah saya nak gi jenguk dia? haih.

ok, itu aje update saya setakat ni. dalam tengok2 drama, pala otak saya ada fikir-fikir tentang soklan hidup tapi nanti-nantilah saya kemukakan bila-bila minda tenang.