Wednesday, 24 March 2010

sabishii-ku-nai

ayat di bawah ni saya quote dari laki orang yang dah kawen.

1) buat apa nak kurus-kurus? lelaki suka perempuan yang 'sedap-sedap' ada isi. kurus-kurus tak elok.

2) petanda seorang yang dewasa adalah: semuanya dia buat sendiri. rasa sunyi itu adalah normal. travel sorang-sorang adalah normal jika anda seorang dewasa. makan sorang-sorang kat kedai pun dikira 'dewasa' - yang pergi makan/minum ramai-ramai tu sebenarnya tak mahu dilihat sebagai sunyi. itu aje.

apa pendapat anda? betul? tak betul?

jika tanya saya - orang yang bercakap tentang kedua-dua hal ni memang nampak gaya macam dah hidup lama untuk lihat benda yang orang lain tak nampak. saya pun hairan kenapa laki suka perempuan kurus-kurus. ok, kalau pakai baju memang nampak agak bergaya. dalam satu variety show jepun, tamu undangan dalam show tu tunjukkan gambar beliau masa muda dan kurus. pastu bila host(s) semua cakap 'eh kenapa muka kau masa muda dengan sekarang lain?' tamu tu pun balas - ORANG KALAU NAMPAK KURUS SKET SEMUANYA CANTIK.

setuju tak? saya rasa betullah. tapi still, kalau laki yang matang, dia akan cakap perempuan berisi lagi best dari perempuan kurus. sebab apa? itu kena tanya lelaki matang lah kan. tapi basically taste masing2 la.

kalau tanya pada idol(s) muda-muda ni, diorang mesti nak yang petit, pandai jaga badan (ini adalah kerempeng bagi saya) dan comel-comel. macam badan model gitu. mungkin sesuailah dengan imej diorang yang kononnya kachak bergaya. ala, KALAU SEMUA ORANG GI SPA, MASSAGE HARI-HARI, SEMUA ORANG PUN CANTIK KOT!

ada seorang idol ni dia bagi kenyataan, 'saya tak paham kenapa perempuan zaman sekarang tak suka DIET' dia bagi kenyataan tersebut sebab dia baru sahaja dapat turunkan 5 kilo sbb diet proteinnya itu. OMG la kan, oleh kerana dia turun berat badan, senang lenang aje nak kutuk2 perempuan sehat macam saya ni.

ok, saya emo (maknanya saya lom dinner lagi - dan saya lapa)

oh, updated: kalau nak tahu laki tu matang ke idak, bila gi tengok wayang dan dalam gelap tatau nak duduk seat mana yang dah ramai orang duduk, dia tak tanya anda mahu duduk di mana, tapi dia akan usher anda ke tempat duduk yang dia rasa sesuai untuk semua. bila dia berbicara, kalau mula-mula kenal - dia akan cakap father i, my mum, my family.... oh my god. adakah sebab saya takde boifren saya doki-doki dengan laki macam ni ATAU laki itu memang ada charmingnya tersendiri?

fokus missCC, FOKUS!