hara reta!missCC balik ke rumah dalam kelaparan.
bukannya seharian dia tak makan atau berpuasa, cuma hari ini dia terasa cepat sangat lapar.
dia nak balik, mahu masak dan makan.
sampai aje rumah, tak sempat bukak tudung segala, dia terus buka kabinet dapur.
cari tepung rasanya.
godek punya godek baru tahu tepung habis.
dalam
sebab asyik duk tengok kame dan kawan-kawan masakkan okonomiyaki sampai dia pun terliur.
tapi takde tepung, macam nak buat lempeng?
tiba-tiba dia jumpakan tepung segera adabi yang encik abah bawakkan.
dia buka satu bungkus, masukkan air, telur dan bonito dashi. kacau hingga sebati.
kemudian dia potong inti yang dia
udang, fish cake, ketam bla bla bla.
dia panaskan pan, lap sikit dengan minyak.
mula-mula dia masukkan adunan tepung.
ratakan macam mahu buat lempeng. jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.
masukkan inti. sedang-sedang sahaja.
kalau mahu, boleh letak cheese juga.
dengan api kecil, tunggu 2 minit.
kemudian balikkan lempeng tersebut.
tunggu lagi 2 minit.
yatta! dah masak.
boleh makan begitu sahaja ataupun dicecah dengan sos cili, mayonais dan sos okonomiyaki.
oh, dia sekarang dah kenyang dan mahu tidur!