Tuesday, 23 March 2010

hai.saya.dari.mars.

saya baru sedar yang rupa-rupanya hobi saya adalah membaca map.
tak kiralah map negara mana.
kalau saya tengok variety show atau blog orang yang pergi travel merata dunia, saya mesti nak tengok map kat mana tempat tu.
padanlah geografi saya A (ok, agak berlagak di situ)

beberapa minggu lepas saya tengok balik map masa saya jalan-jalan pusing scotland.
yang terjumpa pantai sandwood yang org UK pun tatau kat mana.
sebab pertama: tempat itu tiada dalam map.
carilah dalam GPS ke apa. memang takde.

saya terjumpa tempat ni pun sebab keluar di yahoo travel pantai ni antara pantai tercantik di Europe.
saya terus teruja sebab pantai tu kat scotland aje.
takyah nak gi canary island ke hawaii ke bora mak bora ke semata-semata nak lepak tempat cantek.
belakang rumah pun ade.
masa pergi tu pun gamble aje. kalau keta rosak tengah jalan (dan of cos memang takde coverage telefon), memang untuk teruskan hidup kena bunuh biawak liar yang lintas jalanlah nampak gayanya.

selalunya (ni selalunya ye kawan-kawan), kalau saya berjalan dengan orang yang sekepala, saya mesti cari tempat yang tak ramai orang pergi.
selalunya saya akan google blog travel yang best2 la.

semalam semalaman suntuk saya pergi jengah peta jepun sebab nak cari restoren yang jual hitsumabushi yang sedap gila itu (eh? mcm mana tahu sedap? pernah makan yang orang jepun buatkan ke?) ;))
ok, bukan restoran 7 tingkat berkarpet tatami itu.
ni restoren tepi jalan yang orang tatau.
bila dia masak depan mata, perghhh - sugoiii kimochii.
ni yang saya tak nak tengok gambar-gambar dari blog orang ni, mulalah meleleh air liur segala.

dua minggu lepas saya ada tengok map southern italy.
tempat godfather selalu lepak2.
kira mcm yakuza la kat jepun tu.
yarabbi cantek gila ok? tempat yang tourist tatau pun ada kewujudan tempat tu.
ha! tengok tempat tu dari cite ocean 11/12? oh saya dah tak ingat.
tapi leka gaklah saya tengok map.

untuk projek summer (wp baru-baru aje suam-suam ketiak nak spring), saya rasa nak gi sandwood lagi.
bezanya projek tahun ni dengan tahun lepas... tahun ni kita gi hiking then gi mandi pantai cukup2.
muka hitam pun hitam lah.

lagi satu, mungkin akan lepak isle of arran. atau mana-mana pulau di scotland.
buat apa nak ke luar negara (negara di sini maksudnya scotland), di sini semuanya ada (uhuk2)

anyway, saja bebel kat sini sebab nak ingatkan diri sendiri bahawasanya...

'sila jangan tengok google map boleh? sila buat keje missCC?'



oh nota: saya malas nak link hasil kerja rumah saya tentang tempat-tempat menarik ni. semua favourites ada kat rumah (gila kantoi berblog kat sekolah :P)